Saturday, October 1, 2016

Hari ini, 1 Oktober 2016, sudah masuk ke Quarter-4. Bagi mereka di bidang sales, ini adalah pecutan 3 bulan terakhir sebelum masuknya tahun 2017. Quarter-4 ini melahirkan beberapa kategori, mereka yang telah menarik handbrake, iaitu mereka dah malas dah nak kerja target mereka yang mereka impikan pada Januari 2016, kedua mereka yang masih lagi kekal momentum untuk mencapai apa yang dihajati, dan terus berusaha untuk mecapai target tersebut. Dan kategori ketiga, mereka yang telah capai matlamat mereka. Dan pada quarter-4 ini mereka hendak terus lagi memacu kehadapan agar dapat lebih lagi. Orang berjaya tidak akan mudah mengalah.
 


Quarter-4 adalah quareter yang sangat sibuk dan stress. Ada yang tidak cukup tidur, dan bagaimana tips yang saya akan berikan sebentar nanti membantu anda untuk terus kekal produktif



1.  Atur perancangan Masa anda.
 


Kita hanya mempunyai masa 24 jam sehari. Untuk memamfaatkan masa 24-jam yang ada pada diri kita, fokus adalah yang lpaling utama. Caranya? dengan melakukan to-do-list setiap hari, untuk memastikan anda fokus, keutamaan pada hari tersebut. 3 cara yang sangat mudah untuk anda ikuti
i. Membuat Perancangan "Plan" - Ini sangat penting, sebelum anda membuka komputer anda. Duduk dulu diatas meja, ambil sehelai kertas A4 kosong dan tulis apakah perkara yang anda akan lakukan pada hari ini yang menjadikan anda lebih produktif. Selepas itu, ambil kalendar ataupun Planner anda (bukan kalendar, atau planner elektronik) dan letakkan masa bila perkara tersebut perlu dilaksakan. Letakkan perkara yang paling susah dan penting pada permulaan hari anda terlebih dahulu.
ii. Re-Fokus - Cara untuk memastikan anda sentiasa fokus dengan apa yang anda telah rancanakan adalah dengan set masa pada jam ataupun talifon bimbit anda untuk berbunyi setiap 1 jam. Bermakna, jika talifon anda berbunyi anda perlu berfikir sejenak, adakah satu jam sebelum ini anda merupakan seorang yang Produktif? Selepas itu, lihat balik kalendar ataupun planner anda dan mengenal pasti apa yang anda perlu lakukan selepas ini.
iii. Menganlisa "Review" - Bila? Malam. Selepas anda tutup komputer anda, sebelum anda tidur, anda lihat balik apa yang anda lakukan pada  hari ini. Berapa % apa yang anda hendak buat ini berjaya dilaksakan? Apa yang menghalang anda melakukan perkara yang telah dirancang? Cara apa yang anda hendak buat agar lebih Produktif pada hari esok?

2. Jujur pada diri sendiri. 

Ingatlah bahawa anda adalah seorang yang istimewa dan anda satu2nya yuang layak menerima hadiah daripad adiri anda sendiri. Anda perlu pastikan kerja anda selesai sebelum tamat waktu kerja anda, kemudian tinggalkan kerja anda di pejabat. Ini bermakna anda tidak perlu risau atau fikir tentang masalah di tempat kerja setelah anda kelaur daripada pejabat anda. Setiao hari, walaupun anda sibuk mana sekalipun, lampangkan masa 30 minit untuk melakukan perkara yang anda rasa enjoy dan mendapatkan ketenangan seperti contoh mandi, tengok rancangan kegemaran anda ataupun baca buku kegemaran anda . Jika anda seorang muslim, cari kelapangan masa ini antara maghrib dan isya' untuk mencari ketanangan dengan Tuhan, Dan pada hujung minggu pula, pergi keluar  untuk bersiar-siar. Perkara ini nampak macam sia-sia, tetapi mengasihi diri anda boleh mengurangkan stress dan anda lebih gembira. Orang yang gembira akan menjadi lebih sihat dan produktif

3. Keluarkan peluh dengan bersenam

Bersenam bukan sahaja berlari, apa2 aktiviti yang boleh keluarkan peluh. Naik tangga 10 kali dari tingkat bawah ke tingkat 10 dalam pejabat anda juga dikira sebagai bersenam. Aktiviti fizikal ini, membantu minda anda lebih produktif. Maklumat-maklumat yang bercabang dalam minda anda akan mudah berhubing (feel-good neurotransmitter), yang dipanggil endorphins. Result dia anda akan lebih rilex dan tenang. Selepas bersenam juga anda mudah untuk tidur yang lazimnya di ganggu kerana stress, kemurungan dan kebimbangan.

