Thursday, December 16, 2021
Apakah marad al-mawt,? Waktu yang hibah boleh dibatalkan.
Bahagian Faraid, Suami kepada Isteri dan anak perempuan
Tuesday, November 16, 2021
PENAMAAN MLTT - HIBAH, WASI ATAU OBSOLUTE ASSIGNMENT ( PRO & CONS)
Sekarang saya yakin ramai yang sudah mula mengenali apakah itu MLTT, iaitul Mortgage Level Term Takaful, iaitu perlindungan takaful yang anda khaskan untuk tujuan pembayaran semula pinjaman perumahan, jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Dan anda boleh mendambahkan rider iaitu Sakit Kritikal, iaitu jika berlaku sakit kritikal, wang pampasan itu juga dapat digunakan untuk membayar rumah tersebut.
Namun apakah kaedah penamaan yang anda harus buat. Jika anda memilih penamaan secara :
Hibah
Pros - Wang tersebut terus disalurkan kepada penerima hibah yang telah di pilih dan wang tersebut adalah hak milik penerima hibah secara total. Lazimnya penerima hibah adalah isteri ataupun anak-anak
Cons - Apabila wang tersebut adalah milik penerima hibah secara total, tiada siapa pun daripada waris lain yang boleh mempersoalkan jika penerima Hibah enggan mengunakan wang pampasan hibah untuk membayar hutang rumah simati. Jika penerima Hibah meninggal sebelum pampasan hibah dapat dilaksanakan, wang pampasan Hibah itu adalah menjadi hak penerima Faraid si penerima hibah. Namun, tidak tertakluk kepada penerima faraid kepada si penerima hibah untuk membayar hutang Si Pemberi Hibah.
Wasi
Pros - Penama yang dilantik adalah pengurus sahaja kepada wang pampasan takaful tersebut, bukan hak mutlak, justeru penama yang dilantik hendaklah menguruskan wang pampasan tersebut dengan cara menguruskan hutang tersebut dan baki diberikan kepada penerima faraid mengikut bahagian dalam Alquran ataupun persetujuan penerima-penerima faraid
Cons - Penama yang dilantik tersebut hendaklah secara sukerala membantu menguruskan wang tersebut untuk membayar semula hutang-hutang si mati. Dan perlu memberitahu kepada penerima faraid apakah kegunaan wang pampasan tersebut, sebab jika disalahgunakan, penerima faraid lain boleh persoalkan.
Obsolute Assignment
Pros - Syarikat amanah yang dilantik akan membayar hutang, dan agihkan baki daripada hutang tersebut kepada waris yang dikehendaki (seperti mana hibah).
Cons - Terdapat cas untuk pembukaan dokumen dan pengurusan selepas kematian.
Tiada penamaan
Seorang daripada penerima faraid haruslah mendapat kebenaran daripada Pusaka Kecil dengan cara mendapat persetujuan daripada penerima-penerima faraid untuk membuat tuntutan kepada pengendali takaful
Pilihan saya jika penamaan untuk tujuan pembayaran balik hutang adalah dengan cara perlantikan Wasi ataupun Absolute Assignment. Jika anda tiada MLTT ataupun MRTT yang selari dengan pinjaman perumahan anda, bersedialah untuk waris yang ditinggalkan untuk menggunakan wang yang ditinggalkan yang lain untuk pembayaran semula rumah.
MLTT dan MRTT hanya menyelesaikan baki pinjaman rumah sahaja, tidak menyelesaikan agihan rumah selepas kematian.
Khairul Anwar
019 2717006
Wednesday, October 27, 2021
KITA DAH ADA KUASA, SEBAB ITU KITA DAPAT AGIHKAN HARTA PUSAKA DENGAN CEPAT
Thursday, October 7, 2021
Thursday, September 23, 2021
Hutang semasa mati, kita sendiri yang uruskan
Tuesday, September 21, 2021
Tinggalkan nota bersama sijil takaful anda.
Jika anda hari ini sudah buat Hibah Takaful, dan anda telah meletakkan seseorang sebagai salah satu penerima hibah takaful.
