Saturday, April 13, 2019

Kekalkan fokus anda untuk membaca

Kepada mereka yang selalu hilang konsentrasi ketika membaca, hari ini izinkan saya share satu artikel yang saya dapat daripada TheStar pada 11 April 2019. 
Kita semakin mudah hilang fokus (concentration), apabila melalukan sesuatu perkara terutamanya jika ingin membaca bahan ilmiah. Handphone berbunyi sikit, hilang fokus membaca dan orang lalu depan mata, hilang fokus membaca. 
Dulu pada tahun 2002, saya ada tulis satu bertajuk MEDZIK. iaitu ringkasan daripada perkataan Meditasi dan Berzikir. untuk memberikan tumpuan dalam setiap sesuatu yang kita buat.
Pergi kepada tips untuk fokus yang saya dapat daripada artikel ini.
1. Fahami diri sendiri
Dalam mencapai fokus diri sendiri, anda sebenarnya sudah tahu waktu yang seusai untuk anda senang memberi tumpuan, Optimumkan waktu dan keadaan tersebut.
Jika anda tidak tahu bila, cuba buat semua perkara tersebut dalam tempoh waktu sejam setiap aktiviti, kemudian kenalpasti waktu yang paling sesuai. 
2. Bantu minda kita fokus
Muzik ataupun menonton tv sebenarnya tidak membantu kita dalam tumpuna, ia lebih kepada menambahkan suasana, yang optimum. Tetapi sebenarnya kita akan "distract" dengan keadaan sekeliling.
Meja dan Kerusi yang terbaik untuk anda membaca adalah penting, Dapatkan meja yang mempunyai ketinggian yang optimum dan kerusi yang selesa untuk anda belajar.
3. Setiap tempat ada fungsi tertentu
Katil adalah tempat anda tidur, meja belajar adalah tempat untuk anda belajar. Gunakan tempat2 itu dengan sebaiknya. 
4. Sikit je lagi.
Jika anda hilang tumpuan semasa memabaca. just cakap, "5 minit lagi, we will end this". Jika 5 minit itu terlampau lama, tukar kepada 3 minit. 
5. Makanan
Ya, mudah ja point numbor 5 ini. Jaga pemakanan. makanan makanan yang sihat. 
Done.
Terima kasih kerana membaca

No comments:

Post a Comment