Assalamualaikum,
Berbicara mengenai kad perubatan, pada hari ini, terdapat banyak pengenali takaful mengeluarkan kad perubatan sebagai manfaat tambahan (rider) dalam akaun sumbangan takaful ahli-ahli mereka. Dan pelbagai bentuk manfaat yang telah ditawarkan
Ada satu perkara besar yang jarang diketahui oleh kita, iaitu adakah kad perubatan itu pakej dengan simpanan ataupun kad perubatan tersebut adalah "standalone" medical card. Iaitu kad perubatan tanpa simpanan.
Antara kebaikan kad perubatan tanpa simpanan adalah, anda boleh memiliki kad perubatan tersebut dengan harga murah. Lebih-lebih lagi jika anda berusia 20-30 tahun.
Apa yang anda mungkin tidak tahu bahawa, semua kad perubatan mempunyai sumbangan tabaru' yang dikenakan. Dan kesemua sumbangan tabaru' adalah berbeza mengikut usia anda. Semakin berusia anda, semakin tinggi sumbangan tabaru' yang dikenakan.
Pemegang kad perubatan tanpa simpanan (standalone medical card) perlu menambahkan bayaran setiap 5 tahun ataupun setiap beberapa tahun. Di jika pada hari ini anda berusia 25 tahun hanya membayar rm600 setahun untuk kad perubatan, pada usia anda 70 tahun, anda mungkin perlu bayar RM4500 setahun untuk kad perubatan sahaja.
Berbeza dengan kad perubatan termasuk simpanan, pemegang kad perubatan tidak perlu menambahkan bayaran setiap tahun (kecuali jika ada kenaikan sumbangan dalam dana tabaru' yang disebabkan oleh perubahan besar inflasi dalam kos perubatan). Dan pengguna kad perubatan ini, constant pembayaran mereka. Disebabkan kadar kenaikan sumbangan tabaru' ini tertolak sendiri daripada simpanan yang ada. kebaikannya, pengguna tidak perlu terbeban dengan kenaikan harga tabaru' setiap tahun.
Terpulang kepada anda untuk memilih cara pembayaran simpanan takaful anda, adakah dengna cara menggunakan kad berserta simpanan ataupun standalone medical card. Pilihan terbaik di tangan anda. Jika bertanya pada saya, lebih baik pilih kad perubatan beserta simpanan, sebab manusia ini bila harga maintain kurang bising, tapi bila kenaikan walaupun 20sen jer, semua benda terencat.
No comments:
Post a Comment