Pruvolunteer experience - 10 Februari 2018
PPR Desa Rejang, Setapak
PruKasih bukan Insurans atau Takaful. Bila sebut pasal Insurans dan Takaful semua takut, maybe takut kepada komitmen bulanan yang mungkin bagi mereka tidak dapat apa-apa. Yes, salah faham berkenaan konsep insurans dan takaful ini masih besar dikalangan masyarakat kita.
Saya tak nak menulis panjang berkenaan presepsi ini yg datang dari pelbagai faktor.
Apa itu PruKasih, PruKasih adalah bantuan kewangan kepada kemuniti terpilih, dalam tempoh tertentu dan tertakluk kepada terma dan syarat. Panjang nak cerita syaratnya, tetapi jika kawasan anda terutama kawasan penduduk PPR tahu berkenaan dengan PruKasih ini, daftarlah dengan wakil daripada Prudence Foundation di kawasan anda.
|PPR Desa Rejang, satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan
Saya dan rakan seramai 5 orang diamanahkan untuk menjaga pendaftaran di block A. Alhamdulillah, sambutan di Block A pada saya amat mengalakkan.
Salah satu faktor kami mendapat ramai yang mendaftar adalah kerana satu sikap dalam masyarakat yang jarang ada iaitu responsible and awarness
Salah seorang wakil penduduk datang untuk daftar. Sebelum ini, penduduk tersebut tidak tahu berkenaan dengan Prukasih. Tindakan proaktif penduduk tersebut adalah dengan menghebahkan program PruKasih kepada penduduk lain. Sampai sanggup ke rumah dan pastikan jiran mereka yang layak untuk mendaftar untuk program Prukasih.
Ini sikap kejiranan dan tanggungjawab yang susah nak cari. Kebanyakkan dari kita adalah, kita kita mereka mereka. Ada banyak cara untuk kita pupuk semula sikap kemasyarakatan ini.
Akhir kata, terima kasih kepada PPR Desa Rejang.
#mypruvolenteer
#prudencefoundation
No comments:
Post a Comment