Ini berkaitan dengan Hibah Amanah. Hibah ini ada pelbagai ketegori, tidak semua hibah mempunyai masalah yang sama. Ia sebenarnya bergantung kepada perjanjian yang telah tertulis dalam dokumen Hibah.
Thursday, September 8, 2022
Hibah Amanah TH - ketahui sebelum tandatangan dan melaksanakan
Ini berkaitan dengan Hibah Amanah. Hibah ini ada pelbagai ketegori, tidak semua hibah mempunyai masalah yang sama. Ia sebenarnya bergantung kepada perjanjian yang telah tertulis dalam dokumen Hibah.
Thursday, September 1, 2022
Tips untuk kurangkan jadi pelupa
Saban hari kita sering bercakap "Eh aku lupa la..." "sorry aku lupa" sebagai satu alasan untuk mendapat belas ehsan rakan kita. Samada rakan kita percaya ataupun tidak, kami tidak pasti. Sebab banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi mereka untuk mempercayai kata-kata yang kita lemparkan.
Saya share kepada anda bagaimana cara untuk jadi seorang yang cekap dan tidak mudah lupa
1. Hentikan buat dua kerja dalam satu masa
Bermakna, jika anda mendengar, anda jadi seorang pendengar yang baik. Jika anda sedang memandu, tumpukan pemandauan anda. Ada satu research yang menunjukkan bahawa orang yang membuat dua kerja dalam satu masa ini, sebenarnya lagi perlahan tindakan kerjanya berbanding dengan seorang yang fokus satu kerja dalam satu masa.
2. Dapatkan rihat, tidur yang secukupnya
Apabila otak anda sudah penat, sudah tentu anda tidak dapat terima lagi input baru. Jawapannya dapatkan rehat yang cukup, tidur. Waktu petang, bersenam sikit dan kurangkan pengambilan makanan bergula dan juga caffien di waktu malam.
3. Tulis jangan type ataupun simpan dalam gamabr
Semasa kita menulis, kita merangsang otak kita untuk mengigat apa yang kita tulis. Tulis nota sendiri. Jika anda boleh paham nota anda, jangan lupa untuk sampaikan.