Friday, August 28, 2020

AKAUN KELDAI - STRATEGI

Assalamulaikum wbt



Akaun Keldai, pernah dengar tak? 

Post kali ini adalah supaya kalian tidak tertipu dengan apa yang disitilah sebagai akaun keldai. 

Apakah itu akaun keldai?

Iaitu akaun bank yang digunakan oleh orang lain tanpa disedari ataupun seara sukarela oleh pemilik akaun tersebut bagi mendapatkan habuan mahupun dengan cara npenipuan untuk transaksi kewangan yang tidak sah atau menyelahi undang-undang. 

Adakah anda salah seorang golongan sasaran

Katakan ya jika anda merupakan seorang suri rumah, penganggur, pelajar ataupun seorang warga emas. 

Strategi bagaimanakah mereka gunakan?

1. Tawaran yang lumayan untuk membuka akauan atau menyerahkan akaun bank bagi kegunaan pihak ketiga.

2. Modus operandi dengan menawarkan peluang pekerjaan sebagai cara bagi mendapatkan akses kepada akaun bank mangsa. Mangsa dikehendaki menyerahkan nombor PIN kad ATM sebagai syarat diterima bekerja. 

3. Terdapat juga AHLONG (peminjam wang tidak berlesen) memperdaya peminjam untuk menyerahkan akaun bank mereka sebagai cagaran. Namun pada hakikatnya, pihak lain yang akan menggunakan akaun tersebut sebagai akaun keldai. 


Tips untuk elak menjadi mangsa akaun keldai 

1. Lindungi maklumat kad ATM dan maklumat perbankan anda. Dan tidak berkongsi maklumat tersebut dengan orang lain. 

2. Lapor jika kehilangan kad ATM kepada bank ataupun penyalahgunaan akaun bank anda. 

3. Jangan membuat pemindahan wang kepada orang yang tidak dikenali. Dan juga jangan ada kaitan apa-apa dengan mereka. 


No comments:

Post a Comment