Thursday, August 21, 2014

Cara mudah untuk meningkatkan simpanan anda.

Oleh : Khairul Anwar Bin Abu Mansor,
           +6019 271 7006

           khairul@thetakaful.com
Masyarakat kita hari ini di lihat lebih banyak berbelanja berbanding jika anda hidup 15 tahun dahulu pada usia yang sama. Jika waktu dahulu, kita tidak perlu membuat atau pembayaran untuk menonton talivisyen, sekarang kita perlu. Jika waktu dahulu kita tidak perlu membayar beratus untuk mengguna internet, sekarang kita perlu membayar beratus2 untuk internet sahaja. Seingat saya dulu, internet "dialup" hanya pay per used sahaja. Jika dulu kita tidak perlu menghabiskan wang setiap 2 tahun untuk membeli talifon bimbit baru, hari ini kita perlu lakukannya. Jika dahulu kita boleh hanya menggunakan 1 kenderaan satu rumah, sekarang setiap seorang perlukan kenderaan. Jika dahulu,  kita hanya terima wang belanja sekolah sehari seringgit, sekarang anak-anak bukan sahaja wang belanjanya 5 ringgit sehari tetapi, mereka juga kadang-kadang tidak cukup kerana mengikut kawan-kawan belajar di restoran makanan ringan ataupun restoran dengan berbelanja tidak lebih daripada 15 ringgit satu hari. 

Michael Dalton dalam satu penulisan oleh Nanci Hellmich (USA Today) mengatakan bahawa untuk menjadi seorang yang "super saver", anda perlu mengenalpasti kemana duit anda pergi dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Michael Dalton ini adalah seorang Certified Financial Planner dan professor bersara dalam bidang akaun dan cukai di Loyola Universiti, New Orleans. Beliau telah menulis lebih daripada 100 buku berkenaan dengan "Financial Planning"

Tambahan lagi Dalton mencadangkan supaya kita buat budget, dan patuhi budget kita dan membuat perubahan sedikit demi sedikit supaya kita dapat menyimpan sebahagian daripada perbelanjaan kita. Kita juga perlu mengenalpasti risiko pada diri kita dan membuat pelaburan yang bersesuaian keatas diri kita.


Kita lihat peratusan ini, 71% daripada masyarakat mengalami masalah kewangan, dan 31% daripadanya mengatakan mereka tidak ada apa-apa simpanan  yang dibuat. Manakala penyelidikan yang dijalankan oleh National Foundation for Credit Counseling, daripada 2,016 orang dewasa, 34% daripada mengatakan mereka tiada simpanan persaraan. dan hanya 39% sahaja yang ada menyediakan budget dan membuat kira-kira untuk perbelanjaan. 

Dalton menyarankan kita untuk menyediakan kira-kira daripada pendapatan bersih anda mengikut garis panduan dibawah.


1.  Simpan 10% - 13% untuk hari tua. Di Malaysia simpanan KWSP adalah sebagai contoh mudah. Tetapi jangan keluarkan duit simpanan tersebut.

2. Sediakan simpanan ntuk pembelian barang-barang yang bernilai besar, sebagai contoh deposit untuk membeli rumah, deposit pembelian kenderaan, dan simpanan jika anda hilang pekerjaan, supaya anda ada sedikit wang untuk menampung 2-3 bulan akan datang.


3. Kira-kira kewangan anda supaya anda dapat menolak daripada intiatif pengecualian cukai secara maksimum. Seperti pembelian insurans untuk anak dan diri sendiri, SSPN, pembelian ubatan. Simpan resit tersebut untuk rujukan.

4. Kira-kira pinjaman rumah. Jika anda mempunyai rumah sendiri pastikan, Principle, interest, cukai, dan insurans rumah  tidak melebihi daripada 28% pendapatan bulanan.   Ini belum termasuk maintenance bulanan dan pembaikian rumah.


5.  Semua hutang anda mestilah tidak melebihi daripada 36% daripada pendapatan anda. Termasuk rumah, kad kredit dan kereta. 

6. Membuat 5% ke 9% daripada pendapatan anda utk insurans , termasuk kad perubatan, hilang upaya kekal, perbelanjaan,  dan hartanah.

7. Kira perbelanjaan keperluan anda, iaitu makanan, minyak kenderaan, bil-bil utiliti, derma dan talifon.  Sediakan juga kira-kira perbelanjaan luar jangka. sebagai contoh menukar tayar kenderaan, atap rumah rosak.

8. Membuat tambahan untuk perkara yang merupakan kehendak kita, seperti makan malam, berjalan-jalan dan pakaian.

Cuba pastikan perbelanjaan untuk harian anda tidak melebihi ataupun hanya 50% daripada pendapatan anda. Dalton  juga menyarankan kita supaya sentiasa membuat perubahan suapaya anda dapat membuat simpanan.


