Kisah ini mengingatkan kita tentang kepentingan persediaan takaful dan perlindungan perubatan. Sahabat saya kini dalam ICU hampir 40 hari, dengan bil rawatan sudah mencecah lebih RM312,000 dan mungkin akan meningkat sehingga RM600,000.
Alhamdulillah, syarikat takaful tiada masalah meluluskan “top-up limit” bagi menampung kos rawatan ini. Mujur sahabat saya pernah mendengar nasihat untuk mengambil pelan kad perubatan dengan perlindungan RM1.5 juta lima tahun lalu.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarganya dan menyembuhkan beliau sepenuhnya. Kisah ini menjadi peringatan buat kita semua: Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi situasi seperti ini?
#Takaful #PerlindunganKewangan #MedKad #Kesihatan