Friday, May 15, 2015

Tanda-tanda awal penyakit jantung

Assalamualaikum


Hari ini saya berhajat untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan tanda-tanda awal serangan jantung, yang dimana anda tahu bahawa serangan jantung ini adalah antara penyakit paling bahaya sekali. Di Malaysia sahaja, penyakit cardiovascular ini adalah merupakan punca-punca kematian antara wanita-wanita. Nisbah nya adalah 1/4 daripada populasi. Penyakit ini dilaporkan dialami seawal usia 50 tahun, namun saya yakin  boleh lagi alami lagi awal di Malaysia. Dan statistics yang dikeluarkan oleh  Natioanl heart assoociation of Malaysia pada October 2009 melaporkan 16.5% daripada 45,936 kematian pada 2008 di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh serangan jantung. Manakala Cerebrovascular Disease dilaporkan sebanyak 8.65% punya kematian di hospital-hospital kerajaan. 

Daripada laporan di atas, ternyata bahawa, kita pada hari ini perlu pandang serius dengan penyakit ini dalam diri kita. Jadi bagaimana kita hendak mengetahui tanda-tanda awal penyakit ini?

  1. Tidak selesa pada dada. Kebanyakan serangan jantung ini menyebabkan kita akan berasa kurang selesa pada bahagian tengah dada kita lebih daripada seminit. Dan ianya berulang-ulang, kita akan rasa tertekan akibat daripada tekanan, rasa ditekan pada bahagian dada, dan berasa menusuk di dada.
    Ini juga melibatkan tidak selesa di bahagian lengan, belakang, leher, mulut dan mulut
  2. Rasa sesak nafas samada disertakan sekali dengan sakit pada bahagian dada ataupun tidak. 
  3. Tanda-tanda lain seperti sentiasa berpeluh, loya dan pening kepala
Dalam media terdapat banyak laman sesawang yang menunjukkan bagaimana penyakit ini boleh berlaku. Anda boleh layari

  1. http://watchlearnlive.heart.org/CVML_Player.php?moduleSelect=hrtatk
Nasihat saya, jika anda terdapat tada2 awal penyakit kanser ini. Berwaspada lah. Berjumpalahdengan pakar-pakar perubatan yang berhampuran anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Amalkan cara hidup yang sihat.


Artikel ini ditulis oleh En Khairul Anwar Bin Abu Mansor, M.SC Business Administration (Insurance) (Candidates), B.Sc (Hons) Biomolecular Science (UiTM), Diploma Microbiology (UiTM). Anda boleh hubungi di talian 019 271 7006. Terima Kasih


No comments:

Post a Comment