Sunday, September 30, 2018

Account Media Sosial, pernah terfikri untuk mewariskan atau tidak pernah terfikir.


Satu kes mahkhamah pada tahun 2012, seorang ibu yang telah kematian anak meminta kebenaran daripada Facebook untuk membuka account anaknya. Di khuatari anak nya itu meninggal kerana membunuh diri. Disebabkan "social media' tersebut tidak mengizinkan, kes di bawa ke mahkhamah. Setelah bertahun kes itu, mahkhamah mengisytiharkan bahawa masej dalam facebook itu seperti juga asset dan boleh di berikan kepada waris seperti mana anda tinggalkan surat dan diari kepada orang yang tersayang. Perbicaraan kes ini berlaku di German.

Kalau anda, mungkin akaun Facebook anda tidak penting, bagi mereka yang berniaga, akaun Facebook dan media sosial yang lain sangat penting, kepada siapa akaun ini akan diserahkan. Kepada jurugambar professional, anda mempunyai gambar yang menarik yang juga merupakan aset anda di simpan dalam sistem "cloud" jika anda meninggal dunia bagaimana dengan aset gambar tersebut. 
Termasuk kepada mereka yang terlibat dengan "cryptocurrencies".
Salah satu syarikat perwarisan harta telah menyediakan satu dokumen dinamakan Digital Asset Memorandum, untuk client listkan "password". Dan clients simpan dokumen ini sehingga client meninggal.

Bagi seorang muslim, cara pengagihan digital asset ini masih dalam kajian. Tetapi, bagi saya satu undang-undang baru perlu di perkenalkan untuk "Digital Asset" untuk seorang Muslim atau bukan Muslim

Khairul Anwar, AFPM
Kuala Lumpur
30 Sept 2018

#wasiat #waris #hartapusaka #keluargasakinah #hartapusaka #facebook #malaysia #digital #jurugambar

No comments:

Post a Comment