Wednesday, July 9, 2014

Sampai umur berapa medical card anda bertahan?

Oleh : 
Khairul Anwar Bin Abu Mansor,  
wealth planner 
PruBSN Takaful Berhad 
+6019 271 7006 
khairul@thetakaful.com


Ada banyak faktor kenapa seseorang itu mempunyai masalah kewangan untuk membayar bil perubatan. Antara faktor yang difokus dalam entri saya pada hari ini adalah faktor Umur. Dimana dalam medical card, yang ada ditangan anda pada hari ini, terdapat limit usia yang berbeza, dan klausa yang berbeza.

Dalam faktor umur ini, faktor yang diambil berat juga adalah faktor punca kematian. Secara teknikal, saya tidak dapat kaji antara faktor umur dan faktor punca kematian dalam statistik yang ditunjukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. namun, apa yang saya tahu, melalui statistik yang sama diberikan pada tahun 2011, berdasarkan 10 sebab utama kematian di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. 3 sebab teratas adalah kerana penyakit berkaitan dengan saluran darah (termasuk jantung), penyakit berkenaan paru-paru, dan penyakit berjangkit. Dimana 3 penyakit ini menyumbang kepada 25.64%, 19.48% dan 17.02% daripada jumlah sebab utama kematian. 


Selama mana medical card anda boleh bertahan, saya sarankan sebelum anda terus membaca entri saya, anda hendaklah membuka buku polisi anda, dan lihat had usia perlindungan kad perubatan anda. Lihat sekarang.

Dari apa yang kita lihat disni adalah, secara mata kasar semakin lama usia, semakin banyak kadar kematian di Malaysia, sehingga usia antara 70 - 74 tahun, manakala jumlah ini menurun pada usia 75 tahun ke atas.

Jika anda lihat pada medical card anda, sampai usia berapa polisi anda bertahan, adakah sehingga 70, 80 ataupun 100. Jika anda sehingga usia 100 anda mungkin selamat dalam masalah tempoh usia lanjut medical card ini, sama juga kepada mereka yang sehingga usia 80 tahun. Tetapi, anda harus tengok klausa dalam medical card, anda.

Ada sesetengah syarikat memberikan syarat untuk perlindungan selepas usia 60 tahun, contoh selepas usia 60 tahun adalah untuk renewal basis sahaja. Dimana anda perlulah memperbaharui (renew) polisi anda setiap setahun ataupun 5 tahun untuk perlindungan selepas usia 60 tahun. Bermakna juga syarikat insurans berhak untuk memberi keizinan untuk membenarkan proses "renewal" dijalankan ataupun tidak. Senang cerita, sebenarnya kad perubatan anda sehingga usia 60 tahun sahaja.

Bagi mereka yang tiada klausa tersebut, kad perubatan anda boleh digunakan sehingga usia 80 atau 100 tahun. Anda sebenarnya selamat tetapi, anda harus tahu bahawa syarikat insurans berhak untuk menaikan caj insurans ataupun dana tabaru'. Namun begitu, ianya tidaklah membebankan anda, sebab caj ini dinaikkan bersama dengan pengguna insurans yang lain atas kelulusan Bank Negara Malaysia. Ia jauh lebih baik berbanding, polisi kad perubatan anda tamat selepas usia yang masih muda.

Kita tidak tahu bilakah penghujung usia kita. Namun perjalanan untuk mengharungi penghujung usia amat penting. Dan antara yang paling penting faktor kos perubatan. Kita hendaklah memilih secara bijak kad perubatan kita yang akan digunakanan untuk membayar kos rawatan berjumlah beribu-ribu ringgit, dan ada sehingga berpuluh ribu ringgit.

Saya sedia membantu anda untuk memberikan perlindungan kad perubatan sehingga usia 100 tahun. Dan kad perubatan ini adalah patuh syariah, ianya diuruskan oleh pengendali takaful terbaik di Malaysia. Dalam polisi ini, anda boleh tentukan had usia perlindungan takaful anda, iaitu 70, 80 ataupun 100 tahun,. Tanpa ada sebarang klausa "renewal only"

Hubungi saya jika anda ingin mengetahui lebih berkenaan teknikal berkenaan kad perubatan, 019 271 7006 Khairul Anwar Bin Abu Mansor. Ataupun boleh email ke khairul@thetakaful.com.


No comments:

Post a Comment