4. Reward Yourself

Susah saya nak translate perkartaan Reward ini, sebab bagi saya reward ini adalah satu perkara yang sangat seronok diterima setelah kita mencapai apa yang kita telah target.  Reward setelah anda capai apa yang anda hendak capai pada tahun ini dengan bercuti di luar negara, ataupun apa sahaja perkara yang boleh mmeberikan anda motivasi untuk anda mencapai target anda seterusnya.

5. Sentiasa dalam keadaan Stamina Tinggi

Cara untuk anda kekal dalam keadaan berstamina tinggi adalah dengan makan makanan yang sihat (tidak skip jadual pemakanan dan mengikut piramid makanan), berehat secukupnya dan minum banyak air. Dan anda juga boleh mengambil makanan tambahan organik yang membantu anda minda anda sentiasa peka dan fizikal anda lebih aktif. 




Khairul Anwar Bin Abu Mansor
019.271.7006
khairulanwar426@gmail.com
www.khairulanwar.my



sumber : Diterhemahkan daripada artikal yang disediakan oleh Eu Yan Sang.

Friday, August 19, 2016

Co-Takaful dalam Perlindungan Takaful

Jika anda diberi pilihan untuk memilih pelan kad perubatan yang membayar yuran perubatan sepenuhnya ataupun anda perlu membayar sedikit daripada kos perubatan apabila anda di tahan di wad. Mana satu pilihan anda?

Pengendali takaful mempunyai statistik bahawa kebanyakkan peserta takaful memilih pelan kad perubayan yang melindungi penuh kad perubatan. Walaupun anda terpaksa membayar lebih daripada kos perubatan anda.

Faktor ini didorong juga dengan nasihat agen-agen takaful kepada peserta untuk memilih kad perubatan yang melindungi penuh kos perubatan. Ini adalah kerana mentaliti sebahagian daripada peserta takaful menyatakan bahawa jika mereka sudah bayar takaful, adakah perlu kami membayar lagi bil perubatan ini, pihak takaful perlu membayar.

Ko-takaful bermakna perkongsian bersama kos yang dikeluarkan oleh pihak hospital kepada peserta dan pengendali takaful. Seringkali diingatkan bahawa pengendali takaful berbeza mempunyai syarat ko-takaful yang berbeza. Jumlah ko-takaful adalah mengikut jumlah yang tertulis dalam sijil takaful anda. Sebagai contoh, pengguna kad Takaful Health 2 daripada Prudential BSN Takaful mengenakan ko-takaful sebanyak 10%, antara RM300-RM1000 untuk rawatan dalam hospital, manakala maksimum RM2000 untuk rawatan luar. Manakala Health Enrich mempunyai ko-takaful sebanyak 10% antara RM400-RM2000, untuk rawatan dalam hospital, manakala maksimum RM2000 untuk rawatan luar hospital. Tetapi, tiada ko-takaful dikenakan jika anda melakukan rawatan dialisis ataupun kanser.

Untuk kad perubatan terbaru daripada PruBSN iaitu Health Enrich+, istilah deduktibel digunakan. Diduktibel pernah digunakan dalam kad perubatan Takaful Health 2. Deduktibel bermaksud, peserta takaful perlu membayar jumlah yang tetap seperti mana dalam perjanjian polisi, sebagai contoh RM300.00 setiap kemasukan ke hospital bagi Health Enrich+.

Anda sebagai pengguna ingin memilih kad perubatan yang sesuai dengan budget anda, kad perubatan mana yang anda harus pilih?

Ko-takaful, ditawarkan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan kad yang memberi perlindungan penuh. Pilihan ko-takaful ini amat bersesuaian jika seseorang itu mempunyai lebih daripada dua kad perubatan. Satu kad perubatan daripada plan yang lama atau kad perubatan daripada pengendali takaful yang lain, atau kad perubatan yang diberikan oleh majikan tempat anda bekerja. Kerana, jumlah yuran perubatan yang tidak dilindungi boleh dibayar oleh pengendali takaful yang lain. Dan ia bergantung kepada syarat kad perubatan kedua anda.

