Thursday, August 21, 2014

Cara mudah untuk meningkatkan simpanan anda.

Oleh : Khairul Anwar Bin Abu Mansor,
           +6019 271 7006

           khairul@thetakaful.com
Masyarakat kita hari ini di lihat lebih banyak berbelanja berbanding jika anda hidup 15 tahun dahulu pada usia yang sama. Jika waktu dahulu, kita tidak perlu membuat atau pembayaran untuk menonton talivisyen, sekarang kita perlu. Jika waktu dahulu kita tidak perlu membayar beratus untuk mengguna internet, sekarang kita perlu membayar beratus2 untuk internet sahaja. Seingat saya dulu, internet "dialup" hanya pay per used sahaja. Jika dulu kita tidak perlu menghabiskan wang setiap 2 tahun untuk membeli talifon bimbit baru, hari ini kita perlu lakukannya. Jika dahulu kita boleh hanya menggunakan 1 kenderaan satu rumah, sekarang setiap seorang perlukan kenderaan. Jika dahulu,  kita hanya terima wang belanja sekolah sehari seringgit, sekarang anak-anak bukan sahaja wang belanjanya 5 ringgit sehari tetapi, mereka juga kadang-kadang tidak cukup kerana mengikut kawan-kawan belajar di restoran makanan ringan ataupun restoran dengan berbelanja tidak lebih daripada 15 ringgit satu hari. 

Michael Dalton dalam satu penulisan oleh Nanci Hellmich (USA Today) mengatakan bahawa untuk menjadi seorang yang "super saver", anda perlu mengenalpasti kemana duit anda pergi dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Michael Dalton ini adalah seorang Certified Financial Planner dan professor bersara dalam bidang akaun dan cukai di Loyola Universiti, New Orleans. Beliau telah menulis lebih daripada 100 buku berkenaan dengan "Financial Planning"

Tambahan lagi Dalton mencadangkan supaya kita buat budget, dan patuhi budget kita dan membuat perubahan sedikit demi sedikit supaya kita dapat menyimpan sebahagian daripada perbelanjaan kita. Kita juga perlu mengenalpasti risiko pada diri kita dan membuat pelaburan yang bersesuaian keatas diri kita.


Kita lihat peratusan ini, 71% daripada masyarakat mengalami masalah kewangan, dan 31% daripadanya mengatakan mereka tidak ada apa-apa simpanan  yang dibuat. Manakala penyelidikan yang dijalankan oleh National Foundation for Credit Counseling, daripada 2,016 orang dewasa, 34% daripada mengatakan mereka tiada simpanan persaraan. dan hanya 39% sahaja yang ada menyediakan budget dan membuat kira-kira untuk perbelanjaan. 

Dalton menyarankan kita untuk menyediakan kira-kira daripada pendapatan bersih anda mengikut garis panduan dibawah.


1.  Simpan 10% - 13% untuk hari tua. Di Malaysia simpanan KWSP adalah sebagai contoh mudah. Tetapi jangan keluarkan duit simpanan tersebut.

2. Sediakan simpanan ntuk pembelian barang-barang yang bernilai besar, sebagai contoh deposit untuk membeli rumah, deposit pembelian kenderaan, dan simpanan jika anda hilang pekerjaan, supaya anda ada sedikit wang untuk menampung 2-3 bulan akan datang.


3. Kira-kira kewangan anda supaya anda dapat menolak daripada intiatif pengecualian cukai secara maksimum. Seperti pembelian insurans untuk anak dan diri sendiri, SSPN, pembelian ubatan. Simpan resit tersebut untuk rujukan.

4. Kira-kira pinjaman rumah. Jika anda mempunyai rumah sendiri pastikan, Principle, interest, cukai, dan insurans rumah  tidak melebihi daripada 28% pendapatan bulanan.   Ini belum termasuk maintenance bulanan dan pembaikian rumah.


5.  Semua hutang anda mestilah tidak melebihi daripada 36% daripada pendapatan anda. Termasuk rumah, kad kredit dan kereta. 

6. Membuat 5% ke 9% daripada pendapatan anda utk insurans , termasuk kad perubatan, hilang upaya kekal, perbelanjaan,  dan hartanah.

7. Kira perbelanjaan keperluan anda, iaitu makanan, minyak kenderaan, bil-bil utiliti, derma dan talifon.  Sediakan juga kira-kira perbelanjaan luar jangka. sebagai contoh menukar tayar kenderaan, atap rumah rosak.

8. Membuat tambahan untuk perkara yang merupakan kehendak kita, seperti makan malam, berjalan-jalan dan pakaian.

Cuba pastikan perbelanjaan untuk harian anda tidak melebihi ataupun hanya 50% daripada pendapatan anda. Dalton  juga menyarankan kita supaya sentiasa membuat perubahan suapaya anda dapat membuat simpanan.


1. Kenal pasti 2-3 perbelanjaan yang sangat tidak perlu dan kurangkannya. sebgai contoh internet di rumah sehingga 30mbps sedangkan anda hanya seorang menggunakkannya. Jika seorang 10mbps juga sudah berlebihan. Astro sehingga beratus2 channel. Jika anda seorang yang sibuk bekerja. Pakej asas sudah mencukupi. 

2. Kurangkan penggunaan kad kredit. Langsaikan perbelanjaan kad kredit anda secepat mungkin.

3. Pastikan anda menghabiskan hutang kenderaan anda sebelum anda menjual kenderaan anda. Pastikan hutang kenderaan anda cuma 3-5 tahun sahaja. Bayar pinjaman kendaraan anda secara tetap.

4. jangan mudah terpengaruh dengan promosi harga rendah. Jangan kerap membeli tanpa membuat kira-kira.

5. Letakan bonus, pelungan cukai dalm simpanan dan membuat pelaburan mengkut risiko diri anda. 


Semua ini adalah matalamat kita menjadi cemerlang, bukannya sempurna. Dalton mengatakan "Prefection is the enemy of excellence. You don't  need to be perfect. You've just got to get better. Eventually you'll do this in a way you can describe as excellent"

No comments:

Post a Comment