Friday, April 3, 2015

Kenapa? Bersalin tidak dilindungi Insurans

Q : En Khairul Anwar, saya mempunyai medical card. Kalau bab sakit itu saya juga minta di jauhkan Tetapi, kenapa kalau saya masuk hospital berkenaan bersalin tidak dapat menggunakan kad tersebut. Sebab apa yang saya faham adalah kad perubatan ini mrmberi perlindungan apa bila dimasukakn ke hospital


Khairul Anwar : Puan Yang Bertanya, saya mengucapkan jutaan tahniah kerana mendapat kelahiran seorang bayi yang comel. Persoalan yang dikemukakan, kenapa pengendali Takaful tidak memberi perlindungan akibat daripada bersalin,  Berbalik kepada apa defini insurans iaitu satu institusi ekonomi yang berasaskan prinsip bersaling, dibentuk bagi tujuan menubuhkan dana am. Keperluannya timbul daripada berlakuknya risiko yang tidak diduga, yang keberangkaliannya berlaku boleh dianggarkan dengan munasabah. 

Dalam insurans puan, hanya risiko tertentu sahaja yang boleh diinsuranskan, iaitu risko-risiko yang kemungkinannya berlaku boleh dianggarkan dengan tahap keyakinan dan ketepatan yang tinggi.

Soal kelahiran, ianya adalah sesuatu yang perkara yang boleh diduga. Namun, perlindungan insurans diberikan untuk perkara-perkara yang lain dalam kelahiran seperti komplikasi kehamilan. 

Bukan sahaja bersalin tidak mendapat perlindungan, rawatan kosmetik yang disengajakan juga tidak mendapat perlindungan contoh penukaran kulit kepada lebih cantik ker.

No comments:

Post a Comment