Thursday, September 17, 2015

Bagaimana untuk mengajar anak-anak kita menabung

Assalamualaikum,

Bagaimana anda ingin memastikan bahawa anak anda, pandai menguruskan kewangan?
Jika anda pada hari ini hanya mengharapkan mereka untuk belajar sendiri menabung berdasarkan pengalaman mereka sendiri, pastinya perkara ini susah hendak dilakukan

Kerana, sepanjang pemerhatian saya, pada zaman sekarang, ibu bapa kebanyakan kalah dengan tekanan emosi yang dilahirkan oleh anak-anak, seperti menangis, menjerit sekuat-kuat dan juga merajuk. Yang akhirnya ibu bapa membeli juga barang yang diminta oleh kanak-kanak. Dan ibu bapa pula yang hanya mengharapkan dan berpesan kepada anak-anak tersebut supaya belajar rerajin supaya boleh dapat 5A dalam UPSR. Zaman saya dulu, belajar dulu pandai-pandai baru boleh dapat maianan apa yang saya minta.

Teknik asas bagaimana untuk mengajar anak kita menabung adalah dengan memberikan duit untuk ke sekolah kemudian, jika dia hendak membeli sesuatu barang yang harganya kecil, seperti novel ramaja. Ibu bapa perlu mendidik anak, berapa perlu simpan daripada perbelanjaan harian sekolah. Dah cukup duit baru boleh beli. Ibu bapa perlu mengajar kepada anak-anak bahwa, jika hendak mendapatkan sesuatu kita hendaklah berkorban, ibu bapa juga perlu bercerita berkenaan pengorbanan untuk mendapatkan sesuatu, tidak kira kisah itu adalah kisah daripada ibu bapa sendiri sewaktu kecil ataupun daripada orang-orang yang telah berjaya, lebih baik kisah daripada ibu bapa itu sendiri. Jika kita tidak memberikan penjelasan satu persatu, saya takut bahawa anak-anak ini tidak paham, dan tindakan yang mungkin dilakukan adalah mencuri duit ibu dan bapanya sendiri ataupun memaksa juga ibu bapa belikan apa yang dihajatkan.

Dengan mendidik anak-anak anda tentang kewangan, anda akan membantu  mereka untuk mengenal pasti hubungan antara, pendapatan, perbelanjaan dan simpanan. Dengan mendidik perkara ini, mereka akan mula memahami nilai duit itu sendiri. Ini penting, bagaimana untuk mendidik, adalah dengan menceritakan setiap perbelanjaan yang diberikan kepada mereka, Contoh
    adik : Mak, adik nak beli Ultraman
    Mak terfikir, bahawa ada banyak lagi ultraman yang ada di rumah, ada yang dah patah kaki dan ada juga yang berdiri tegak
    Mak : kenapa adik nak beli ultraman ini.
    Adik : sebab adik nak tambah lagi ultraman di rumah, ganti yang patah kaki
    Mak : adik nak beli yang macam mana

    Adik : Adik nak beli yang macam tue juga tetapi ada lampu kat badan
    Mak : Berapa harga?

    Adik : adik tengok tadi 49.90
    Mak : Yang lama punya tak boleh gam balik ke?

    Adik : Kalau gam x lawa la mak.
    Mak ;  Berapa lama ultraman yang 49.90 awak nanti boleh bertahan
    Adik : Lama mak, adik janji akan jaga dia baik2, dah tak mcm Ultraman dulu
    Mak  : Adik nak main ultraman ini sampai kerja ker?
    Adik : Hihi tak, 