Pertama anda "dinasihati" untuk memberitahu waris lain yang ditinggalkan apakah hajat kita terhadap wang pampasan hibah takaful tersebut. Supaya mereka faham, kenapa ada satu amaun yang besar diberikan kepada seseorang. Luahkan kepada mereka. Jika anda hendak merahsiakannya, tulislah dalam satu surat seal dan letakkan dalam polisi dan amanahkan untuk dibuka selepas ketiadaan empnya polisi. Dan lakukan sekarang. Sebab kita tak tahu bila kita pergi.
Jika anda membuat wasiat bertulis, dalam pesanan terakhir, tulis juga berkenaan dengan hibah takaful ini. Supaya mereka faham.
Kenapa?
Saya mendapat banyak panggilan bertanya berkenaan dengan duit Hibah, yang kadang-kadang ada satu masalah iaitu sampaikan ibu dan bapa yang melahirkan tidak dapat apa-apa bahagian faraid.
Dalam satu kes
- Isteri menggunakan duit hibah, untuk anak-anak dan tidak menggunakan untuk membayar hutang arwah suami.. (tidak boleh ditanding hibah ini)
- #Hutang suami dibayar menggunakan duit KWSP yang dtinggalkan
- Isteri menuntut harta sepencarian, walaupun bilangan dia sikit
- pembahagian faraid dijalankan.
Rasa-rasa ibu yang ditinggalkan ini, berapa sahaja baki pampassan #faraid yang diterima?
Ikhlas
Khairul Anwar
Monday, August 23, 2021
Apakah Perbezaan Antara Hibah dan Wasiat
Ramai di kalangan rakyat Malaysia didapati mempunyai kekeliruan di antara Wasiat dan Hibah.
Wasiat dan Hibah merupakan dua instrumen yang berbeza dari segi fungsi dan kelebihan instrumen-instrumen tersebut.
𝗣𝗘𝗥𝗕𝗘𝗭𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗪𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛
Terdapat beberapa perbezaan berkenaan kedua-dua instrumen tersebut. Antara perbezaannya adalah:
1) 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗮𝘁𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻:
Wasiat: berkuat kuasa selepas kematian.
Hibah: berkuat kuasa serta merta selepas pembentukkannya.
2) 𝗙𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶:
Wasiat: Fungsi utama Wasiat adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran harta serta penyelesaian hutang secara total dan cepat melalui perlantikan wasi/pentadbir.
3) 𝗛𝗮𝗱 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻:
Wasiat: Pengagihan harta kepada bukan Waris melalui Wasiat adalah terhad kepada maksimum 1/3 daripada harta pusaka dimana boleh diberikan kepada selain daripada waris Faraid seperti anak angkat, anak saudara, sepupu, keluarga bukan Islam, pemberian untuk tujuan sedekah, infaq dan wakaf dan sebagainya.
Hibah: pemberian melalui Hibah tiada had tertentu dan dibenarkan untuk diberikan harta kepada mana-mana benefisiari yang dikehendaki.
Wasiat dan Hibah adalah penting dalam perancangan harta pusaka untuk 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗽𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮 dan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗸𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗴𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴.
Artikel Penuh di pautan di bawah:
https://as-salihin.com/perbezaan-wasiat-dan-hibah/
_
.
#asSalihinPrihatin
#StayAtHomePlanYourWasiat
#assalihin
#wasiat
#hibah
#hartasepencarian
#amanah
#faraid
#anakangkat𝗪𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧
Thursday, August 19, 2021
Agen jangan jadi Pemalu!
Antara sikap yang perlu dijauhkan oleh seorang peniaga adalah PEMALU terutamanya perniagaan yang jenis perlu "approach" customer sebagai contoh, insurans, unit trust dan estate planning.
Antara malu2 yang perlu dihindari adalah
1. Malu untuk membuka mulut
2. Malu untuk memohon bantuan
3. Malu untuk mendapatkan janji temu
4. Malu untuk mendapatkan penjelasan
5. Malu untuk mendapatkan jualan
6. Malu untuk berhadapan dengan orang yang boleh membuat keputusan
7. Malu untuk tanyakan komitmen
8. Malu untuk kemukakan soalan-soalan peribadi
9. Malu untuk tetapkan jadual panggilan dalam kalendar
10. Malu untuk mendapatkan kenalan daripada pelanggan yang sedia ada.
11. Malu untuk dapatkan testimonial.
12. Malu untuk mengetahui mengapa mereka enggan untuk menerima
13. Malu untuk mengetahui apa halangan mereka.
So, untuk kita menjadi seorang advisor yang terbaik yang mahu memberikan pandangan yang terbaik kepada prospect kita, kepada client -client kita ataupun kepada rakan-rakan kita ( supaya mereka dapat menerima apa yang kita sampaikan ) hindarkan dahulu sikap malu ini.
