Wednesday, January 28, 2015

88 peratus rakyat bimbang bersara dalam miskin - Berita Harian


Oleh Suffian A Bakar

KUALA LUMPUR: Ketidaktentuan ekonomi global, peningkatan kos sara hidup pada kadar lebih pantas daripada pendapatan dan hutang isi rumah yang tinggi adalah antara sebab 88 peratus rakyat Malaysia bimbang simpanan persaraan mereka tidak akan mencukupi. Kaji selidik HSBC Bank mendapati lebih 45 peratus daripada warga kerja di negara ini berpendapat kos sara hidup meningkat pada kadar lebih pantas daripada pendapatan mereka, manakala warga Malaysia ialah yang tertinggi di Asia (28 peratus) berkata keupayaan menyimpan untuk persaraan terkesan daripada beban hutang. 

"Kesan jangka panjang kelembapan ekonomi global akan dirasai ramai untuk beberapa dekad akan datang. "Sungguhpun terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi, impak jangka panjang akan menyebabkan gelombang kepada jutaan rakyat yang terpaksa menggunakan simpanan dan berhutang bagi menghadapi kesukaran yang dihadapi," kata Pengurus Besar Perbankan Runcit dan Pengurusan

Kekayaan HSBC Bank Malaysia Bhd, Lim Eng Seong. Beliau berkata demikian pada taklimat media membentang kaji selidik HSBC Bank bertajuk Masa Depan: Tindakan Yang Seimbang di sini hari ini. Eng Seong berkata, sungguhpun terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi global mula meningkat sejak pertengahan tahun lalu, 32 peratus daripada rakyat negara ini berasa kemelesetan dan kelembapan ekonomi akan terus melemahkan keupayaan menabung untuk hari tua. Senario kewangan jangka panjang yang suram turut dirasai di seluruh dunia, dengan hampir satu perempat (23 peratus) responden menjangka standard kehidupan ketika persaraan nanti akan lebih buruk daripada hari ini.

Di Malaysia, golongan pekerja wanita percaya simpanan persaraan dan pelaburan akan dapat bertahan untuk tempoh 11 tahun, tetapi dengan tempoh purata persaraan 21 tahun, menjadikan kemampuan bertahan cuma untuk tempoh 10 tahun. Golongan pekerja lelaki pula berkata simpanan persaraan mereka hanya cukup untuk tempoh 12 tahun, tetapi dengan tempoh purata persaraan 17 tahun, menjadikan kemampuan bertahan hanya untuk tempoh tujuh tahun. Antara lain, kaji selidik itu mendapati 21 peratus pesara di Malaysia berkata untuk mengekalkan standard kehidupan ketika bersara nanti, mereka perlu mula merancang persaraan pada umur sekurang-kurang 30 tahun atau lebih awal lagi.

Lebih dua perlima (45 peratus) daripada mereka berkata mereka sepatutnya membuat penabungan yang lebih besar lagi sebelum ini. Kaji selidik HSBC Bank itu diperoleh daripada maklum balas 16,000 individu bekerja berumur 25 tahun ke atas di 15 negara.

Saiz sampel kaji selidik di Malaysia ialah 1,000 individu. Berikutan kaji selidik itu dibuat dalam tempoh antara Ogos hingga September 2014, ia tidak mengambil kira kejatuhan ketara harga minyak mentah sejak tempoh itu yang mana ia kini diniagakan di bawah AS$50 satu tong berbanding sekitar AS$100 sebelumnya, selain faktor kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS yang menjadikan kuasa membeli rakyat negara ini bertambah lemah. "Anda perlu menjangka sesuatu yang tidak dijangkakan," nasihat Eng Seong supaya orang ramai membuat persiapan lebih awal dalam menghadapi persaraan.


