Monday, February 8, 2021

8 Cara untuk membantu anda hidup lebih sihat, umur lebih panjang dan kehidupan yang lebih berkualiti.

Kalau saya "reveal" kan 8 cara itu, jagan lupa follow ya, kalau kita setakat baca sahaja, mungkin tidak ada kesan apa-apa terhadap kehidupan. 


O.K 8 Cara tersebut adalah

1. Amalkan cara hidup yang aktif dan rajin berkomunikasi antara satu sama lain. 
Oleh itu, saya sarankan anda semua untuk pergi bersosial selepas sahaja membaca artikal ini, pergi hubungi ibu ayah dan rakan-rakan disamping mengikut rakan-rakan melakukan aktiviti yang sihat. Kekalkan tubuh badan dan mental yang aktif. 

2. Motivasikan diri
Anda semua ada kehendak atau impian anda, oleh itu anda hendaklah sentiasa meletakkan impian anda, matlamat anda di hadapan, suapaya setelah anda meletakkan impian anda di hadapan anda akan jadi lebih bersemangat untuk berusaha dan sentiasa ada peluang baru untuk kehidupan lebih baik.

3. Fahami emosi diri. 
Fahami perkara yang boleh bagi motivasi kepada diri anda, memahami setiap  Kekuatan, Kelemahan, Keperbatasan dan juga Peluang. (SWOT Analysis)

4. Sentiasa berfikiran terbuka, 
Sentiasa positif dalam setiap sesuatu. jangan bagi ada satu pun emosi negatif masuk dalam diri kita. 

5. Sentiasa berdikari, sentiasa yakin dalam apa sahaja keputusan anda, fokus masa anda dan tenaga anda dan tenaga daam diri anda terhadap apa sahaja yang anda boleh kawal yang boleh menambah baikkan kekuatan pemikiran. 

6. Jaga hubungan antara satu sama lain.
Fokus dalam semasa mendengar. Moto lama Prudential ada tertulis, "Sentiasa Mendengar, Sentiasa Memahami". Sentiasa berfikiran terbuka, jujur dalam percakapan and cari rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. 

7. Tidak berhenti daripada belajar. 
Sentisa mencari idea baru dan mempelajari perkara yang baru, cabaran yang baru dan sentiasa berfikir terbuka untuk berubah. 

8. Luangkan masa untuk "Re-charge"
Waktu ini, anda hendaklah tetapkan masa yang betul-betul anda follow, iaitu masa untuk bekerja dan masa untuk diri sendiri, dan mencari masa dengan "re-charge" balik tenaga anda. 

Ok itu 8 cara itu ya, ikuti langkah ini. Mengikut satu kajian keatas 6,000 orang, termasuk 1,500 adalah rakyat Malaysia hanya 15% sahaja yang mengikut 8 cara ini. 

No comments:

Post a Comment