Monday, December 3, 2018

Statistics Orang Muflis dan punca



Spend within your means,
Inilah perkara yang selalu kita kene beringat. 
Jom kita lihat statistics ini
1. Pada tahun 2015 seramai 11,277 orang muflis
2. Pada tahun 2016 seramai 11,875 orang muflis.
3. pada tahun 2017 seramai 18,227 orang muflis
4. Januari - September 2019, seramai 13,338 orang telah muflis. tetapi telah berkurangan dari 13,694 tempoh yang sama pada tahun lepas.
Daripada angka tahun 2017
- 41.36% adalah daripada kalangan pekerja swasta. dan 4.77% daripada penjawat awam
- 4 punca utama adalah
i. Hutang Kenderaan
ii. Pinjaman peribadi
iii. Pinjaman perumahan
iv. Pendahuluan perniagaan. 
Kalau di pecahkan di bahagian pinjaman peribadi, kenapa membuat pinjaman. Mesti tinggi juga peratusan dia sebab kesihatan. Sebab saya sedar, masyarakat faham dengan risiko pinjaman peribadi. Tapi, terpaksa untuk membayar kos perubatan untuk menyelamatkan nyawa mereka yang disayangi. 
Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut berkenaan takaful, kad perubatan dan pelaburan unit amanah, 
Khairul Anwar
019 271 7006

Sunday, December 2, 2018

Bagaimana mendidik untuk menyimpan kepada anak-anak kita

Bagaimana cara kita untuk mendidik anak kita berkenaan dengan pengurusan kewangan yang berkesan :
umur 3-5 tahun
- Bincnag berkenaan dengan apa yang mereka inginkan. Perlu ke tak perlu,
- Buat 3 balang. Iaitu simpanan, pembelanjaan, dan untuk charity.
- Minta anak set a goal dalam simppanan. dan bantu mereka untuk merliasasikan impan mereka
Umur 6-10 tahun
- Lebih terperinci daripada umur 3-5 tahun diatas. bincangkan berkenaan keperluan dan kehendak.
- Berikan duit, contoh RM10 di supermarket. and bagio mereka pilih apa yang mereka hendak beli.
Umur 11-13 tahun
- Idea simpanan untuk jangka masa pendek kepada jangka masa panjang. Kenalkan apa itu "compound interest"
Umur 14-18 tahun
- Bincangkan perbelanjaan di Universiti, kos dia.
- Di waktu lapang, waktu cuti sekolah ataupun lepas SPM dedahkan kepada kerja part-time supaya mereka kenal dengan nilai wang.
Umur 18 tahun keatas
- Ajar menggunakan kad kredit / kad debit, supaya mereka berbelanja mengikut kemampuan
Saya ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Prudence Foundation Malaysia dan Yayasan Generasi Gemilang atas usaha mereka ke sekolah-sekolah untuk mengajar anak-anak sekolah rendah dan sekolah menengah atas kepentingan kewangan. At least di peringkat sekolah lagi mereka dah didedahkan dengan kepentingan pengurusan kewangan. Terima Kasih

Monday, November 12, 2018

M40, T20 berdepan kos tinggi di bandar


Kumpulan M40 mempunyai pendapatan boleh guna minimum berikutan kenaikan kos sara hidup di bandar besar tidak selari dengan kenaikan pendapatan yang sangat perlahan.
Dr Ahmad Razman Abdul Latif, Pensyarah kanan Putra Business School
- Golongan M40 di Kelantan mungkin memperoleh pendapatan guna yang tinggi kerana kos sara hidup di sana rendah.
- Insentif kepada M40 dan T20 hanya berbentuk pengecualian cukai untuk KWSP dan Insurans yang dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM7,000

- Melaksanakan Aplikasi Price Catcher secepat mungkin.

Tan Sri Ramon V Navaratnam, Pengerusi Pengajian Dasar dan Kepimpinan Asia (ASLI) 
- Mudah-mudahan subsidi bahan bakar diberikan akan membantu kumpulan pendapatan M40.