27 Januari 2015

Friday, January 23, 2015

Kos Rawatan Denggi dan terima kasih kepada anda semua

Alhamdulillah selesai kes claim untuk followup checkup dan rawatan semasa saya menerima rawatan denggi yang saya hadapi Desember lepas.
Ini pengalaman ke dua saya masuk hospital akibat demam, kali pertama akibat viral infection, pada waktu itu kad perubatan telah lapse pada tahun 2010 tak silap saya pada waktu itu.
Dan kemudian pada 2011 selepas saya menjadi agent insurance, saya memberi sumbangan semula ke akaun takaful bermula dari rm150.Dan sehingga kini telah upgrade 3 kali kad perubatan saya sehingga ke tahap paling maksimum.
Mungkin sebab contoh yang saya selalu berikan adalah tentang cara bagaimana untuk claim disebabkan oleh Demam dan Denggi, Kemudian, saya sendiri menikmati apa yang saya katakan.
Bukan niat kita, mempunyai satu akaun takaful untuk sakit. Tapi ianya ibarat untuk berjaga-jaga dan kesudian saya untuk memberikan sedikit daripada pendapatan saya untuk mereka yang lebih memerlukan untuk melakukan perubatan.
Pada 13 Desember yang lepas saya mengalami demam panas, dan suhu mencecah 40.2C. Doktor memberikan suntikan dan pulih selepas itu. Dan 14 Desember (tarikh lahir saya) pada waktu pagi saya ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan kerana demam panas kembali, Doktor test Dengue pada waktu negative. Kerana saya tidak yakin sebab saya telah refer saya punya physical condition kepada rakan-rakan saya yang merupakan Doktor perubatan, petang itu juga saya ke Prince Court Medical Centre, KL untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Dr Norazlina Mohd Yusoff (cardiologist) yang merawat saya sepanjang di PrinceCourt. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih kepada Dr Azlina atas rawatan yang terbaik diberikan. Saya sentiasa menghargai dan teringat sehingga sekarang.
Terima kasih ibu dan ayah aku kerana menemani sepanjang saya ke hospital. Alhamdulillah ibu saya juga sepanjang 6 hari di hospital dan belau juga selesa, mana taknya ada katil untuk dirinya dan juga makanan percuma untuk beliau. Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan saya, kepada yang melawat saya. dan juga staff PCMC yang melayan karenah saya Terima kasih.
Saya calculate kos rawatan denggi adalah RM11,008.35 dan berterima kasih kepada PruBSN kerana kos tersebut dibayar oleh PruBSN. Saya berterima kasih kepada anda yang memberi sokongan dan mempunyai sumbangan dalam dana tabaru' PruBSN. Saya juga akan sentiasa setia dalam simpanan saya untuk tabung tabaru' PruBSN. Disebabkan kadar tabaru' yang paling rendah dipasaran kami setiasa dengan PruBSN.
Akhir sekali Denggi membawa maut, dapatkan rawatan dengan segera, Dengue ada 4 vector. Jika anda terkene sekali, ada cuma immune 1/4 daripada vector Dengue dalam diri anda.


di hospital princecourt saya terkenang sewaktu arwah atuk saya mendapatkan rawatan di sana. alfatihah atuk

Monday, January 12, 2015

Vision Board - Plan Tahun Baru

Kita masih, berada lagi dalam ambang tahun baru, malah masih ada antara kita yang masih lagi mengucapkan selamat tahun baru. Pada waktu ini, kita lazimnya bersemangat menulis diari, masih semangat dengan azam kita sepanjang tahun 2015, apa yang kita hendak buat apa yang kita hendak capai, apakah target kita sepanjang tahun 2015. Yang tidak tercapai sepanjang tahun 2014 juga kita berusaha masih lagi berusaha, supaya kita dapat capainya pada tahun ini.

Ada cara yang saya hendak kongsi bersama anda, bagaimana cara untuk menjadikan apa yang kita azamkan pada tahun 2015 sentiasa berada dalam keadaan "on track", ataupun sentiasa berada dalam landasan yang betul. Jawapannya mudah sahaja, iaitu kita mulakan dengan mengimejinasi dan menterjemahkan imaginasi kita ke dalam kertas yang dinamakan

"Vision Board"

Motivator ramai yang mengaitkan vision board ini sebahagian dalam teknik Law Of Universal Attraction. Cara untuk membuat satu vision board ini adalah sangat menarik, anda tidak perlu berfikir dalam seperti mana anda membuat kerja pejabat ataupun assignment. Apa yang anda perlu lakukan adalah melukis, mengenalpasti apa yang anda hendak dalam tempoh tertentu. Saya tunjukkan imej, bagaimana contoh satu vision board yang terbaik. 


gambar hiasan



Ini adalah contoh satu vision board yang dikatakan terbaik, Vision baord ini dia tak ada format yang specific, sebab ianya hanyalah yang terbaik untuk mata kita lihat dan ia adalah azam kita.


Namun, vision board yang terbaik adalah yang ada dalam kita punya S.M.A.R.T goal. iaitu

1. Specific
2. Measurable
3. Attainable
4. Realistic
5. Time-bound


Specific - bermakna vision board mesti spesifik atau terperinci, saya bagi beberapa contoh, 
i jika anda hendak beli rumah, tuliskan sekali bila akan dapat untuk membeli rumah tersebut (contoh Januari 2015), Berapa kos rumah tersebut? 
ii jika anda hendak mengerjakan umrah, bila tarikh hendak mengerjakan umrah, berapa kos untuk mengerjakan umrah
iii Jika hendak membeli kereta, apakah model kereta terbaru anda? Berapa harga dia? dan pastikan dalam gambar tersebut adalah kereta yang kita betul-betul inginkan dari segi warna, jenis modal dan harganya, dan bila kita akan membeli kereta tersebut.
iv. Jika berkenaan dengan pendapatan, berapa pendapatan kita menjelang tempoh tertentu, kalau boleh gariskan juga tindakan kita untuk mendapatkan pendapatan itu. Contoh target dalam bisness kita, berapa jumpah pendapatan yang akan kita peroleh pada hujung tahun 2015. 

Measurable - Semasa kita membuat vison board kita, pastikan apa yang kita hendak adalah yang kita boleh tahu nilai dia dengan kata lain, boleh diukur. Mesti mempunyai satu nilai yang tepat. Bukannya satu plan yang hanya seperti angan-angan. Sebagai contoh, kita hendak mengerjakan umrah pada Ramadhan tahun 2015. Kita kene tahu, langkah kita sekarang tepat tak untuk menjadikan ia satu rialiti, seperti cara kita perloleh pendapatan. 

Attainable - Bila kita tahu perkara apa apa yang kita hendak letakan dalam vision board kita, pastikan bagaimana cara kita untuk menjadikan sesuatu itu benda yang rialiti, contoh anda betulkan perlakuan anda, bina semangat harian anda, belajar skills baru untuk lebih menjana keuntungan jika anda berniaga dan bina kekuatan kewangan anda, Mungkin anda boleh gunakan kekuatan anda yang lepas sebagai pengajaran untuk dijadikan iktibar dan jadikan ia perkara yang mesti dlakukan pada tahun ini, 

Realistic - Kita mesti ada target sepanjang tahun, dan dalam pembikinan vision board ini, ia adalah GOAL kita, menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya. Dan realtistic bermaksud, segala kudrat, kelebihan yang ada, segala benda yang ada membuatkan apa yang kita letakkan dalam vision board ini boleh menjadi kenyataan

Time-bound - vision board anda mesti ada limit masa, seperti contoh yang saya tunjuk di bahagian specific tadi, bila tarikh kita nak achieve apa yang kita hendak. Dan kita kene pastikan, dan daripada kemampuan yang ada pada diri kita daripada planning yang kita buat. perkara itu secara logiknya boleh tercapai.  Jika kita tidak letak temph masa dalam vision board kita, ianya sebenarnya anda tiada rasa "urgency" untuk mencapai apa yang kita hendak. 


Ada lagi perkara tambahan yang perlu diambil berat untuk membuat vision board ini iaitu dengan cara mengadali antara rohaniah dan ukhrawiah. Pastikan adil dunia dan akhiratnya, kerana jika mengejar kepada dunia, akhirat akan lari daripada kita, tetapi jika kita mengajar akhirat, dunia akan mendakati kita. Contohnya, berazam untuk bersama-sama keluarga menunaikan Umrah pada Ramadhan 1436H atau juga pilihan tepat untuk menghafaz Al-Quran 5 juzu' sepanjang tahun 2015. 

Vision board bukan sekadar untuk mencari harta atau menambah kekayaan semata-mata,

Vision board juga adalah cara untuk menzahirkan ketenangan, sebagai contoh meletakkan gambar-gambar senyum tawa bersama-sama suami atau isteri dan anak-anak, gabungkan gambar-gambar percutian yang mengambarkan kebahagian, Ianya tidak tertakluk kepada untuk mencari kemewahan sahaja.

Cara membuat vision board

Bagi mereka yang pandai menggunakan komnputer, mungkin anda boleh gunakan Microsoft Power Point, Microsoft Word ataupun yang lebih pakar dalam bidang komputer ini, boleh gunakan perisian Adobe Photoshop dan Illustrator untuk menghasilkan vision board mengikut kehendak anda. Tetapi tidak semestinya menggunakan komputer semata-mata, jika search, vision board, anda akan nampak idea-idea kretif yang lain membuat vision board mereka menggunakan keratan-keratan akhbar dan majalah sahaja, 

Bila dah siap vision board anda, yang penting adalah, letak di bahagian yang kita selalu lihat, boleh photostate colour dan print colour dalam kuantiti yang banyak letak di sekitar kita. dalam kereta, atas katil (jika menggunakan katil double decker) ataupun dijadikan sebagai desktop wallpaper komputer anda. Saya rekemen untuk satu vision board anda yang anda selalu lihat, di cetak ataupun di buat paling kecil menggunakan kertas bersaiz A3. 

Alhamdulillah, jika ada lagi penambahan dengan isi dan vision board ini akan saya update, sudah tentu anda juga ingin melihat, apakah vision board saya? Bila siap sebelum APW Agency saya saya akan tunjukkan.... 


Terima kasih kerana membaca, fell free to drop your comment jika ada penambahan dan perkongsian ilmu ini.

Sunday, January 4, 2015

Nilai simpanan anda, sikit-sikit menjadi bukit

Jika pada hari ini anda membuat simpanan 500 sebulan untuk jangka masa 40 tahun
Jika keuntungan pelaburan. Jumlah pelaburan simpanan tanpa faedah adalah sebanyak 240,000
2.5% anda akan mendpat 411,709
6% anda akan mendapat 95,745
12% anda akan mndapat 5,882,386
Bila anda mahu mula menyimpan? Atleast duit ini anda boleh gunakan untuk rawatan ataupun perbelanjaan selepas bersara.
Lazimnya bagi kami, akan kira life anda sehingga usia 80tahun sahaja. Tetapi sebenarnya jika dipanjangkn umur dan mempunyai kesedaran yg tinggi berkenaan kesihatan, anda boleh hidup lebih pada usia itu.

Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidurrasul 1436



Nabi Muhammad itu adalah kekasih Allah. 
Baginda adalah seorang yang amat berani semasa riwayat baginda untuk menyampaikan amanat Allah swt menyampaikan syiar Islam
Semasa perang Baginda berada di barisan hadapan untuk menentang musuh.
Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w

Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Selamat menyambut tahun baru 2015,
daripada khairul anwar bin abu mansor dan keluarga