Sunday, June 23, 2024
Asik mononton tv, cepat tua!
Wednesday, June 19, 2024
1200 kereta di tarik setiap bulan! Cadang bank check aada insurans tak sebelum buat pinjaman
Wednesday, June 5, 2024
Hutang Akhirat!
Bagi mereka yang menguruskan kematian, anda diminta dengan belas ikhsan yang teramat untuk membantu menyelesaikan hutang akhirat ke atas si mati.
1. Zakat, meliputi zakat simpanan, zakat emas dan perak, zakat harta, zakat takaful, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat pelaburan, zakat KWSP, zakat padi, qada' zakat dan zakat mata wang kripto.
2. Fidyah, iaitu denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan.
3. Badal Haji kepada seseorang yang telah berkemampuan untuk mengerjakan haji namun dia meninggal dunia sebelum sempat mengerjakannya, maka ahli warisnya wajib mengerjakan badal haji bagi pihaknya dengan menggunakan harta peninggalan si mati kerana ia merupakan beban hutang buat si mati.
4. Kaffarah iaitu menunaikan kewajipan berbentuk harta atau tubuh badan disebabkan meninggalkan sesuatu tanggungjawab atau kewajipan hukum syarak.
Oleh itu kita yang hidup ini,
1. jika anda juga ada melakukan nazar,
2. tidak berpuasa (secara tidak sengaja, ataupun sengaja), rekodkan juga supaya waris anda tahu anda telah berhutang Akhirat. sebab kita tak tahu bila kita akan meninggal dunia.
Peringatan, sewaktu hidup ini WAJIB untuk anda melangsaikan hutang akhirat anda