Prof Madya Dr Mohd Azlan Shah Zaidi, Pengerusi Pusat Pembangunan Insklusif dan Lestari UKM. 
- Rata-rata mereka memounyai tahap pendidikan yang lebih baik. Jika hidup macam cukup makan mungkin kene lihat perbelanjaan suapaya pendapatan digunakan untuk keperluan sahaja. 


Khairul Anwar Bin Abu Mansor, AFPM
019.271.7006

Source : Berita Harian, 12 November 2018

Monday, November 5, 2018

Medical Inflation 2018, 10.3%?



Malaysia has experienced "a consistent increase in medical costs since 2016, resulting in the largest growth of all sureveyed Asia-Pacific countries." 

Friday, November 2, 2018

Wakaf Harta untuk kebaikan akhirat

Peringatan Allah SWT supaya kita sentiasa menginfaqkan harta dengan cara berwakaf, sedekah dan sebagainya semasa hayat masih ada.



Sesungguhnya harta yang kita wakafkan akan menambah amalan kita untuk menghadapi kesengsaraan hari akhirat. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya antara perkara-perkara yang akan mengiringi seseorang mukmin daripada amalan dan kebaikan, selepas kematiannya ialah ilmu yang diajarkan dan disebarkan kepada orang lain, anak soleh yang ditinggalkan, al-Quran yang diwariskan, masjid-masjid yang dibina, rumah-rumah musafir yang didirikan, anak-anak sungai yang dialirkan, atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika masih sihat dan hidup dan akan mengiringinya selepas kematiannya”.


Mohon sumbangan wakaf.
https://www.facebook.com/KompleksMasjidTamanSutera/posts/1375544565882274?__tn__=K-R

#wakafharta #wakaf #takaful

Tuesday, October 9, 2018

Aktiiviti sukarelawan bersama Prudence Foundation di Sekolah Kebangsaan Haji Hasan

A pict with Zul, a Cha-Ching Characters at SK Haji Hasan. 
Karnival Cha Ching
Sekolah Kebangsaan Haji Hasan, Tapah Road, Perak 
Tarikh : 2 dan 3 Oktober 2018


Apabila saya bertanya kepada rakan-rakan, termasuk rakan-rakan pruvolunteer saya, saya bertanya, sepanjang anda berada di sekolah, siapa yang datang ke sekolah anda dan memberi penerangan berkenaan dengan kewangan.

Kebanyakan dari mereka menjawab, ada Bank. Bank akan datang buat buku simpanan. Saya bertanya lagi, ada tak program sebegini di sekolah, kesemua mereka menjawab, tiada? Anda, ada tak?

Prudence Foundation dengan kerjasama Yasasan Generasi Gemilang, berusaha ke setiap sekolah untuk memberi pendedahan berkenaan dengan kepentingan simpanan, cara perbelanjaan yang efektif dan kebaikan menderma. Untuk peringkat rendah dan menengah.

"cha-ching" pernah dengar? Jika anda seorang ibu bapa yang sering menggunakan talifon bimbit ataupun "tablet" untuk membuatkan anak anda tenang dan tidak merenget, ataupun anak anda sendiri pantang melihat talifon bimbit anda, anda boleh layari youtube kami

https://www.youtube.com/user/ChaChingVideos

Koleksi animasi ini, di bina dan menceritakan kepentingan pengurusan kewangan di kalangan anak-anak anda. Bukalah sekarang, dan simpan dalam "favourite" anda.

Satu kaedah belajar luar kelas yang sangat penting sekarang. Impak, dari program ini sangat positive. Selepas daripada program ini, apabila kami melakukan Follow Up, didapati ada parent mengatakan bahawa anak mereka berubah cara pemikiran ketika berbelanja.

Kepada rakan-rakan agen Prudential yang berminat, masih banyak peluang untuk anda sertai kami, dan kami mengalu-alukan anda. boleh email kepada csr@prudential.com.my untuk mengetahui next activity yang telah mereka sediakan.

Last skali,
“Volunteers do not necessarily have the time; they just have the heart.”
“You make a living by what you get. You make a life by what you give.” 



