Waktu pendemik ini, ada satu kerisauan yang menyebabkan kita rasa terbeban dengan masalah kewangan kadang-kadang boleh jadi seperti hilang pertimbangan kita iaitu Hutang.
Ada satu doa daripada Rasullah s.a.w yang kalian mesti hafal kemudian baca ayat ini setiap hari pagi dan petang, (iaitu ayat pada gambar)
Sejarah penurunan ayat seperti mana tertulis dalam kita al-ma’thurat susunan As Syahid Imam Hassan Al Banna
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Amamah di dalam keadaan ketar, maka baginda bertanya: Apakah sebab aku lihat kamu berada di masjid yang bukan masa sembahyang?
Jawab Abu Amamah : Beberapa urusan hutang yang menyebabkan aku terasa gelisah wahai Rasulullah
Maka jawab baginda : Tidakkah sepatutnnya aku beri satu bacaan yang apabila engkau membacanya, akan dihilangkan oleh Allah swt penyakit kebingungan itu dan akan terbayar hutang-hutangmu?
Jawabnya : Ya!
Lalu baginda bersabda : Apabila pagi dan petang, hendaklah membaca (ayat di gambar). Kemudian saya berbuat seperti yang diarahkan oleh Rasulullah makan Allah s.w.t telah menghilangkan penyakit resah dan segala hutang saya dapat diselesaikan.
Walahu’alam
No comments:
Post a Comment