Oleh :
Khairul Anwar Bin Abu Mansor,
wealth planner
PruBSN Takaful Berhad
+6019 271 7006
khairul@thetakaful.com
Khairul Anwar Bin Abu Mansor,
wealth planner
PruBSN Takaful Berhad
+6019 271 7006
khairul@thetakaful.com
Kebanyakan dari kita ada hutang, bermacam-macam hutang seperti hutang kereta, hutang rumah, hutang pinjaman peribadi dan hutang pelajaran. Namun bagi mereka yang hidupnya senang, ada yang tiada hutang-hutang ini. Mereka beruntung dapat mengelakkan diri daripada bebanan hutang ini, disebabkan oleh keluarga mereka adalah orang yang kaya ataupun mereka sendiri mempunyai azam untuk melangsaikan hutang piutang mereka dengan cepat.
Fikiran kita akan tenang, bila kita tidak dibebani hutang, di hubungi oleh bank untuk membayar sejumlah amaun minimum ataupun peringatan. Bila lihat no talifon bank ataupun orang yang memberi pinjaman hubungi kita, mulalah hati itu rasa risau, mula lah perasaan menjadi gundah gelana dan mulalah kita rasa tidak senang sepanjang hari.
Bulan ini, adalah bulan terkahir bagi anda untuk melangsaikan segala jenis hutang, termasuk hutang kereta. Apa yang anda perlu lakukan.
1. Memberi ganjaran kepada diri sendiri.
Dalam bahasa Inggeris mengatakan "give your self a raward". Mungkin dengan cara makan di restoran-restoran mewah atau beli satu benda yang manfaat yang sama jumlah dengan nilai amaun diberikan. Tetapi ingat, reward itu mestilah bukan yang menyebabkan anda masuk hutang balik. Selalunya bila kita dah reward then kita berhutang balik ini, masalah terjadi pada pemegang kad kredit. Seronok, tunjuk kad kepada semua orang.
Setelah menyambut sambutan ini berfikir secara bijak untuk merancang kewangan anda, berfikir dengan bijak wang lebihan anda setiap bulan yang anda perlu gunakan secara bijak.
2. Membut penilaian dengan bajet anda.
Budget adalah pecahan daripada wang masuk dan wang keluar. Budget akan seringkali berubah. Sepertimana anda dapat lihat, tempat anda bekerja juga seringkali membuat bajet secara harian, mingguan, bulanan ataupun tahunan. Bajet ini haruslah diperbaharui selalu. Terutama sekali jika anda bekerja di tempat baru ataupun akan mendapat cahaya mata.
3. Membuat simpanan
kami selalu memberikan pandangan kepada pelanggan kami untuk menyimpan dahulu baru berbelanja. kami juga amalkan, apabila kami mendapat komisyen bulanan, kami akan simpan dahulu di mana-mana institusi kewangan kami, dan lebihan barulah kami berbelanja baki simpanan kami.
Samada anda menyimpan untuk membeli sebuah rumah baru, persaraan ataupun membuat pelaburan, itu tidak menjadi masalah. Kehidupan cara lama anda perlu dikekalkan.
Jika anda tidak mempunyai insurans atau takaful. Simpanan yang penting adalah melalui insurans atau tekaful untuk melindungi keseluruhan pendapatan anda.
4. Tetapkan simpanan kecemasan.
Ada banyak sebab kita perlu ada satu bantuan wang kecemasan. Jika anda tiada sediakan wnag kecemasan, anda akan menghadapi masalah apabila anda terpaksa berbebelanja suatu perkara itu secara "over budget". Percayalah kepada kami, jika anda ada wang kecemasan anda akan berjaya dalam pengurusan kewangan.
Simpanan kecemasan bukannya insurans, simpanan kecemasan adalah sejumlah wang yang disimpan di bank, dan mudah dikeluarkan bila benar-benar diperlukan.
Yang penting bagi kami adalah anda tidak berbelanja lebih, apabila anda sudah bebas hutang. berbelanja dengan duit daripada lebihan yang digunakan sebelum ini untuk mebayar hutang bukan cara yang sesuai. Bahkan ia boleh meletakan anda kepada tambahan bebenan hutang. Nasihat kami, kekalkan cara hidup yang lama, dan gunakan wang lebihan tersebut untuk simpanan pula.
"Bajet perlu distruktur sepanjang masa"
No comments:
Post a Comment