1. Kenal pasti 2-3 perbelanjaan yang sangat tidak perlu dan kurangkannya. sebgai contoh internet di rumah sehingga 30mbps sedangkan anda hanya seorang menggunakkannya. Jika seorang 10mbps juga sudah berlebihan. Astro sehingga beratus2 channel. Jika anda seorang yang sibuk bekerja. Pakej asas sudah mencukupi. 

2. Kurangkan penggunaan kad kredit. Langsaikan perbelanjaan kad kredit anda secepat mungkin.

3. Pastikan anda menghabiskan hutang kenderaan anda sebelum anda menjual kenderaan anda. Pastikan hutang kenderaan anda cuma 3-5 tahun sahaja. Bayar pinjaman kendaraan anda secara tetap.

4. jangan mudah terpengaruh dengan promosi harga rendah. Jangan kerap membeli tanpa membuat kira-kira.

5. Letakan bonus, pelungan cukai dalm simpanan dan membuat pelaburan mengkut risiko diri anda. 


Semua ini adalah matalamat kita menjadi cemerlang, bukannya sempurna. Dalton mengatakan "Prefection is the enemy of excellence. You don't  need to be perfect. You've just got to get better. Eventually you'll do this in a way you can describe as excellent"

Thursday, August 7, 2014

kebiasan sebab nak ambil medical card

Hari ini, penulisan saya adalah berdasarkan pengalaman yang diceritakan oleh rakan saya semasa di pejabat pagi tadi. Seperti biasa, tugas seorang agent adalah untuk follow-up customer ataupun prospek untuk memberikan kesedaran berdekaan kepentingan medical card.

Ada antara mereka yang setuju, dan ada antara mereka yang minta penangguhan. Bagi mereka yang minta penangguhan, ada pelbagai alasan yang diberikan. Samada sudah ada, sedang bermesyuarat, sibuk dan pelbagai alasan lagi yang logik akal untuk menamatkan talian antara agen insurans dan prospek. 

Prospek tidak memahami kepentingan insurans dan takaful sehingga sesuatu situasi itu berlaku dihadapan mereka sendiri.

Dalam satu kisah benar

Seorang prospek yang diceritakan tadi, mengalami masalah penyakit Denggi. Pergi ke hospital kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan, tetapi pihak hospital tidak dapat memberikan perkhidmatan yang sewajarnya kerana hospital tersebut mengalami kebanjiran pesakit. Berpindah ke hospital kerajaan yang lain pula, juga mengalami masalah yang sama.

Prospek tersebut mengambil keputusan untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital swasta yang berdekatan. Jika anda biasa ke hospital swasta, apakah ayat pertama yang keluar daripada kaunter perkhidmatan ataupun pegawai perubatan, cuba teka sebelum membaca jawapan nya di bawah

***************************

Jawapannya mudah sahaja : ada insurans?
Ada dua sahaja jawapan, Ya Atau Tidak

Jika Ya, adakah dilindungi
Jika Tidak, anda kene bayar dahulu anggaran jumlah kos yang dikenakan sebelum rawatan dijalankan.

Prospek ini menjawab tidak, tindakan yang diambil oleh pihak hospital adalah mengenakan caj deposit dan berbincang dengan prospek rawatan yang akan dijalankan. Kenapa perlu perbincangan? kerana ia melibatkan kos rawatan.

Kemudian setelah keluar dari hospital, Prospek ini terus hubungi En Agen tersebut untuk mendapatkan satu polisi takaful berserta kad perubatan yang komprehensif. Setelah terpaksa menanggung kos rawatan sebanyak RM7,000.00 akibat daripada denggi.

*****************************

Pada pendapat anda ada perbezaan atau tidak, rawatan yang dijalankan terhadap seseorang yang mempunyai medical card ataupun tidak? Bagi mereka yang tidak mempunyai medical card, pihak pegawai perubatan perrlu berbincang dengan pesakit atau waris berkenaan kos yang dikenakan dan rawatan yang bakal dijalankan supaya tidak membebankan pesakit.

Apa kepentingan diri anda untuk menjalankan rawatan? adakah dari segi sembuh tanpa mengira kos ataupun, sembuh tapi kaedah limit kerana kos. Sudah tentu pilihan yang pertama iatu sembuh tampa merisaukan kos perubatan.

Sebab itu saya sarankan kepada anda, cari satu medical card yang komprehensif, yang boleh melindungi semua penyakit, TERUTAMA sekali, penyakit kritikal. Kos penyakit kritikal ini adalah sangat tinggi, berbanding untuk membuat rawatan penyakit2 lain.

******************************

Saya berharap, bagi sesiapa yang masih tidak mempunyai kad perubatan, hubungilah saya ataupun rakan-rakan agent yang anda berasa selesa untuk mempunyai satu kad perubatan. Kad perubatan boleh diambil daripada mereka yang sihat, untuk keadilan seluruh yang ada dalam sumbangan takaful tersebut.


Ikhlas

KHAIRUL ANWAR BIN ABU MANSOR
Wealth Planner
PrudentialBSN Takaful Berhad

hp : 019 271 7006
Email : khairul@thetakaful.com