Ciri-ciri marad al-mawt, - Penyakit berakhir dengan kematian, penyakit menjadikan seorang tidak waras, penyakit serious, penyakit itu derita berterusan tidak lebih 1 tahun.
Akad hibah yang berlaku ketika penghibah berada dalam keadaan marad al- mawt tertakluk kepada hukum wasiat iaitu:
a) Hibah yang diberikan kepada bukan waris penghibah hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada harta peninggalan si mati (penghibah) kecuali lebihan itu mendapat keizinan daripada waris-waris penghibah.
b) Pemberian hibah tidak sah kepada waris penghibah kecuali dengan izin waris-waris yang lain.
c) Pemberian hibah yang berbeza-beza penerimanya dalam kalangan bukan waris ketika marad al-mawt hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 dan sekiranya pemberian tersebut berlaku pada waktu yang sama ia dikira mengikut nisbah pemberian kecuali mendapat keizinan daripada waris-waris penghibah. Namun sekiranya pemberian tersebut berlaku pada waktu yang berbeza dan kadarnya melebihi 1/3 daripada harta peninggalan penghibah, maka penerima yang awal berhak ke atas pemberian tersebut dengan kadar 1/3 dan pemberian ke atas penerima kedua atau seterusnya adalah terbatal melainkan mendapat keizinan waris-waris penghibah.