#mypruvolunteer

Sunday, September 30, 2018

Account Media Sosial, pernah terfikri untuk mewariskan atau tidak pernah terfikir.


Satu kes mahkhamah pada tahun 2012, seorang ibu yang telah kematian anak meminta kebenaran daripada Facebook untuk membuka account anaknya. Di khuatari anak nya itu meninggal kerana membunuh diri. Disebabkan "social media' tersebut tidak mengizinkan, kes di bawa ke mahkhamah. Setelah bertahun kes itu, mahkhamah mengisytiharkan bahawa masej dalam facebook itu seperti juga asset dan boleh di berikan kepada waris seperti mana anda tinggalkan surat dan diari kepada orang yang tersayang. Perbicaraan kes ini berlaku di German.

Kalau anda, mungkin akaun Facebook anda tidak penting, bagi mereka yang berniaga, akaun Facebook dan media sosial yang lain sangat penting, kepada siapa akaun ini akan diserahkan. Kepada jurugambar professional, anda mempunyai gambar yang menarik yang juga merupakan aset anda di simpan dalam sistem "cloud" jika anda meninggal dunia bagaimana dengan aset gambar tersebut. 
Termasuk kepada mereka yang terlibat dengan "cryptocurrencies".
Salah satu syarikat perwarisan harta telah menyediakan satu dokumen dinamakan Digital Asset Memorandum, untuk client listkan "password". Dan clients simpan dokumen ini sehingga client meninggal.

Bagi seorang muslim, cara pengagihan digital asset ini masih dalam kajian. Tetapi, bagi saya satu undang-undang baru perlu di perkenalkan untuk "Digital Asset" untuk seorang Muslim atau bukan Muslim

Khairul Anwar, AFPM
Kuala Lumpur
30 Sept 2018

#wasiat #waris #hartapusaka #keluargasakinah #hartapusaka #facebook #malaysia #digital #jurugambar

Wednesday, August 15, 2018

Satu Juta Polisi


RM1,000,000.00

Cuba bayangkan jika ada nilai RM1,000,000.00 dalam akaun anda sekarang. Bayangkan anda telah letak ibu jari di bahagian bawah talifon bimbit sebagai akses kod untuk membuka applikasi perbankan anda. Terperanjat apabila, keluar nilai di atas.

Jika anda terima wang ini sebagai hadiah daripada kawan yang pemurah, sudah pasti anda bersyukur. Jika anda terima wang ini sebagai pampasan kerana anda tidak mampu lagi bekerja disebabkan oleh anggota badan yg digunakan untuk menjalankan aktiviti harian lumpuh. Apakah perasaan anda?

Daripada nilai RM1,000,000.00 anda boleh simpan di institusi kewangan yang menawarkan kadar dividen tetap. Katakan menjana sebanyak 3.35%, oleh itu anda akan menjana sebanyak RM33,500.00 pada tahun akan datang. Dan perbelanjaan bulanan anda sebanyak RM2,700.00. Nilai pokok tidak susut bahkan mewujudkan nilai tambahan.

Pernahkah anda berfikir, sumber kewangan anda apabila anda berada dalam kesusahan.

Hubungi saya, untuk keterangan dan bantuan mengenai nilai pampasan diri anda.

Khairul Anwar,
Associate Financial Planner Malaysia (AFPM)
019 2717006
www.khairulanwar.my

Associates Member 017251 | Financial Planning Association Malaysia 

Tuesday, February 20, 2018

Dialisis Di Masjid


Salah satu projek kemasyarakatan yang dibincang dalam akhbar The Star 19 Februari 2018, adalah berkenaan dengan dialysis
1. Tempat dialysis yang di namakan adalah bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer PJ. Saya juga selalu ke sana tapi tak perasasn di sana ada pusat dialysis. Yang saya perasan ada dewan untuk kahwin sahaja.

2. Kos dialysis adalah paling murah dalam pasaran iaitu RM170.00. Namun pihak persatuan juga menerima semampu yang mungkin daripada pesakit.