Ko-takaful bersesuaian, jika tujuan anda untuk memiliki kad perubatan ini adalah untuk tujuan kecemasan dan melindungi penyakit-penyakit, yang anda sendiri tidak mampu untuk mengeluarkan duit daripada kocek anda untuk membayar kos perubatan. Tetapi anda mampu membayar sebahagian daripada kos perubatan dengan jumlah yang tidak besar. Dan lazimnya, jika anda sihat pada hari ini, anda tidak mengalami apa-apa sakit kritikal tetapi anda takut pada masa hadapan ataupun perkara kecemasan, k0-takaful adalah pilihan anda yang tepat.

Jikalau anda lebih teliti, sesetengah takaful mempunyai perbezaan harga yang tinggi diantara ko-takaful dan perlindungai penuh. Sebagai contoh, jika anda memiliki kad ko-takaful anda perlu memberi sumbangan tahunan sebanyak rm3600 sahaja. Tetapi, jika anda memilih kad yang mempunyai manfaat yang sama tetapi perlindungan penuh, anda perlu memberi sumbangan sebanyak RM4200. Disini terdapat perbezaan harga RM600 setahun, yang anda boleh jimatkan setiap tahun.

Perbezaan harga yang dinyatakan tersebut terjadi kerana kadar tabaru’ yang dikenakan adalah berbeza. Mengikut pengalaman selama 10 tahun kad perubatan takaful yang ada di pasaran, pengendali takaful sebenarnya mempunyai kadar kemasukan wad yang jauh berbeza antara peserta yang memilih kad perubatan perlindungan penuh dan ko-takaful. Perkara tersebut juga boleh mempengaruhi jumlah tabaru’ yang dikenakan untuk pilihan kad perubatan perlindungan penuh.

Diharap perbentangan saya, berkenaan kad perubatan takaful memberi anda lebih kefahaman terutamanya anda yang masih tidak mempunyai kad perubatan persendirian ataupun yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan ko-takaful. Jika bertanya kepada saya, kad perubatan mana yang anda pilih samada perlindungan penuh ataupun ko-takaful, saya akan memilih satu kad perlindungan penuh dan satu kad ko-takaful. Ini kerana, kadar inflasi perubatan meningkat secara mendadak. Dan satu kad perubatan boleh jadi tidak cukup dalam tempoh 50 tahun akan datang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. Agen takaful pilihan anda.

Khairul Anwar Bin Abu Mansor
019.271.7006
khairulanwar426@prupartner.com.my
www.khairulanwar.my


Artikel ini di karang berdasarkan pengalaman dan kajian dilakukan oleh En Khairul Anwar Bin Abu Mansor, Anda berhak untuk menyalin keseluruhan artikel ini dan perlulah dikreditkan ke laman web saya www.khairulanwar.my

Monday, August 1, 2016

Renew insurans kenderaan anda ikut masa yang ditetapkan

Tadi ke pejabat general insurans bertanyakan berkenaan insurans kereta. Terdengar perbualan antara orang di kaunter dan customer

Kaunter
: Insurans dah lama mati, kete kat mana?
Customer : kat rumah
Kaunter : nak gambar kereta dan roadtax skali
Customer : Lor... nak buat apa gambar kereta sekarang.
+cust tepon adik beradik die untuk whatapps gmbr kereta.
Kaunter : pernah ada kes. Satu hari lupa nak renew roadtax. Kete dah kene curi. Lepas tue baru nak renew roadtax dan insurans . Kemudian lepas sebulan.. claim kereta hilang.
Customer : cam mana boleh tahu
Kaunter : kita ada orang yg akan check dan dia berrjaya buktikan.

Balik aku fikir cam mana insurans blh tahu kereta dah hilang sebulan. Mungkin ini :

1. Berdasarkan penggunaan kad tng atau parking dan smarttag yg sentiasa ada dlm kereta
2. Perubahan transport owner kereta ke destinasi yg hendak dituju
3. CCTV kawasan perumahan dan sekitarnya

Hihihi... moral of the story. jangan cuba nak fraud claim den insurans. Dorang pun pandai jugak tektik2 nak menipu

Renew insurans kenderaan anda ikut masa yang ditetapkan

Tadi ke pejabat general insurans bertanyakan berkenaan insurans kereta. Terdengar perbualan antara orang di kaunter dan customer

Kaunter
: Insurans dah lama mati, kete kat mana?
Customer : kat rumah
Kaunter : nak gambar kereta dan roadtax skali
Customer : Lor... nak buat apa gambar kereta sekarang.
+cust tepon adik beradik die untuk whatapps gmbr kereta.
Kaunter : pernah ada kes. Satu hari lupa nak renew roadtax. Kete dah kene curi. Lepas tue baru nak renew roadtax dan insurans . Kemudian lepas sebulan.. claim kereta hilang.
Customer : cam mana boleh tahu
Kaunter : kita ada orang yg akan check dan dia berrjaya buktikan.

