Investor ini memang saya sayang dari lahir sampai ke sekarang,
Kesilapan yang langsung tidah dijangka pada waktu itu adalah membeli unit pada harga yang mahal, sebab saya tak perasan selepas tue ada banyak faktor politik dan juga hubungan antara Amerika dan China yang membuatkan harga unit jatuh. Ye la, kita bukan orang yang boleh meramalkan masa hadapan kan.....
Memang dalam tempoh sebelum covid -19 iaitu daripada November 2017 hingga Mac 2020, bagi saya susah untuk saya meyakinkan dengan investor, untuk stay invest dalam ini. Ada kalanya investor cakap dengan saya, beliau bercadang untuk keluarkan duit semula apabila sudah capai balik RM20,000 tersebut.
Untuk pengetahuan, selepas saya beli unit amanah ini, harga unit jatuh dan naik, kemudian jatuh semula, susah nak capai 20,000 semula dalam tempoh 3 tahun pertama.
Dalam hati cakap, matilah kalau x cukup nnt waktu dah pencen, cam mana nak buat ini. Aim saya mudah sahaja, apabila saya kira purata keuntungan dividen hendaklah paling kurang sama dengan purata keuntungan dividen yang dikeluarkan oleh Tabung Amanah Persaraan (TAP) pada tempoh yang sama. Kalau client keluarkan duit sebelum itu, maknanya RUGI.
Nasib baik selepas daripada covid-19 ini harga unit melambung tinggi, disebabkan pelaburan yang dibuat bukan pelaburan di Malaysia, malah di pelaburan daripada China, Taiwan dan Hong Kong. Kenaikan harga unit melonjak sehinggakan saya tak sedar, ia mencapai tanda aras yang saya tetapkan, iaitu sama dengan purata keuntungan dividen TAP.
Hari ni, purata keuntungan dividen selama 3 tahun 4 bulan ini adalah 15.21% jauh lebih tinggi daripada TAP. Saya zahirkan penghargaan kepada investor kerana bersabar dan tetap mempercayai kami.
Bila saya lihat balik Investor Risk Profile, baru saya tahu kenapa waktu itu saya boleh menasihati fund yang berisiko tinggi ini.
Sebab nya, walaupun client dalam tempoh 10 tahun (waktu itu) akan mencapai usia persaraan, tapi client ada memilihi bahawa jika harga dana jatuh, die tetap akan biarkan duit dia dalam ini, dan juga tujuan die adalah untuk tempoh masa yang panjang.
Hari ini, mungkin anda melihat unit amanah yang harganya melambung tinggi, tetapi jika kita sendiri tidak sabar, ataupun terlupa tujuan pelaburan kita, mungkin kita akan keluarkan di tengah2 waktu pebuaran sebab harga dana jatuh menjunam dan menyatakan bahawa simpanan pelaburan unit amanah adalah janji2 kosong.
Ingat, dana unit amanah bukan diambil berdasarkan keuntungan dividen hari ini, itu hanyalah rezeki kepada orang yang bersabar. Dana unit amanah di kira berdasarkan, betapa anda sanggup untuk menanggung risiko pelaburan. Sebab kita tak tahu apa yang belaku pada masa hadapan.
Jawab "Risk Profile" dan dapatkan nasihat daripada mereka yang mahir.
Jika anda berminat untuk membuat pelaburan unit amanah bersama saya, hubungi saya
+60192717006
+60192717006
+60192717006
pada bila-bila masa
*TAP adalah nama lain yang saya bagi, menggantikan nama dimana kebanyakkan rakyat Malaysia simpan untuk persaraan.
No comments:
Post a Comment