Thursday, February 27, 2020

HUTANG KELUARGA LARI


Pagi tadi, saya terjumpa satu screen shot daripada kawan saya, berkenaan dengan faraid. Kali ini lain sikit, beliau bertanya berkenaan pengurusan hutang. Adakah penerima faraid perlu menanggung hutang tersebut.

Saya dapatkan jawapan ini dengan pengamal undang-undang syarie, beliau berkata tidak perlu hanya waris sahaja yang perlu langsaikan harta itu

Persoalan saya, siapa yang sanggup mengaku waris waktu itu?

Sudah tentu yang paling dekat adalah isteri, adik beradik walaupun mereka penerima faraid, jika mereka berkemampuan sudah tentu mereka bantu, jika tidak bukannya satu bebanan bagi mereka.

Oleh itu, jika hutang itu tak dapat diselesaikan, maka hutang itu akan kekal kepada simati sehingga hari akhirat. kerana bukan mudah untuk memastikan waris kita melangsaikan hutang kita. kerena di dunia ini, mereka juga ada kehendak dan keinginan nafsu mereka sendiri.

Jika meninggal dan tinggalkan hutang, mungkin tinggalkan isteri kita sahaja membesarkan anak dan diri mereka sendiri tanpa ada belas ikhsan keluarga.

Takaful membantu, tapi tindakan bermula dari sekarang, kerana tidak tentu bila kita akan pergi meninggalkan keluarga kita

#takaful #hibah #harta #waris #faraid #pusaka #pengurusanharta