Saturday, October 1, 2016

Hari ini, 1 Oktober 2016, sudah masuk ke Quarter-4. Bagi mereka di bidang sales, ini adalah pecutan 3 bulan terakhir sebelum masuknya tahun 2017. Quarter-4 ini melahirkan beberapa kategori, mereka yang telah menarik handbrake, iaitu mereka dah malas dah nak kerja target mereka yang mereka impikan pada Januari 2016, kedua mereka yang masih lagi kekal momentum untuk mencapai apa yang dihajati, dan terus berusaha untuk mecapai target tersebut. Dan kategori ketiga, mereka yang telah capai matlamat mereka. Dan pada quarter-4 ini mereka hendak terus lagi memacu kehadapan agar dapat lebih lagi. Orang berjaya tidak akan mudah mengalah.
 


Quarter-4 adalah quareter yang sangat sibuk dan stress. Ada yang tidak cukup tidur, dan bagaimana tips yang saya akan berikan sebentar nanti membantu anda untuk terus kekal produktif



1.  Atur perancangan Masa anda.
 


Kita hanya mempunyai masa 24 jam sehari. Untuk memamfaatkan masa 24-jam yang ada pada diri kita, fokus adalah yang lpaling utama. Caranya? dengan melakukan to-do-list setiap hari, untuk memastikan anda fokus, keutamaan pada hari tersebut. 3 cara yang sangat mudah untuk anda ikuti
i. Membuat Perancangan "Plan" - Ini sangat penting, sebelum anda membuka komputer anda. Duduk dulu diatas meja, ambil sehelai kertas A4 kosong dan tulis apakah perkara yang anda akan lakukan pada hari ini yang menjadikan anda lebih produktif. Selepas itu, ambil kalendar ataupun Planner anda (bukan kalendar, atau planner elektronik) dan letakkan masa bila perkara tersebut perlu dilaksakan. Letakkan perkara yang paling susah dan penting pada permulaan hari anda terlebih dahulu.
ii. Re-Fokus - Cara untuk memastikan anda sentiasa fokus dengan apa yang anda telah rancanakan adalah dengan set masa pada jam ataupun talifon bimbit anda untuk berbunyi setiap 1 jam. Bermakna, jika talifon anda berbunyi anda perlu berfikir sejenak, adakah satu jam sebelum ini anda merupakan seorang yang Produktif? Selepas itu, lihat balik kalendar ataupun planner anda dan mengenal pasti apa yang anda perlu lakukan selepas ini.
iii. Menganlisa "Review" - Bila? Malam. Selepas anda tutup komputer anda, sebelum anda tidur, anda lihat balik apa yang anda lakukan pada  hari ini. Berapa % apa yang anda hendak buat ini berjaya dilaksakan? Apa yang menghalang anda melakukan perkara yang telah dirancang? Cara apa yang anda hendak buat agar lebih Produktif pada hari esok?

2. Jujur pada diri sendiri. 

Ingatlah bahawa anda adalah seorang yang istimewa dan anda satu2nya yuang layak menerima hadiah daripad adiri anda sendiri. Anda perlu pastikan kerja anda selesai sebelum tamat waktu kerja anda, kemudian tinggalkan kerja anda di pejabat. Ini bermakna anda tidak perlu risau atau fikir tentang masalah di tempat kerja setelah anda kelaur daripada pejabat anda. Setiao hari, walaupun anda sibuk mana sekalipun, lampangkan masa 30 minit untuk melakukan perkara yang anda rasa enjoy dan mendapatkan ketenangan seperti contoh mandi, tengok rancangan kegemaran anda ataupun baca buku kegemaran anda . Jika anda seorang muslim, cari kelapangan masa ini antara maghrib dan isya' untuk mencari ketanangan dengan Tuhan, Dan pada hujung minggu pula, pergi keluar  untuk bersiar-siar. Perkara ini nampak macam sia-sia, tetapi mengasihi diri anda boleh mengurangkan stress dan anda lebih gembira. Orang yang gembira akan menjadi lebih sihat dan produktif

3. Keluarkan peluh dengan bersenam

Bersenam bukan sahaja berlari, apa2 aktiviti yang boleh keluarkan peluh. Naik tangga 10 kali dari tingkat bawah ke tingkat 10 dalam pejabat anda juga dikira sebagai bersenam. Aktiviti fizikal ini, membantu minda anda lebih produktif. Maklumat-maklumat yang bercabang dalam minda anda akan mudah berhubing (feel-good neurotransmitter), yang dipanggil endorphins. Result dia anda akan lebih rilex dan tenang. Selepas bersenam juga anda mudah untuk tidur yang lazimnya di ganggu kerana stress, kemurungan dan kebimbangan.

4. Reward Yourself

Susah saya nak translate perkartaan Reward ini, sebab bagi saya reward ini adalah satu perkara yang sangat seronok diterima setelah kita mencapai apa yang kita telah target.  Reward setelah anda capai apa yang anda hendak capai pada tahun ini dengan bercuti di luar negara, ataupun apa sahaja perkara yang boleh mmeberikan anda motivasi untuk anda mencapai target anda seterusnya.

5. Sentiasa dalam keadaan Stamina Tinggi

Cara untuk anda kekal dalam keadaan berstamina tinggi adalah dengan makan makanan yang sihat (tidak skip jadual pemakanan dan mengikut piramid makanan), berehat secukupnya dan minum banyak air. Dan anda juga boleh mengambil makanan tambahan organik yang membantu anda minda anda sentiasa peka dan fizikal anda lebih aktif. 




Khairul Anwar Bin Abu Mansor
019.271.7006
khairulanwar426@gmail.com
www.khairulanwar.my



sumber : Diterhemahkan daripada artikal yang disediakan oleh Eu Yan Sang.