Q Tuan Besar : Encik Khairul, dulu saya dah pernah beli insurans, tetapi bila saya kene denggi satu apa pun die tak cover. Last-last pada waktu itu time keluar dari hospital tu, saya bayar sendiri. Macam mana nie, cakap cover kalau masuk hospital, last-last semua tak jadi. Kamu ini datang tunjukkan kepada saya sebab kamu nak tipu saya jugak ker, janji itu ini bila claim tak boleh
Khairul : Ha Ha Ha Ha, persoalan yang tuan bagi ini, pasti nanti saya tunjukan kepada semua rakan facebook saya. Kenapa tuan cakap Insurans itu menipu, sedangkan tuan cerita sebelum ini tuan membeli Insurans hanya apabila menerima panggilan talifon. Dan tujuan tuan beli juga sebab malas nak orang yang sama talifon setiap hari dan juga baru terfikir sebab tuan tiada insurans lagi.
Tetapi, tuan setelah mereka poskan polisi itu ke rumah, mana pergi Dokumen itu? Tuan baca tak?Masalah yang berlaku kepada orang-orang kita adalah mereka mampu untuk membeli insurans, kad perubatan, insurans kemalangan. Tetapi orang kita hanya menyerahkan 100% kepercayaan kepada agen ataupun telemarketer jer. Mereka sendiri tidak baca apa isi kandungan dalam buku polisi itu selepas menerinya. Tapi "ëxpected" semua benda cover.
Dalam pengalaman saya, kita akan baca isi kandungan dalam buku polisi itu sebaik sahaja nak gunakan sahaja, seperti time nak masuk hospital ker. Masa itu, yang salah adalah Insurans balik.. sebab tak cover. Sebenarnya adalah tanggungjawab kita untuk mengetahui apa yang dilindungi Insurans dan apa yang tidak dilindungi insurans. Sebenarnya penting untuk kita baca term dan apa yang tertulis dalam buku polisi. Sebagai agent, saya selalu menerangkan kepada client saya apa yang di cover dan apa yang tak cover. Buku polisi bukan majalah, ia adalah dokumen penting yang perlu kita baca. Walaupun saya faham, untuk memahami apa yang tertulis dalam buku polisi bukannya satu perkara yang mudah.
Jika Insurans benar2 menipu, tuan boleh buat laporan kepada Bank Negara.
- Berminat untuk mengetahui berkenaan insurans dan takaful anda boleh menghubungi saya untuk temujanji, Khairul Anwar, 019 271 7006, khairulanwar426@prupartner.com.my - :)