Monday, February 12, 2018

Kanser Perut - Kanser disebabkan tabiat pemakanan

Kanser Perut,

lebih dikenali dengan "gastric cancer". Satu penyakit kanser yang tinggi di negara seperti Korea dan Jepun. Malah, di Malaysia juga mempunyai kadar pesakit yang tinggi mengikut kaum tertentu.

Di Malaysia, Kaum cina dan India, adalah 4 kali ganda lebih terdedah kepada penyakt ini. Kenapa penyakit ini memilih kasih, kerana faktor dia adalah pemakanan, Makan Ikan mentah, kimchi, pemakanan lebih garam, jeruk, dan daging proses mcm nugget dan daging burger. pengambilan makanan kurang fibre juga boleh menyebabkan penyakit ini. Bagi kaum lelaki, merokok juga adalah salah satu sebab. Lebih kene jaga, bagi mereka yang mempunyai keluarga yang mengidap penyakti barah perut sebelum ini juga diminta untuk membuat "medical checkup"

Dari segi usia, penyakit ini boleh menyerang pada usia 40 tahun dan 50 tahun. Jika anda selalu sakit perut, mungkin disebabkan oleh sejenis bacteria Helicobacter Pylori.sp anda perlu segera mengambil antibiotics dan makan ikut tempoh yang diberikan. Sebab bacteria ini akan menyebabkan anda mengalami pendarahan dalam perut

Sedihnya, 3/4 pesakit yang dikenalpasti mengidap penyakit Kanser perut ini, sudah dalam stage 3/4. Dan kebanyakkan sering mengadu sakit gastris. Iaitu sakit pada bahagian atas abdomen.

Itu sahajalah, dari kos rawatan memang tinggi dan cara rawatan lebih kurang sama dengan penyakit kanser yang lain.

Terima Kasih

Khairul Anwar Bin Abu Mansor
+6019 271 7006
www.khairulanwar.my

No comments:

Post a Comment