3. Ada 7 mesin dialysis dan boleh menampung seramai 24 pesakit.

4. Kos perbelanjaan pusat rawatan tersebut adalah lebih kurang RM60,000.00

5. Mereka mengutip seumbangan daripada ahli persatuan yang juga menyasarkan sumbangan RM150,000.00
Ini adalah initiatif yang perlu di buat oleh semua pihak. Dan sumbangan itu mesti dari kita. Sebab itu, kalau kita bekerja bersungguh-sungguh kita dapat duit, kemudian kalau rasa tak nak kaya, majukan duit anda kepada mereka ini yang memerlukan.
Apa point sy kat sini
1. Bekerjalah sekuatnya, tanpa memikirkan hanya untuk kesenangan diri sendiri, fikir untuk bantuan orang lain. Dari situ Tuhan akan memberi ganjaran pahala dan dipermudahkan jalan ke Syurga yang kekal selamanya.
2. Masjid, sekarang bukan sahaja dibina untuk solat sahaja. Ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, untuk masyarakat yang kurang kemampuan. Dermalah setiap kali anda berkunjung ke masjid mengikut kemampuan anda.

3. Anda perlu tahu bahawa, kos rawatan bukan murah. Dan bukan semakin murah tahun ke tahun, Oleh itu, persiapan diri sendiri itu sangat penting.

Terima Kasih

Khairul Anwar.
www.khairulanwar.my

Monday, February 12, 2018

Kanser Perut - Kanser disebabkan tabiat pemakanan

Kanser Perut,

lebih dikenali dengan "gastric cancer". Satu penyakit kanser yang tinggi di negara seperti Korea dan Jepun. Malah, di Malaysia juga mempunyai kadar pesakit yang tinggi mengikut kaum tertentu.

Di Malaysia, Kaum cina dan India, adalah 4 kali ganda lebih terdedah kepada penyakt ini. Kenapa penyakit ini memilih kasih, kerana faktor dia adalah pemakanan, Makan Ikan mentah, kimchi, pemakanan lebih garam, jeruk, dan daging proses mcm nugget dan daging burger. pengambilan makanan kurang fibre juga boleh menyebabkan penyakit ini. Bagi kaum lelaki, merokok juga adalah salah satu sebab. Lebih kene jaga, bagi mereka yang mempunyai keluarga yang mengidap penyakti barah perut sebelum ini juga diminta untuk membuat "medical checkup"

Dari segi usia, penyakit ini boleh menyerang pada usia 40 tahun dan 50 tahun. Jika anda selalu sakit perut, mungkin disebabkan oleh sejenis bacteria Helicobacter Pylori.sp anda perlu segera mengambil antibiotics dan makan ikut tempoh yang diberikan. Sebab bacteria ini akan menyebabkan anda mengalami pendarahan dalam perut

Sedihnya, 3/4 pesakit yang dikenalpasti mengidap penyakit Kanser perut ini, sudah dalam stage 3/4. Dan kebanyakkan sering mengadu sakit gastris. Iaitu sakit pada bahagian atas abdomen.

Itu sahajalah, dari kos rawatan memang tinggi dan cara rawatan lebih kurang sama dengan penyakit kanser yang lain.

Terima Kasih

Khairul Anwar Bin Abu Mansor
+6019 271 7006
www.khairulanwar.my

Sunday, February 11, 2018

Prukasih - Pruvolunteer experience - 10 Februari 2018

Pruvolunteer experience - 10 Februari 2018
PPR Desa Rejang, Setapak

PruKasih bukan Insurans atau Takaful. Bila sebut pasal Insurans dan Takaful semua takut, maybe takut kepada komitmen bulanan yang mungkin bagi mereka tidak dapat apa-apa. Yes, salah faham berkenaan konsep insurans dan takaful ini masih besar dikalangan masyarakat kita.
Saya tak nak menulis panjang berkenaan presepsi ini yg datang dari pelbagai faktor.

