Friday, June 4, 2021

Perbezaan Hibah dan Wasiat (bahasa pasar)

Menjawab persoalan yang dikemukakan oleh client saya secara bertulis berkenaan dengan penamaan Hibah dan wasiat. Apakah perbezaan antara keduanya.
Saya percaya, ramai yang ada disini memilih jalan penamaan Hibah (Hibah bersyarat) berbanding wasi. Tetapi tahukah anda apakah kelebihan dan kekurangan antara duanya. Meh sini, saya terangkan
Hibah
1. Paling popular dalam penamaan polisi, dikatakan boleh diagihkan secara terus kepada si penama.
2. RIalitinya adalah hibah dalam takaful ini adalah hadiah. Hadiah kita berikan kepada orang yang masih hidup, Dan tertakluk kepada apa sahaja perkara yang di lakukan oleh penerima hadiah tersebut tanpa boleh persoalkan.
3. Justeru, hutang si mati adalah tertakluk kepada penerima hibah untuk selesaikan ataupun tidak. Jika si penerima hibah tidak mahu selesaikan hutang yang telah di amanahkan oleh pemegang polisi ketika hayat. Tiada undang-undang dunia yang boleh menghukum penerima hibah. Nama pun penerima Hibah, bukan penerima amanah.
4. Jika si pnerima Hibah meninggal dunia sejurus selepas si pemberi hibah meninggal. contoh suami memberikan hibah kepada isteri, dan suami meninggal dahulu dan isteri meninggal kemudian dalam satu kemalangan. Waris isteri akan menerima hibah yang diberikan oleh arwah suami itu, dan perlu diagihkan mengikut Faraid isteri, bukan faraid suami. Jika suami ada berhutang, dan mahu menyelesaikan hutang tersebut menggunakan Hibah tersebut. Mungkin tidak tercapai jika tiada kesepakatan penerima Faraid isteri.
5. Penerima hibah diberi mengikut amaun yang telah diberikan oleh si pemberi hibah, jika salah seorang penerima hibah itu meninggal sebelum daripada si pemberi hibah meninggal (pemberi hibah tidak sempat menukar penama), bahagian penerima hibah yang meninggal tersebut akan menjadi faraid kepada pemberi hibah. Contoh, Nilai hibah 100,000 dibahagikan kepada dua, dapat seorang 50,000. Salah seorang penerima hibah meninggal, yang hak 50,000 salah seorang penerima hibah itu kembali kepada si pemberi hibah dalam bentuk faraid.
6. Hibah tidak boleh di berikan kepada institusi, ianya hanya untuk individu sahaja. Tapi selalunya akan dinamakan orang yang menjaga institusi tersebut. Namun ia adalah amanah penerima hibah untuk menunaikan hajat si pemberi hibah. Jika si penerima hibah tidak menggunakan duit tersebut dengan adil ia tidak boleh di dakwa.
7. Hibah diberikan kepada anak angkat, bukan sebab anak angkat tidak menerima hak faraid, sebab untuk anak angkat merasa sedikit sama dengan anak kandung yang menerima harta pusaka secara faraid. Sebab, kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa sama ada anak angkat dan anak kandung
8. Jika hanya mempunyai anak perempuan, Hibah ini membantu untuk memberikan sedikit kewangan kepada mereka untuk mereka survive.
9. Menggunakan hibah untuk membayar baki hutang rumah untuk mendapatkan hak rumah tersebut bukannya jalan yang
terbaik
. Yang
terbaik
adalah untuk anda menguruskan wasiat rumah tersebut. Hibah bersyarat takaful tidak mampu untuk memastikan rumah tersebut adalah milik penerima hibah dengan hanya membayar baki pinjaman kepada bank. Banyak lagi perkara yang perlu dibuat dalam pengurusan harta pusaka.
10. Hibah dapat digunakan supaya anak dapat harta yang ditinggalkan oleh ibu/ayah secara sama rata tidak kira lelaki dan dan perempuan.
Wasi

1. Wasi adalah pentadbir kepada pampasan takaful yang diterima. Justeru, diingatkan jika penamaan wasi, bukan hak penerima wasi tersebut. Wasi berparnan untuk mambayar hutang si mati, dan juga mengagihkan wang pampasan tersebut kepada semua penerima-penerima faraid.
2. So jika penerima faraid melepaskan haknya, maka boleh la diagihkan kapada sesiapa yang di kehendakinya.
3. Jika penama wasiat tersebut meninggal selepas sahaja pemilik sijik takaful meinggal, wakil daripada penerima faraid yang lain boleh menuntut selepas mendapat keizinan daripada mahkhamah. Namun tetap perlu diagihkan secara faraid termasuk membayar hutang si mati.
4. Jika ada dua pentadbir, salah satu pentadir meninggal dunia, ia akan diserahkan kepada pentadbir yang lain.
5. Bagi saya penamaan wasi ini lebih baik jika anda terbeban dengan hutang yang besar, dan saya juga menasihati client saya untuk first polisi, cara penamaan yang
terbaik
adalah wasi. Second polisi barulah kita laksanakan hibah.
6. Jika pentdbir salah guna wang pampasan takaful untuk kegunaan sendiri, ataupun tidak memabayar hutang si mati, dan juga agihkan wang tersebut kepada penerima faraid lain. Penerima faraid lain boleh membawa perkara ini ke mahkhamah kerana pecah amanah.
Diingatkan hak faraid boleh dilepaskan daripada si penerima faraid. Contoh, ayah meninggal dunia tinggalkan anak perempuan, antara penerima faraid adalah atuk (iaitu ayah kepada ayah). Atuk boleh katakan untuk agihkan nilai faraidnya kepada dua cucu perempuan dia secara adil.
Perkara ini untuk mereka yang dah ada takaful sahaja, yang belum ada, sign up skrg. kerana takaful lebih banyak memudahkan darisegi legasi ditinggalkan.
khairul Anwar
Perunding Takaful
019 271 7006

1 comment:

  1. Or, the Age of Gods Roulette, where you'll be be} competing for one of four jackpots, and you’ll be able to|be succesful of|have the ability to} wager on a bonus place. The sport was transferred to North America by the primary French colonies, so the American roulette wheel kept the double zero pocket. On the other hand, Europeans ditched it to extend the game’s home edge so both European and French Roulette these days are single-zero video games. 카지노 사이트 In the US, most land-based casinos provide American Roulette, however on-line, could also|you can even} play French and European Roulette.

    ReplyDelete