Balik aku fikir cam mana insurans blh tahu kereta dah hilang sebulan. Mungkin ini :

1. Berdasarkan penggunaan kad tng atau parking dan smarttag yg sentiasa ada dlm kereta
2. Perubahan transport owner kereta ke destinasi yg hendak dituju
3. CCTV kawasan perumahan dan sekitarnya

Hihihi... moral of the story. jangan cuba nak fraud claim den insurans. Dorang pun pandai jugak tektik2 nak menipu

Wednesday, May 25, 2016

Tambahkan Simpanan Persaraan Anda

Masa depan kita adalah daripada keputusan kita sekarang. Walaupun ada yang mengatakan bahawa kita tak tahu lagi, tetapi kita boleh kawal apa nak terjadi pada usia persaraan kita esok.
Mengambil tahu hal waktu persaraan kita bermakna kita mengambil berat untuk membentuk masa hadapan kita. Apa yang menarik pada masa hadapan adalah kita masih boleh membentuk die menjadi apa yang kita harapkan, masih ada masa. Tetapi apabila masa hadapan yang kita impikan itu telah tiba, kita tidak boleh mengubah apa-apa. Bahkan, kita perlu menerimanya.
Hari persaraan kita bergantung kepada perbelanjaan kita pada hari ini. Jika anda hendakan waktu persaraan yang seperti mana kehidupan sewaktu bekerja, buatlah lebih simpanan.
Saya tunjukkan, jika ditakdirkan pada hari ini anda mempunyai baki simpanan yang sedikit, bagaimana anda hendak berbelanja pada hari persaraan anda..
p.s hari ini 927 sebulan boleh beli barang mentah keperluan dapur, jika persaraan kita lagi 20 tahun apa yang boleh kita beli
Hubungi segera 019 271 7006 untuk simpanan persaraan dan penerangan

Monday, May 16, 2016

Majlis Perasmian Al Isra' Level 8 Jaya 33


Hari ini 16 May 2016 adalah hari bersejarah buat Agency Manager Pn Roziah Hussin sempena perasmian office baru beliau di TIngkat 8, Jaya 33, Petaling Jaya. Tahniah Pn Roziah
Seorang bekas guru, yang mencebur bidang dalam bidang takaful dan kini merupakan agency manager di Al-Isra'. Majlis perasmian disempurnakan oleh Founder Al Isra', Tn Hj Fadzli, Tn Hj Othman dan Tn Hj Rosli. Di hadiri oleh asscoiates RY dari seluruh semenanjung.
Terima kasih kepada abg Rohizal kerana memberi peluang kepada saya merakam detik istimewa dan bersejarah Al Isra' (Level 8) Jaya 33
Tahniah!

Thursday, April 14, 2016

Penting Untuk Menguruskan Hutang kita Dengan Baik... Bagaimana?


Jika anda ingin bertanya berkenaan cara menguruskan hutang anda, anda boleh hubungi saya
yang penting malam ini anda tulis dengan siapa anda berhutang.