Apa itu PruKasih, PruKasih adalah bantuan kewangan kepada kemuniti terpilih, dalam tempoh tertentu dan tertakluk kepada terma dan syarat. Panjang nak cerita syaratnya, tetapi jika kawasan anda terutama kawasan penduduk PPR tahu berkenaan dengan PruKasih ini, daftarlah dengan wakil daripada Prudence Foundation di kawasan anda.

|PPR Desa Rejang, satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan

Saya dan rakan seramai 5 orang diamanahkan untuk menjaga pendaftaran di block A. Alhamdulillah, sambutan di Block A pada saya amat mengalakkan.

Salah satu faktor kami mendapat ramai yang mendaftar adalah kerana satu sikap dalam masyarakat yang jarang ada iaitu responsible and awarness

Salah seorang wakil penduduk datang untuk daftar. Sebelum ini, penduduk tersebut tidak tahu berkenaan dengan Prukasih. Tindakan proaktif penduduk tersebut adalah dengan menghebahkan program PruKasih kepada penduduk lain. Sampai sanggup ke rumah dan pastikan jiran mereka yang layak untuk mendaftar untuk program Prukasih.

Ini sikap kejiranan dan tanggungjawab yang susah nak cari. Kebanyakkan dari kita adalah, kita kita mereka mereka. Ada banyak cara untuk kita pupuk semula sikap kemasyarakatan ini.

Akhir kata, terima kasih kepada PPR Desa Rejang.

#
mypruvolenteer

#prudencefoundation

6.9 & 6.4% keuntungan dividen banyak atau sedikit | dividen KWSP 2017

Assalamualaikum

Hari ini, 10 Februari 2017, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan dividen KWSP pada tahun 2017 adalah sebanyak 6.9% dan 6.4% setahun. Adakah ini pelaburan yang mengutungkan atau tidak?

Senang sahaja,  jika kadar dividen anda lebih daripada kadar inflasi tahunan, bermakna pelaburan anda menguntungkan. Sebab duit kita nilainya adalah mengikut kadar inflasi, namun kadar 6.9% adalah lebih daripada kadar inflasi tahunan.

Persoalan pada tajuk blog saya sejauh mana 6.9% ini boleh menguntungkan anda

Situasi 1
Anda mempunyai RM10,000 dan disimpan bawah bantal dan di peti besi rumah yang terdedah kepada kecurian, banjir ataupun kebakaran dalam tempoh 20 tahun anda akan peroleh sebanyak RM10,000
atau
Anda mempunyai RM10,000 dan disimpan dalam instrument kewangan yang menjana keuntungan dividen sebanyak 6.9% setiap tahun, selepas 20 tahun anda akan dapat : RM37,980atau
Anda mempunyai RM10,000 dan disimpan dalam instrument kewangan yang menjana keuntungan dividen sebanyak 7.2% setiap tahun , selepas 20 tahun anda akan dapat : RM40,169


Jika anda lihat hanya 0.3 persent kadar keuntungan perbezaan adalah sebanyak RM2,189.00 banyakan? Bagaimana jika anda simpan setiap bulan. Katakanlah setiap bulan anda menyimpan sebanyak RM200 sebulan untuk pelaburan?

Situasi 2Anda menyimpan setiap bulan sebanyak RM200 sebulan selama 30 tahun. dan anda pilih untuk si pan di peti besi yang terdedah kepada risiko, anda akan menyimpan sebanyak RM6,000.00
atau|
Anda menyimpan setiap bulan sebanyak RM200 sebulan selama 30 tahun, dan tempat anda simpan menjana dividen sebanyak  6.9% setiap tahun, anda akan memperoleh keuntungan pelaburan bersama simpanan anda sebanyak RM18,555.64atau
Anda meyimpan setiap bulan sebanyak RM200 sebulan selama 30 tahun, dan tempat anda menyimpan menjana dividen sebanyak  8% setiap tahun, anda akan memerpoleh keuntungan pelaburan bersama simpanan anda sebanyak RM22,656.64
Ada perbezaan ke tidak, jika duit anda dilaburkan untuk jangka masa panjang, anda yang baca saya rasa cukup bijak, terhadap setiap wang simpanan anda perlu dilaburkan. Pengiraan ini adalah "compound" sebab itu keuntungan dia besar, kita cakap ianya duit beranak, mcam situasi 1, asal 10,000 kemudian tahun pertama memperoleh keuntungan 6.9% menjadi RM10,690 kemudian, daripada RM10,690 dilaburkan semula untuk memperoleh keuntungan lagi 6.9% hingga seterusnya (jika tidak faham, boleh terus hubungi saya).

