Sunday, January 10, 2016

Ubat bagi penyakit Hati

Assalamualaikum,
Tuan/Puan, dalam banyak-banyak penyakit, sepanjang pengalaman saya sebagai seorang penasihat takaful nak masuk tahun ke-5. Ada satu penyakit yang tidak dilindungi oleh mana-mana pengendali takaful ataupun syarikat insurans di Malaysia, dan di dunia sekalipun.
Walhal tuan/puan, penyakit tersebut adalah sangat berbahaya dan boleh melalaikan seseorang. Penyakit tersebut adalah penyakit yang dinamakan, penyakit Rohani. Sejenis penyakit yang ramai orang tidak ambil kisah.
Check diri kita, penyakit ini sintomnya adalah tamak, stress, ego, hasad. Pembawaan penyakit ini adalah disebabkan kerana mengejar kenikmatan dunia.
Hati yang mengawal manusia ini jika kotor, akan melemahkan pemikiran seterusnya kita akan melakukan perkara2 yang tidak berkualiti dalam hidup kita.
Ubat untuk merawat dari kita daripada jangkitan penyakit ini adalah daripada satu-satunya Mukjizat yang diwarisi sehingga hari ini, iaitu Al-Quran. Jangan lupa membaca alquran. Kita mengkagumi mikjizat nabi Sulaiman a.s yang boleh memahami binatang dan Nabi Musa a.s yang tongkatnya bertukar menjadi ular. Ini kerana, mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang paling besar pada hari ini kita masih boleh baca dan memahami kandungannya.
Wallahualam
Khairul Anwar
www.thetakaful.com
10 Januari 2015 / 9.41pm

No comments:

Post a Comment