Tuesday, March 3, 2020

MRTA akan melangsaikan baki pinjaman rumah



Ramai yang setuju dengan penyataan ini bahawa MRTA akan melangsaikan segala hutang pinjaman rumah, tetapi MRTA tidak akan melangsaikan keseluruhan baki pinjaman rumah, tetapi hanya menlangsaikan mengikut baki yang ada pada jadual yang telah disedaikan sebelum anda menandatangani kontrak untuk mencarum MRTA. 

Justeru, jika:
1. Jumlah pinjaman sama dengan jumlah perlindungan awal MRTA.
2. Tempoh perlindungan MRTA dan juga tempoh pinjmaman adalah sama.

Kemungkinan anda tidak perlu top up baki pinjaman rumah, jika anda membayar pinjaman perumahan secara konsisten. 

Tetapi jika perkara ini 
1. Jumlah perlindungan MRTA kurang daripada jumlah perlindungan pinjaman
2. Tempoh perlindugan MRTA lebih singkat daripada tempoh pinjaman
3. Kadar interest ataupun faedah berubah
4. Anda gagal membayar pinjaman perumahan ikut jadual.

Anda atau waris perlu menambah baki pinjaman perumahan anda kepada bank. Barulah bank akan melangsaikan dan membuat pindahan hak milik. 

Apa yang kami syorkan kepada anda adalah dengan check semula baki pinjaman anda dengan MRTA dan paling terbaik adalah anda membuka satu polisi insurans hayat untuk menampung baki pinjaman perumahan kelak. 


Terima kasih




No comments:

Post a Comment