Dari Hari Rabu aku mencari data ini, sampai aku rasa aku sendiri nak buat research untuk mendapat data ini.
Data ini di dapati daripada finco.my berkenaan dengan kefahaman pelajar berkenaan dengan penggunaan wang. Kajian di buat pada tahun 2023.
Persoalan saya, bagaimana kalau anak kita diberikan 1 juta wang pampasan Hibah Takaful. Apakah kemungkinan duit itu dibuat.?
Kalauy kita tengok kepada behavior die mereka banyak belanja daripada simpan untuk kebaikan dia. Belanja untuk apa kita tak pasti, maybe lebih kepada kemewahan.
Jika 90% daripada mereka menyatakan bahawa dapat duit Manfaat Hibah Takaful saya nak berniaga menggunakan duit dividen di samping hanya guna duit dividen bagi tujuan perbelanjaan. Duit pokok digunakan untuk tujuan kecemasan ataupun amal kebaikan. Maybe pemberi hibah akan rasa lega sikit.
Tapi jika tindakan penerima hibah dapat duit pampasan takaful, pergi beli kereta idaman, motor idaman, melancong di negara-negara eropah, tidur di hotel2 mewah dan makan di restoran mewah tetapi hidup dia semakin teruk maybe menyebabkan mereka yang memberi hibah takaful berasa sangat sedih.
kalau nak tengok research ini, ya lebih 67% akan jadi tak tentu arah bila dapat duit terkejut yang banyak masuk dalam poket.
----
Tindakan kita, jika kita menamakan anak kita sebagai penerima hibah, latih mereka menggunakan duit yang betul. Latih secara berterusan, jangan berhenti. Carilah mana-mana buku untuk ajar anak-anak kita tentang kewangan. Dalam Islam, ajar juga kebaikan menderma. Buat praktikal, anak derma 5 ringgit kat masjid, ayah lepas tue bawa anak jalan2 contohnya.
Satu cara lagi yang lebih baik, buat absolute assigment, arahkan As Salihin Trustee untuk pembahagian duit itu diberikan secara berkala, contoh duit digunakan untuk kahwin boleh keluarkan 30,000. Dan berikan keseluruhan duit itu setelah die mencapai usia matang, 34 tahun ke atau apa2 situasi lain lagi yang dianggap sesuai.
Khairul Anwar
As-Salihin Islamic Estate Planner