Saturday, February 6, 2016

TIps selesaikan hutang kereta dengan cepat


Ahmad, meminjam duit daripada bank berjumlah RM250,000 untuk memiliki sebuah kereta. Interest rate yang dikenakan adalah 2.5. Pembayaran sebulan kereta beliau adalah RM2835.65 / jumlah pinjaman 9 tahun. Tapi sebenarnya Ahmad ada budget bayaran RM4700.00 kalau nak ikutkan Ahmad boleh settlekan hutang kereta die dalam tempoh 5 tahun, tapi ahmad takut, sebab die menjalankan busines
Ada dua cara yang ahmad boleh buat
1. tetap bayar RM4700 kepada bank, so ahmad ada lebihan bayaran setiap bulan. dalam tempoh 5 tahun mungkin dah boleh selesai duit kereta
2. Bayarn tetap juga RM2900 kepada bank kemudian baki 1800 diletakan di mana-mana institusi kewangan untuk dilaburkan. Cukup 5 tahun tempoh itu, ahmad terus bayar kepada bank.
Jika anda adalah Ahmad, cara mana anda gunakan? 1 atau 2. Kalau ditanya kepada saya, saya guna cara 2. saya tetap bayar jumlah yang sama kepada bank. lebihan itu saya laburkan, untuk pulangan pelaburan yang lebih tinggi. sebab kalau diberikan lebihan itu kepada bank, ianya hanya sebagai excess dan excess itu tidak dilaburkan untuk tujuan menambahkan excess.
Jika saya laburkan kepada institusi pelaburan, saya mungkin dapat keuntungan daripada pelaburan, kemudian saya cuma membayar duit pokok daripada pelaburan sahaja kepada bank untuk langsaikan kereta.
Yang penting, harta semua diisytiharkan. ye,,,
Need more information, no talifon saya ada dibawah
Khairul Anwar Abu Mansor
Wealth Planner
+6 019 2717006
Eastspring Investment Berhad
Prudential BSN Takaful Berhad
Prudential Assurance Malaysia Berhad
Licences : Investment-Link Product / Life Takaful / General Takaful / Unit Trust / Life Insurance

Friday, January 29, 2016

Anak memandang tinggi kepada kita



Jika anda lihat, anak anda adalah orang yang bangga dengan diri anda, jika sesuatu berlaku kepada diri ketua keluarga, anak  akan hilang tempat untuk bergantung, tempat untuk bermanja. Bukan setakat itu sahaja, jika kehilangan ketua keluarga bermakna, anak-anak telah hilang sumber kewangan daripada seorang ketua keluarga. Mungkin, anak-anak tidak dapat bersekolah seperti dahulu lagi, makan  makanan seperti dahulu lagi ataupun mungkin tidak dapat untuk tinggal di rumah yang bagaikan istana di mata mereka itu lagi akibat kekangan kewangan. 

Apa yang saya cadangkan, adalah tambah nilai pampasan kematian diri anda. Pastikan nilai kematian anda bukan lagi RM10k, RM20k ataupun RM50k. Jadikan nilai pampasan kematian anda kepada RM1,000,000.00, RM1,500,000.00 ataupun RM2,000,000.00 boleh lebih lagi. Supaya memberi kesenangan mereka yang bergantung kepada kita untuk meneruskan kehidupan. 

Di PrudentialBSN Takaful, kami membantu anda. Hubungi saya dengan segera di 019 271 7006 untuk temu janji dan penerangan produk. 



Sunday, January 10, 2016

Ubat bagi penyakit Hati

Assalamualaikum,
Tuan/Puan, dalam banyak-banyak penyakit, sepanjang pengalaman saya sebagai seorang penasihat takaful nak masuk tahun ke-5. Ada satu penyakit yang tidak dilindungi oleh mana-mana pengendali takaful ataupun syarikat insurans di Malaysia, dan di dunia sekalipun.
Walhal tuan/puan, penyakit tersebut adalah sangat berbahaya dan boleh melalaikan seseorang. Penyakit tersebut adalah penyakit yang dinamakan, penyakit Rohani. Sejenis penyakit yang ramai orang tidak ambil kisah.
Check diri kita, penyakit ini sintomnya adalah tamak, stress, ego, hasad. Pembawaan penyakit ini adalah disebabkan kerana mengejar kenikmatan dunia.
Hati yang mengawal manusia ini jika kotor, akan melemahkan pemikiran seterusnya kita akan melakukan perkara2 yang tidak berkualiti dalam hidup kita.
Ubat untuk merawat dari kita daripada jangkitan penyakit ini adalah daripada satu-satunya Mukjizat yang diwarisi sehingga hari ini, iaitu Al-Quran. Jangan lupa membaca alquran. Kita mengkagumi mikjizat nabi Sulaiman a.s yang boleh memahami binatang dan Nabi Musa a.s yang tongkatnya bertukar menjadi ular. Ini kerana, mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang paling besar pada hari ini kita masih boleh baca dan memahami kandungannya.
Wallahualam
Khairul Anwar
www.thetakaful.com
10 Januari 2015 / 9.41pm