Terbaik!
Tuesday, August 17, 2021
Tahniah PruBSN Best Takaful Operator 2020
Wednesday, August 11, 2021
Pembahagian Harta Pusaka Jika Si Mati meninggalkan Hibah Takaful
Berikut adalah cara pembahagian harta pusaka jika si mati sebagai contoh suami meninggalkan Hibah takaful.
1. Isteri akan menerima pampasan kematian suami secara Hibah, justeru isteri di haruskan untuk membayar hutang suami. Kenapa saya cakap harus, duit pampasan untuk penamaan hibah pada takaful adalah hak milik isteri tanpa boleh dibicara di mahkamah, kecuali jika suami membuat penamaan secara Wasi, isteri Cuma adalah pentadbir untuk pampasan itu sahaja, justeru isteri DIWAJIBKAN menggunakan wang pampasan tersebut untuk membayar pinjaman dan hutang lain si suami menggunakan duit tersebut sebelum diagihkan bakinya secara Faraid.
2. Selepas isteri membayar wang pampasan tersebut kepada bank, bank akan released kan harta tersebut atas nama arwah suami.
3. Justeru isteri perlu mendapat persetujuan semua penerima faraid dan melantik salah seorang daripada mereka sebagai pentadbir atas pengurusan rumah tersebut, jika tiada penulisan wasiat secara sah dan bertulis di lakukan. Jika sudah ada, tidak perlu lagi. Pentadbir akan mendapat hak untuk menguruskan dan mengagihkan harta pusaka tersebut.
4. Isteri dalam bahagian suami masih lagi ada hak ke atas rumah tersebut, kerana selepas kematian si mati, waris pertama hendaklah melangsaikan hutang, agihan untuk harta sepencarian dan barulah pengagihan hak faraid.
5. Jika isteri mahu terus tinggal dalam rumah tersebut dengan anak-anak tanpa gadai rumah tersebut untuk kepentingan penerima faraid yang lain, sebagai contoh dalam kes ini ayah dan emak arwah suami, isteri boleh membayar balik nilai rumah tersebut kepada ayah dan emak arwah suami jika mereka tidak melepaskan hak mereka. Tetapi, lebih baik bagi saya berbincang dengan antara keluarga supaya harta tersebut tidak tergadai dan juga tidak membebankan si isteri dan anak-anak. Si ayah dan emak juga mempunyai kuasa untuk melepaskan hak faraid.
6. Selepas semua dipersetujui barulah rumah tersebut boleh dipindah milik kepada si isteri dan menjadi hak milik isteri, jika isteri meninggal dunia akan menjadi hak milik anak lelaki dan anak perempuan pula.
Inilah sebenarnya perjalanan seorang isteri ataupun suami untuk menuntut sebiji rumah. Kalau ada keraguan ataupun kesalahan boleh PM saya.
Hibah dapat membantu isteri untuk mendapatkan wang segera bagi kelangsungan hidup keluarga.
Penulisan Wasiat beserta perlantikan pentadbir dapat membantu pengagihan harta terus kepada waris yang hendak diberikan.
Khairul Anwar
019 271 7006
Friday, August 6, 2021
Perbezaan antara Harta yang berwasiat dan harta yang tidak ada wasiat
Daripada pernyataan dalam ayat di atas, sebagai contoh, jika si mati tadi masih mempunyai hutang maka kelewatan dalam mencairkan harta tadi akan menyebabkan hutangnya lambat untuk dibayar.
Sedangkan dalam satu Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidhi, nabi ada bersabda
Roh (orang mati) yang beriman tergantung (terawang-awang) dengan sebab hutangnya, sehinggalah hutangnya itu dilangsaikan (oleh ahli keluarganya atau orang lain).
Begitu juga jika si mati masih lagi mempunyai hutang zakat yang perlu ditunaikan, ataupun jika dia menyatakan hasratnya untuk mewakafkan atau menyedekahkan sebahagian hartanya bagi tujuan kebajikan selepas dia meninggal dunia.