Kita
masih, berada lagi dalam ambang tahun baru, malah masih ada antara kita yang
masih lagi mengucapkan selamat tahun baru. Pada waktu ini, kita lazimnya
bersemangat menulis diari, masih semangat dengan azam kita sepanjang tahun
2015, apa yang kita hendak buat apa yang kita hendak capai, apakah target kita
sepanjang tahun 2015. Yang tidak tercapai sepanjang tahun 2014 juga kita
berusaha masih lagi berusaha, supaya kita dapat capainya pada tahun ini.
Ada cara
yang saya hendak kongsi bersama anda, bagaimana cara untuk menjadikan apa yang
kita azamkan pada tahun 2015 sentiasa berada dalam keadaan "on track",
ataupun sentiasa berada dalam landasan yang betul. Jawapannya mudah sahaja,
iaitu kita mulakan dengan mengimejinasi dan menterjemahkan imaginasi kita ke
dalam kertas yang dinamakan
"Vision
Board"
Motivator ramai yang mengaitkan
vision board ini sebahagian dalam teknik Law Of Universal Attraction. Cara
untuk membuat satu vision board ini adalah sangat menarik, anda tidak perlu
berfikir dalam seperti mana anda membuat kerja pejabat ataupun assignment.
Apa yang anda perlu lakukan adalah melukis, mengenalpasti apa yang anda hendak
dalam tempoh tertentu. Saya tunjukkan imej, bagaimana contoh satu vision board
yang terbaik.
Ini
adalah contoh satu vision board yang dikatakan terbaik, Vision baord ini dia
tak ada format yang specific, sebab ianya hanyalah yang terbaik
untuk mata kita lihat dan ia adalah azam kita.
Namun,
vision board yang terbaik adalah yang ada dalam kita punya S.M.A.R.T goal.
iaitu
1.
Specific
2.
Measurable
3.
Attainable
4.
Realistic
5.
Time-bound
Specific - bermakna vision board mesti spesifik atau
terperinci, saya bagi beberapa contoh,
i jika
anda hendak beli rumah, tuliskan sekali bila akan dapat untuk membeli rumah
tersebut (contoh Januari 2015), Berapa kos rumah tersebut?
ii jika
anda hendak mengerjakan umrah, bila tarikh hendak mengerjakan umrah, berapa
kos untuk mengerjakan umrah
iii
Jika hendak membeli kereta, apakah model kereta terbaru anda? Berapa harga
dia? dan pastikan dalam gambar tersebut adalah kereta yang kita betul-betul
inginkan dari segi warna, jenis modal dan harganya, dan bila kita akan
membeli kereta tersebut.
iv.
Jika berkenaan dengan pendapatan, berapa pendapatan kita menjelang tempoh
tertentu, kalau boleh gariskan juga tindakan kita untuk mendapatkan pendapatan
itu. Contoh target dalam bisness kita, berapa jumpah pendapatan yang akan
kita peroleh pada hujung tahun 2015.
Measurable - Semasa kita membuat vison board kita, pastikan
apa yang kita hendak adalah yang kita boleh tahu nilai dia dengan kata lain,
boleh diukur. Mesti mempunyai satu nilai yang tepat. Bukannya satu plan yang
hanya seperti angan-angan. Sebagai contoh, kita hendak mengerjakan umrah pada
Ramadhan tahun 2015. Kita kene tahu, langkah kita sekarang tepat tak untuk
menjadikan ia satu rialiti, seperti cara kita perloleh pendapatan.
Attainable -
Bila kita tahu perkara apa apa yang kita hendak letakan dalam vision board
kita, pastikan bagaimana cara kita untuk menjadikan sesuatu itu benda yang
rialiti, contoh anda betulkan perlakuan anda, bina semangat harian anda,
belajar skills baru untuk lebih menjana keuntungan jika anda berniaga dan
bina kekuatan kewangan anda, Mungkin anda boleh gunakan kekuatan anda yang
lepas sebagai pengajaran untuk dijadikan iktibar dan jadikan ia perkara yang
mesti dlakukan pada tahun ini,
Realistic - Kita
mesti ada target sepanjang tahun, dan dalam pembikinan vision board ini,
ia adalah GOAL kita, menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya. Dan realtistic bermaksud,
segala kudrat, kelebihan yang ada, segala benda yang ada membuatkan apa yang
kita letakkan dalam vision board ini boleh menjadi kenyataan
Time-bound - vision
board anda mesti ada limit masa, seperti contoh yang saya
tunjuk di bahagian specific tadi, bila tarikh kita nak achieve apa yang kita
hendak. Dan kita kene pastikan, dan daripada kemampuan yang ada pada diri
kita daripada planning yang kita buat. perkara itu secara logiknya boleh
tercapai. Jika kita tidak letak temph masa dalam vision board kita,
ianya sebenarnya anda tiada rasa "urgency" untuk mencapai
apa yang kita hendak.
|
Ada lagi
perkara tambahan yang perlu diambil berat untuk membuat vision board ini
iaitu dengan cara mengadali antara rohaniah dan ukhrawiah. Pastikan adil dunia
dan akhiratnya, kerana jika mengejar kepada dunia, akhirat akan lari daripada
kita, tetapi jika kita mengajar akhirat, dunia akan mendakati kita. Contohnya,
berazam untuk bersama-sama keluarga menunaikan Umrah pada Ramadhan 1436H atau
juga pilihan tepat untuk menghafaz Al-Quran 5 juzu' sepanjang tahun 2015.
Vision
board bukan sekadar untuk mencari harta atau menambah kekayaan semata-mata,
Vision
board juga adalah cara untuk menzahirkan ketenangan, sebagai contoh meletakkan
gambar-gambar senyum tawa bersama-sama suami atau isteri dan anak-anak,
gabungkan gambar-gambar percutian yang mengambarkan kebahagian, Ianya tidak
tertakluk kepada untuk mencari kemewahan sahaja.
Cara
membuat vision board
Bagi
mereka yang pandai menggunakan komnputer, mungkin anda boleh gunakan Microsoft
Power Point, Microsoft Word ataupun yang lebih pakar dalam bidang komputer ini,
boleh gunakan perisian Adobe Photoshop dan Illustrator untuk menghasilkan
vision board mengikut kehendak anda. Tetapi tidak semestinya menggunakan
komputer semata-mata, jika search, vision board, anda akan nampak idea-idea
kretif yang lain membuat vision board mereka menggunakan keratan-keratan akhbar
dan majalah sahaja,
Bila dah
siap vision board anda, yang penting adalah, letak di bahagian yang kita selalu
lihat, boleh photostate colour dan print colour dalam kuantiti yang banyak
letak di sekitar kita. dalam kereta, atas katil (jika menggunakan katil double
decker) ataupun dijadikan sebagai desktop wallpaper komputer anda. Saya rekemen
untuk satu vision board anda yang anda selalu lihat, di cetak ataupun di buat
paling kecil menggunakan kertas bersaiz A3.
Alhamdulillah,
jika ada lagi penambahan dengan isi dan vision board ini akan saya update,
sudah tentu anda juga ingin melihat, apakah vision board saya? Bila siap
sebelum APW Agency saya saya akan tunjukkan....
Terima kasih kerana membaca, fell free to drop your comment jika ada
penambahan dan perkongsian ilmu ini.
No comments:
Post a Comment