Wednesday, August 11, 2021

Pembahagian Harta Pusaka Jika Si Mati meninggalkan Hibah Takaful




Berikut adalah cara pembahagian harta pusaka jika si mati sebagai contoh suami meninggalkan Hibah takaful.


1. Isteri akan menerima pampasan kematian suami secara Hibah, justeru isteri di haruskan untuk membayar hutang suami. Kenapa saya cakap harus, duit pampasan untuk penamaan hibah pada takaful adalah hak milik isteri tanpa boleh dibicara di mahkamah, kecuali jika suami membuat penamaan secara Wasi, isteri Cuma adalah pentadbir untuk pampasan itu sahaja, justeru isteri DIWAJIBKAN menggunakan wang pampasan tersebut untuk membayar pinjaman dan hutang lain si suami menggunakan duit tersebut sebelum diagihkan bakinya secara Faraid.


2. Selepas isteri membayar wang pampasan tersebut kepada bank, bank akan released kan harta tersebut atas nama arwah suami.


3. Justeru isteri perlu mendapat persetujuan semua penerima faraid dan melantik salah seorang daripada mereka sebagai pentadbir atas pengurusan rumah tersebut, jika tiada penulisan wasiat secara sah dan bertulis di lakukan. Jika sudah ada, tidak perlu lagi. Pentadbir akan mendapat hak untuk menguruskan dan mengagihkan harta pusaka tersebut.


4. Isteri dalam bahagian suami masih lagi ada hak ke atas rumah tersebut, kerana selepas kematian si mati, waris pertama hendaklah melangsaikan hutang, agihan untuk harta sepencarian dan barulah pengagihan hak faraid.


5. Jika isteri mahu terus tinggal dalam rumah tersebut dengan anak-anak tanpa gadai rumah tersebut untuk kepentingan penerima faraid yang lain, sebagai contoh dalam kes ini ayah dan emak arwah suami, isteri boleh membayar balik nilai rumah tersebut kepada ayah dan emak arwah suami jika mereka tidak melepaskan hak mereka. Tetapi, lebih baik bagi saya berbincang dengan antara keluarga supaya harta tersebut tidak tergadai dan juga tidak membebankan si isteri dan anak-anak. Si ayah dan emak juga mempunyai kuasa untuk melepaskan hak faraid.


6. Selepas semua dipersetujui barulah rumah tersebut boleh dipindah milik kepada si isteri dan menjadi hak milik isteri, jika isteri meninggal dunia akan menjadi hak milik anak lelaki dan anak perempuan pula.


Inilah sebenarnya perjalanan seorang isteri ataupun suami untuk menuntut sebiji rumah. Kalau ada keraguan ataupun kesalahan boleh PM saya.


Hibah dapat membantu isteri untuk mendapatkan wang segera bagi kelangsungan hidup keluarga.
Penulisan Wasiat beserta perlantikan pentadbir dapat membantu pengagihan harta terus kepada waris yang hendak diberikan.

Khairul Anwar
019 271 7006

No comments:

Post a Comment