Bagaimana, 6.9% itu dikira? adalah daripada keuntungan pelaburan mereka.

Jika saya ingin mengeluarkan 6.9% dividen itu boleh kah? Boleh, tetapi pengiraan selepas itu rendah daripada nilai yang saya telah berikan.

Saya harap anda jelas, bagaimana besarnya keuntungan dividen 6.9%, tapi jangan keluarkan, sebab kita tidak tahu berapa harga sekampit beras 5kg, pada waktu kita pencen esok.


Khairul Anwar
www.khairulanwar.my



Friday, February 9, 2018

Impian Seorang Pelajar, Impian Kita


Semalam 08 Februari 2018

Saya bersama dengan rakan-rakan daripada Prudence Foundation & Yayasan Generasi Gemilang menjayakan the first ever DUIT Right, in 2018 di SMK Damansara Damai 1. Last Year, saya juga bersama dengan mereka menutup DUIT Right, yang diajurkan bersama Inspire SEA.

So, apa itu DUIT Right, Simple! DUIT Right adalah program FInancial Education for Teen. Satu program aktiviti dalam berkumpulan secara santai untuk memupuk minat pelajar sekolah Menengah berkenaan cara pengurusan kewangan yang betul. Senang sahaja, Earn, Save, Spend and Donate.

So, apa yang saya peroleh dengan pergi ke sekolah itu, memandangkan saya juga berdepan dengan dua pelajar dari umur yang berbeza, sememangnya antara mereka banyak perbezaan dari segi pemikiran.

Apa yang nak saya share adalah :

Apabila bertanya mengenai cita-cita, saya kagum dan saya sangat kagum ada seorang pelajar perempuan tingkatan 3 menceritakan berkenaan Impian dia secara terperinci (detail). Apa yang saya maksudkan dengan detail adalah, pelajar tersebut, memberitahu Impian, berapa kos impian dia, dan dimana dan perancangan ke atas impian ini dengan penuh semangat dan sempurna. Dimana, kalau kita dengar, kita sudah tahu impian itu sudah lama dan sebati dengan diri mereka.

Tapi dah lama saya tak dengar impian nak jadi Angkasawan, sebaliknya ada satu impian daripada seorang pelajar lelaki untuk membina dan mempunyai satu stadium bola sepak!

Berbalik kepada Impian kita, apa impian kita adakah kita waktu dah usia lepasan sekolah ini sudah hilang impian yang dibina sewaktu di sekolah, ataupun seusia kita hari ni, jika ditanya berkenaan Impian, membuatkan pelajar sekolah pun boleh tergelak.

Tak kira berapa usia kita sekarang, kita mesti ada impian. Bukan kah impian kita itu akan mejadikan kita lebih sempurna. Yes! Work For IT



Khairul Anwar Abu Mansor, AFPM
Associate Financial Planner Malaysia
www.khairulanwar.my

Volunteer : Prudence Foundation Malaysia

#mypruvolunteer
#servecommunity
#youwilllearndeepinyourheart 

Wednesday, January 3, 2018

TIndakan FAST jika terlihat seseorang mengalami "Brain Attack"


FACE - Muka berubah, atau senget sebelah. Untuk lebih lanjut, minta si pesakit senyum,
ARM WEAKNESS - Minta si pesakit menaikkan tangan kedua-dua sekali, Adakah tangan yang diangkat sama tinginya. Satu lagi sintom adalah tangganya jatuh kebawah.
SPEACH DIFFICULTY - Dengar baik-baik kata-kata si pesakit. Ada sesetangah perkatan  yang kurang difahami, anda boleh minta si pesakit ulang balik apa yang dia cakap, dan dengar baik-baik
TIME TO CALL 911 - Jika mana-mana sintom ini wujud, segera call ambulans. Maybe tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa mereka.