"Silent Killer" pembunuh senyap.
Kenapa saya cakap ini antara salah satu pembunuh senyap kerana ia bukan melibatkan seseorang yang tidak aktif, seseorang yang aktif bersukan juga boleh terjadi perkara ini. Walaupun seseorang itu selalu membuat pemeriksaan kesihatan. Tambahan ia tiada sistom awal untuk mengenal pasti anda mengalami penyakit ini.
Pemeriksaan kesihatan yang biasa gagal untuk mengenalpasti sintom ini kerana sintom ini dapat dikenal pasti jika doktor melakukan MRI sahaja.
Salur darah aorta kita berdiameter 2 hingga 3 cm, tetapi jika kita dikenal pasti mengalami Aortic Aneurysm ini, salur darah kita boleh membesar sehingga 5 cm. Salur darah aorta yang memberikan darah kepada jantung dan membekalkan darah ke seluruh badan kita,
Apabila salur darah aurta ini pecah, anda ada peluang hanya sebanyak 20% kesembuhan sahaja jika anda tidak dapat hadir ke hospital dengan segera untuk mendapatkan pembedahan dengan segera. Manakala jika and dapat hadir ke hospital berdekatan dalam masa yang singkat tempoh hayat anda mungkin meningkat sebanyak 50%.
Kita perlu berjaga-jaga untuk menghindari diri kita daripada terkena penyakit ini dengan mengawal
1. Tabiat merokok
2. Tekanan darah
3. Berat badan
4. Ambil pemakanan seimbang.
Jika anda kerap merokok lebih daripada 100 batang seumur hidup anda dan juga anda berusia antara 65 - 75 tahun anda dinasihati untuk berjumpa dengan pakar perubatan untuk mengenal pasti aneurysm.
Terima Kasih,
No comments:
Post a Comment