Friday, February 9, 2018

Impian Seorang Pelajar, Impian Kita


Semalam 08 Februari 2018

Saya bersama dengan rakan-rakan daripada Prudence Foundation & Yayasan Generasi Gemilang menjayakan the first ever DUIT Right, in 2018 di SMK Damansara Damai 1. Last Year, saya juga bersama dengan mereka menutup DUIT Right, yang diajurkan bersama Inspire SEA.

So, apa itu DUIT Right, Simple! DUIT Right adalah program FInancial Education for Teen. Satu program aktiviti dalam berkumpulan secara santai untuk memupuk minat pelajar sekolah Menengah berkenaan cara pengurusan kewangan yang betul. Senang sahaja, Earn, Save, Spend and Donate.

So, apa yang saya peroleh dengan pergi ke sekolah itu, memandangkan saya juga berdepan dengan dua pelajar dari umur yang berbeza, sememangnya antara mereka banyak perbezaan dari segi pemikiran.

Apa yang nak saya share adalah :

Apabila bertanya mengenai cita-cita, saya kagum dan saya sangat kagum ada seorang pelajar perempuan tingkatan 3 menceritakan berkenaan Impian dia secara terperinci (detail). Apa yang saya maksudkan dengan detail adalah, pelajar tersebut, memberitahu Impian, berapa kos impian dia, dan dimana dan perancangan ke atas impian ini dengan penuh semangat dan sempurna. Dimana, kalau kita dengar, kita sudah tahu impian itu sudah lama dan sebati dengan diri mereka.

Tapi dah lama saya tak dengar impian nak jadi Angkasawan, sebaliknya ada satu impian daripada seorang pelajar lelaki untuk membina dan mempunyai satu stadium bola sepak!

Berbalik kepada Impian kita, apa impian kita adakah kita waktu dah usia lepasan sekolah ini sudah hilang impian yang dibina sewaktu di sekolah, ataupun seusia kita hari ni, jika ditanya berkenaan Impian, membuatkan pelajar sekolah pun boleh tergelak.

Tak kira berapa usia kita sekarang, kita mesti ada impian. Bukan kah impian kita itu akan mejadikan kita lebih sempurna. Yes! Work For IT



Khairul Anwar Abu Mansor, AFPM
Associate Financial Planner Malaysia
www.khairulanwar.my

Volunteer : Prudence Foundation Malaysia

#mypruvolunteer
#servecommunity
#youwilllearndeepinyourheart 

No comments:

Post a Comment