KUALA LUMPUR: Prudential BSN Takaful Bhd menyasarkan untuk menarik lebih banyak pemegang polisi menerusi aplikasi mudah alihnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Azim Mithani.
Beliau berkata pengendali takaful keluarga itu menerima respons positif daripada inisiatif syarikat menggunakan teknologi berbanding kaedah manual dalam penyerahan permohonan oleh pelanggan.
"PruBSN menerima kira-kira 70 peratus atau 9,000 penyerahan produk menerusi aplikasi mudah alih sejak pelancarannya lewat tahun lepas, iaitu satu angka yang menggalakkan.
"Selain ciri-ciri mesra pengguna, aplikasi mudah alih juga menjimatkan masa," katanya kepada media pada pelancaran produk baharu PruBSN UmmahLink.
PruBSN UmmahLink menggabungkan perlindungan, simpanan dan pelaburan dalam satu pelan unik yang menyasarkan untuk memenuhi aspirasi jangka panjang seseorang, sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah, atau mengumpul dana bagi pendidikan atau persaraan.
Azim berkata seiring dengan rangcangan syarikat untuk menyokong aplikasi mudah alih, mereka juga melancarkan aplikasi mudah alih baharu bagi peranti iPhone dan Android, dinamakan PruBSN Insan untuk panduan kerohanian pengguna Islam.
"Kami berharap akan beroleh lebih banyak pemegang polisi dengan pelancaran produk baharu ini dan juga aplikasi mudah alih," katanya dan menambah PruBSN mempunyai lebih 650,000 pelanggan atau dua peratus daripada populasi Malaysia.
Bagi enam bulan pertama 2014, pengeluaran perniagaan baharu syarikat tumbuh 21 peratus kepada RM152.7 juta daripada RM126.3 juta sebelum ini dengan penguasaan pasaran sebanyak 30.3 peratus.
Dapatkan berita melalui : http://www.mstar.com.my/niaga/2014/10/16/bsn/
No comments:
Post a Comment