Q : Assalamualaikum, Khairul Anwar. Saya ingin bertanya, kenapa saya yang perlu memberi sumbangan sebanyak RM500 sebulan mendapat manfaat yang sama berbanding isteri saya seorang akauntan yang hanya memberi sumbangan sebanyak RM350 sebulan. Sedangkan perbezaan usia antara kami berdua adalah setahun sahaja.
A : Waalaikumsalam, Encik Engineer. Encik Engineer adalah bekerja sebagai seorang Jurutera Mekanikal di sebuah syarikat yang terkenal di dunia. Tugas Encik Engineer pun bukan mudah, Encik Engineer perlu memastikan bahawa sistem saluran air kecemasan ini dapat berfungsi dengan sempurna. Tugas Encik Engineer perlu memanjat bangunan yang tinggi dan perlu memastikan jentera yang berkaitan berfungsi dengan sempurna. Berbanding dengan isteri Encik Engineer, beliau bekerja di sebuah Firma Akauntan dan pekerjaan beliau tidak melibatkan aktiviti-aktiviti yang berisiko besar dan terdedah dengan bahaya peralatan mekanikal yang besar. Sebab itu sumbangan yang perlu diperuntukan untuk Encik Engineer lebih besar berbanding isteri.
Untuk keadilan bagi semua pemegang sijil takaful, pengendali takaful telah memberi kelas pekerjaan seseorang daripada 1-4, untuk 1 adalah mereka yang sangat kurang risiko kemalangan dan risiko terdedah kepada penyakit seperti akauntan, pengurus syarikat, doktor, staf sokongan dan guru. Manakala kelas kedua adalah bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti luar tetapi tidak melibatkan pengunaan alat-alat yang merbahaya seperti pekerjaan saya sebagai seorang agent insurance, salesman outdoor dan juruukur. Manakala, kelas ketiga dan kelas keempat kesemua mereka adalah melibatkan risiko pekerjaan yang tinggi. Mereka yang berada di kelas 3 dan 4 perlu membayar lebih kerana risiko pekerjaan adalah lebih tinggi berbanding kelas pekerjaan 1 dan 2.
Saya berterima kasih kepada Encik Engineer kerana mempunyai akaun takaful sendiri. Bermakna Encik Engineer adalah seorang yang prihatin kepada keluarga. Formulanya, semakin tinggi risiko seseorang, semakin perlu seseorang kepada perlindungan takaful.
No comments:
Post a Comment