    Mak : Kalau cam tue, ultraman ini mesti tak tahan nanti, satu hari nanti boleh rosak. bila adik dah besar, adik nak beli kereta, kene ada deposit beribu2. Kalau nanti tak cukup 49.90 nak bayar duit kereta kan dah tak dapat adik nak beli kereta. Apa kata kalau adik simpan duit yang patut beli ultraman, untuk nanti adik masuk universiti adik boleh beli kereta dan bayar yuran sendiri. masuk universiti kos dia tinggi. 
Mak perlu sentiasa bawa anak mereka ke bank untuk menabung, dan memberi tahu jumlah duit yang ada dalam bank serta menanmkan dalam fikiran, kegunaan duit ini sehingga besar. disamping meletakkan, berapa jumlah yang dia perlu ada dalam bank. Kalau tak buat benda ini, sudah pasti anak-anak tidak akan faham, kenapa mereka kene menabung. Ibu bapa memainkan peranan utama untuk explain berkenaan kebaikan menabung, dan menyuruh untuk mengajar kepada rakan-rakan mereka, supaya dia tidak mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan yang boros dalam perbelanjaan.

Cara yang boleh diguna pakai adalah untuk mengajar anak mereka bermain permaianan catur bistari, perbezaan permaianan catur bistari ini dengan permainan yang lain dia ada long term, dan short term investment. Walaupun permainan ini menggunakan board, tetapi pendidikan kepentingan kewangan adalah yang terbaik. Permainan ini sesuai di mainkan oleh kanak-kanak yang dah berusia 10 tahun keatas, yang mempunyai kepuayaan membaca dan memahami. Gunakanlah ini sebagai tools untuk mendidik anak-anak menabung.

Bagi saya tak salah, kalau kita bawa anak kita ke pusat membeli belah, suruh mereka bawa pen dan kertas, catat harga barang yang kita beli, keperluan dapur, makanan dan mainan. Minta mereka catat harga setiap barang yang kita nak beli, tujuan dia untuk kita lihat berapa perbelanjaan kita pada waktu tersebut, dan minta idea daripada mereka bagaimana kita boleh berjimat pada masa akan datang, Mungkin kita leh didik mereka tentang kenaikan harga barang, bercerita dengan mereka berkenaan inflasi semasa membeli barang. Perkara begini saya jarang-jarang sekali lihat, tetapi ia adalah sangat penting untuk education anak-anak yang meningkat dewasa.

Dalam kewangan kanak-kanak tidak sepeti ibu bapa yang mencari duit, mereka hanya tahu berbelanja dan mendapatkannya dengan mudah daripada ibu bapa. Jika dibiarkan mereka mudah untuk mendapatkan sesuautu, ia mungkin akan mendatangkan masalah kepada kanak-kanak itu tersebut apabila kanak-kanak tersebut sudah besar  Jika kita renung kembali zaman kanak-kanak pun kita hari ini ketawa, bagaimana mudah sahaja kta minta duit dengan ibu bapa, tanpa berfikir kesusahan ayah dan mak kita pada waktu itu. Reward dan ganjaran mesti berpada dengan hasiilnya, jangan terlampau sangat. Berikan ruang kesusahan kepada anak-anak supaya mereka pandai berdikari.

Secara umumnya kanak-kanak tidak memahami seperti mana ibu bapa memahami, jika ibu bapa tidak mengajar dan memberi tahu, sudah tentu mereka tidak faham dan akhirnya memberontak. Jika kita hendak marah anak pula, kita perlu bagi tahu sebab kita marah anak kita. Pendapat saya, dalam kewangan, ibu bapalah yang memainkan peranan paling penting untuk mendidik bukannya di sekolah yang hanya mengajar teori sahaja.


Simpan untuk pendidikan anak-anak anda dengan PruBSN Smartlink untuk manfaat yang berganda, kebaikannya adalah jika anda menabung di sini serendah RM50 sebulan, jika sesuatu terjadi kepada pembayar, simpanan juga tetap boleh diteruskan sehingga usia mencecah 25tahun. Hubungi saya Khairul Anwar 019 271 7006 untuk maklumat lanjut. Saya adalah perunding takaful, insurans dan saham amanah berlesen.


Penulis : Khairul Anwar Bin Abu Mansor
(c) 2015 thetakaful.com; Hak cipta terpelihara 


No comments:

Post a Comment