Bila mana lahirnya seorang usahawan yang dikatakan lebih berani daripada seorang yang bekerja sendiri. Namun tidak semestinya seorang usahawan itu lebih berpendapatan tinggi daripada seorang yang bekerja makan gaji. Bila lihat seorang yang bekerja yang terpaksa bangun di awal pagi, membuka gerai kemudian sudah malam gelap baru tutup semula, pun tidak menjamin kekayaan seseorang itu yang kehiduapan mereka seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang membuatkan ada ramai yang berkelulusan pelajaran tinggi takut untuk menceburi bidang perniagaan. Bahkan, mereka yang tidak habis pelajaran juga takut memilih bidang perniagaan kerana tidak pernah rasa hidup dalam keadaan susah.
Dalam diri seorang usahawan bertaqwa, cara hidup dan pemikiran mereka adalah berlainan berbading dengan seorang yang bekerja sendiri. Pekerjaan mereka pada hari ini tidak menjamin jaminan kewangan mereka besok, tetapi anda lihat seorang usahawan yakin dengan tugas mereka sehingga menganggap bahawa seperti meereka ada seribu hari lagi peluang untuk menjana pendapatan mereka
Apakah faktor dalaman diri yang menyebabkan seorang usahawan berjaya dan memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan. Saya melihat sendiri contoh Leader saya, Tn Hj Othman Bin Shahrum. Bagaimana dia berjaya dan sukses pattern yang diturunkan kepada kesemua anak-anak buahnya.
Seseorang usahawan muslim hanya bergantung harap kepada keredhaan Allah dan berusaha dengan bersungguh-sungguh |
3 Rahsia yang sangat penting adalah.
1. Jaga Solat, tunaikan solat wajib dan jangan sesekali tinggalkan. Itu rahsia yang terbaik. Malahan setiap pagi semasa kami berkumpul di pejabat sebelum melakukan tugas beliau sering memperingatkan kami untuk menunaikan solat berjemaah di Masjid terutamnya waktu Subuh. Khafilatnya bila kita lihat orang yang berpagi-pagi (memulakan kehidupan seawal pagi), mereka akan berjaya dalam kehidupan mereka. Ada orang kita lihat menjual nasi lemak sahaja. tetapi, mampu menunaikan umrah sepanjang bulan Ramadhan dan juga menunaikan haji
2. Berbuat baik kepada ibu bapa. bagi mereka yang masih ada ibu bapa, doa ibu dan bapa adalah penting, kerana doa ibu bapa adalah Mustajab. Sabda Rasullah SAW yang bermaksud : Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi; doa orang yang sedang musafir dan doa orang tua ke atas anaknya." (Hadis hasan al-Tarmizi). Kerap hubungi ibu dan bapa anda bagi mereka yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa anda selagi mereka masih anda bagi mereka yang tinggal ibu bapa, salam cium tangan ibu bapa anda sebelum anda keluar dari rumah mencari rezeki dan minta doa daripada mereka. Selalulah bercerita berkenaan aktiviti anda bersama ibu bapa anda, dan tunjukkan kejayaan anda kepada mereka dan jangan lupa untuk membalas jasa ibu bapa anda. (artikel berkenaan doa ibu bapa, klik disini )
3. Tunaikan Solat Dhuha, kerana waktu Dhuha ini adalah waktu yang paling indah dalam sepanjang hari-hari. Doa solat sunat dhuha juga memohon agar tuhan murahkan rezeki kita.
Akhir kata dari saya, jangan takut untuk menceburi bidang pekerjaan. Kami telah buktikan bahawa 9/10 daripada kekayaan adalah daripada kehidupan seorang usahawan.
Saya menjemput anda semua untuk hadir ke Grand Business Opportunity Presentation, berkenaan perniagaan takaful di pejabat saya di Jaya 33. Petaling Jaya 30 September 2014. klik disini untuk info
No comments:
Post a Comment