Saturday, September 5, 2020

Surah Al Baqarah ayat 280 - Kesempitan ketika berhutang.




 Surah Al Baqarah ayat 280

Melalui Surah Al Baqarah ini kita dapat mengetahui bahawa kerajaan telah melaksanakan tugasnya iaitu memberikan pengecualian pembayaan pinjaman selama 6 bulan pada musim COVID-19 nanti. 

Tempoh tersebut akan tamat pada September 2020 ini. Justeru, hari ini kita perlu bersedia untuk membayar hutang dengan cara

1. Menyemak semual kedudukan kewangan untuk keperluan harian,

2. Menghubungi pihak bank yntuk menyemak bayaran ansuran bulanan yang tertangguh yang perlu dijelaskan sepeas tempohj moratorium tamat, 

3. Berbincang dengan pihak bank tentang pelan bayaran ansuran pembiataan yang baharu bersesuaian dengan kemampuan masing-masing sekiranya perlu

4. Mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi kerajaan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi individu dan Skim Resolusi Hutang Kecil bagi PKS.

Rasullah SAW pernah mengkhabarkan berkenaan pertolongan Allah kepada golongan manusia yang memopunyai niat yang tulus untuk membayar hutangnya kembali sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : 

Sesiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan niat ingin membayarnya kembali, Allah akan menolongnya daalam membayar kembali, namun Sesiapa yang mengambilnya dengan niat untuk menghilangkannya, maka Allah akan menolong menghilangkannya. (Riwayat al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment