Friday, October 24, 2014

Tahun 1436H. Perubahan walaupun seribu tahun akan datang, bermula daripada tindakan anda hari ini


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Alhamdulillah kerana Allah masih berikan pinjaman masa kepada saya sehingga ke hari ini. Sehingga saya dapat menikmati tahun 1436H. Yang saya sendiri tidak pasti, adakah saya sendiri dapat berjumpa bulan Ramadhan 1436H lagi atau tidak. Semuanya saya serahkan atas urusan Allah swt.

Saya bersyukur lagi, bukan setakat saya masih hidup dimuka bumi Allah tetapi, saya berasa bersyukur kerana di berilagi pinjaman oleh Allah swt atas nikmat mata untuk melihat, hidup untuk menghirup udara yang segar, tangan untuk membuat perubahan, telinga untuk mendengar segala pesanannya dan juga kaki untuk melangkah lebih jauh. Nikmat begini begitu besar bagi saya yang menjadikan saya insan yang sempurna. Walaupun, mata pernah melihat perkara yang tidak elok, kaki pernah melangkah ke maksiatan dan tangan pernah mencuit perkara keburukan. Allah masih lagi berikan saya pinjaman semua itu. Allahurabbi! Engkau Maha Besar dan Engkau jua pemberi Nikmat terbesar kepada selian manusia.

Syukur nikmat yang Allah berikan, yakin bahawa Allah akan berikan lagi 1000 nikmat untuk menguji kita. Kita jangan sesekali lalai dengan melupakan Allah swt, bahkan bangkitlah! untuk bersama maju kehadapan atas nikmat yang tuhan berikan ini.

Alhamdulillah

Dalam tema saya "with the new day comes new strength and new thoughts" adalah kata-kata daripada seorang cendiakawan. Jika kita hendak melakukan sesuatu perubahan jangan menunggu untuk tahun akan datang baru kita hendak berubah. Mulakan sekarang. Azam bukannya ditanam hanya pada awal tahun, azam hendaklah sentiasa dilihat dan di baca setiap hari. Setiap pagi selepas kita bangun tidur, mula berfikir dengan azam kita, cita-cita. Apa yang perlu saya buat pada hari ini untuk mencapai cita-cita saya. Mulakan seawal 5 pagi sebelum menunaikan solat subuh berjemaah.
Sebelum tidur pula, kita muhasabah diri kita, apa yang kita lakukan pada hari ini. Sepanjang hari ini, adakah kita ada menyakiti hati seseorang, adakah kita ada berhutang dengan seseorang (tuliskan segera pada satu helaian kertas jika anda berhutang dengan seseorang pada hari tersebut ataupun sebelumnya), kita melakukan satu kerosakan dibumi, apakah kebaikan lagi yang hendak dilakukan pada esok hari dan yang penting adakah pada hari ini kita menggunakan masa dengan bijak. Ada banyak lagi cara untuk muhasabah diri kita.
Sebelum kita melakukan sesuatu menjelang tahun baru, tuliskan pada helian kertas apa yang kita hendak capai pada tahun ini, tidakan yang perlu dilakukan. buat dalam bentuk infografik juga lebih menarik..

Selamat menyambut maal Hijrah 1436H. 

No comments:

Post a Comment