Saya pun beli rumah untuk isteri saya untuk anak-anak saya berlindung semasa saya ada ataupun ditakdir kita pergi meninggalkan dunia yang fana ini.
Tetapi kenapa sesetengah rumah, apabila berlaku kematian, didapati rumah tersebut terpaksa di jual menjadi bank lelong.
Rumah terpaksa jual adalah kerana waris mungkin terpaksa melakukan perkara-perkara berikut
1. Membayar baki pinjaman bank atas pinjaman rumah.
2. Untuk menyelesaikan hutang selain hutang rumah yang masih tertunggak.
3. Untuk digunakan sebagai wang bagi pengagihan faraid antara penerima faraid si mati.
Bank lelong pulak berlaku mungkin apabila
1. Waris faraid yang menerima rumah tersebut tidak mampu membayar pinjaman bank. So, dalam tempoh tertentu rumah itu terpaksa di lelong jika baki pinjaman gagal di bayar.
Solusi.
1. Jika anda membeli rumah sertakan sekali dengan MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) secara full term dengan tempoh pinjaman.
2. Backup dengan baki pampasan kematian pada sijil takaful peribadi untuk menampung baki pinjaman.
3. Dokumenkan wasiat.
4. Dokumenkan Hibah Harta untuk rumah tersebut.
Proses penyelesaian hutang bergfungsi supaya simati tidak meninggalkan hutang rumahnya sekaligus menjadikan rumah tersebut adalah milik waris yang sah.
Proses dokumentasi wasiat dan hibah harta, supaya waris tahu hajat simati keatas harta yang ditanggalkan dan hibah harta yang telah diamanahkan dapat diserahkan kepada penerima hibah.
Salah anggap apabila kita sering diingatkan untuk menggunakan wang yang berikan kepada waris (melalui cara hibah takaful) bagi membayar baki pinjaman rumah bagi mengelakkan perebutan harta pusaka. Duit semata-mata tidak boleh menyelesaikan masalah harta, dokumensi yang mempunyai hitam putih harus disediakan untuk memudahkan waris yang ditinggalkan mengetahui apakah hajat si mati.
Untuk berbincang lebih lanjut, boleh hubungi saya
Khairul Anwar
019 271 7006
khairulanwar426@gmail.com
Diskusi boleh diberikan melalui kaedah online.
No comments:
Post a Comment