Wednesday, July 9, 2014

Sampai umur berapa medical card anda bertahan?

Oleh : 
Khairul Anwar Bin Abu Mansor,  
wealth planner 
PruBSN Takaful Berhad 
+6019 271 7006 
khairul@thetakaful.com


Ada banyak faktor kenapa seseorang itu mempunyai masalah kewangan untuk membayar bil perubatan. Antara faktor yang difokus dalam entri saya pada hari ini adalah faktor Umur. Dimana dalam medical card, yang ada ditangan anda pada hari ini, terdapat limit usia yang berbeza, dan klausa yang berbeza.

Dalam faktor umur ini, faktor yang diambil berat juga adalah faktor punca kematian. Secara teknikal, saya tidak dapat kaji antara faktor umur dan faktor punca kematian dalam statistik yang ditunjukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. namun, apa yang saya tahu, melalui statistik yang sama diberikan pada tahun 2011, berdasarkan 10 sebab utama kematian di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. 3 sebab teratas adalah kerana penyakit berkaitan dengan saluran darah (termasuk jantung), penyakit berkenaan paru-paru, dan penyakit berjangkit. Dimana 3 penyakit ini menyumbang kepada 25.64%, 19.48% dan 17.02% daripada jumlah sebab utama kematian. 


Selama mana medical card anda boleh bertahan, saya sarankan sebelum anda terus membaca entri saya, anda hendaklah membuka buku polisi anda, dan lihat had usia perlindungan kad perubatan anda. Lihat sekarang.

Dari apa yang kita lihat disni adalah, secara mata kasar semakin lama usia, semakin banyak kadar kematian di Malaysia, sehingga usia antara 70 - 74 tahun, manakala jumlah ini menurun pada usia 75 tahun ke atas.

Jika anda lihat pada medical card anda, sampai usia berapa polisi anda bertahan, adakah sehingga 70, 80 ataupun 100. Jika anda sehingga usia 100 anda mungkin selamat dalam masalah tempoh usia lanjut medical card ini, sama juga kepada mereka yang sehingga usia 80 tahun. Tetapi, anda harus tengok klausa dalam medical card, anda.

Ada sesetengah syarikat memberikan syarat untuk perlindungan selepas usia 60 tahun, contoh selepas usia 60 tahun adalah untuk renewal basis sahaja. Dimana anda perlulah memperbaharui (renew) polisi anda setiap setahun ataupun 5 tahun untuk perlindungan selepas usia 60 tahun. Bermakna juga syarikat insurans berhak untuk memberi keizinan untuk membenarkan proses "renewal" dijalankan ataupun tidak. Senang cerita, sebenarnya kad perubatan anda sehingga usia 60 tahun sahaja.

Bagi mereka yang tiada klausa tersebut, kad perubatan anda boleh digunakan sehingga usia 80 atau 100 tahun. Anda sebenarnya selamat tetapi, anda harus tahu bahawa syarikat insurans berhak untuk menaikan caj insurans ataupun dana tabaru'. Namun begitu, ianya tidaklah membebankan anda, sebab caj ini dinaikkan bersama dengan pengguna insurans yang lain atas kelulusan Bank Negara Malaysia. Ia jauh lebih baik berbanding, polisi kad perubatan anda tamat selepas usia yang masih muda.

Kita tidak tahu bilakah penghujung usia kita. Namun perjalanan untuk mengharungi penghujung usia amat penting. Dan antara yang paling penting faktor kos perubatan. Kita hendaklah memilih secara bijak kad perubatan kita yang akan digunakanan untuk membayar kos rawatan berjumlah beribu-ribu ringgit, dan ada sehingga berpuluh ribu ringgit.

Saya sedia membantu anda untuk memberikan perlindungan kad perubatan sehingga usia 100 tahun. Dan kad perubatan ini adalah patuh syariah, ianya diuruskan oleh pengendali takaful terbaik di Malaysia. Dalam polisi ini, anda boleh tentukan had usia perlindungan takaful anda, iaitu 70, 80 ataupun 100 tahun,. Tanpa ada sebarang klausa "renewal only"

Hubungi saya jika anda ingin mengetahui lebih berkenaan teknikal berkenaan kad perubatan, 019 271 7006 Khairul Anwar Bin Abu Mansor. Ataupun boleh email ke khairul@thetakaful.com.


Monday, July 7, 2014

5 tabiat selepas anda berjaya selesaikan hutang.

Oleh :
Khairul Anwar Bin Abu Mansor, 
wealth planner
PruBSN Takaful Berhad
+6019 271 7006
khairul@thetakaful.com



Kebanyakan dari kita ada hutang, bermacam-macam hutang seperti hutang kereta, hutang rumah, hutang pinjaman peribadi dan hutang pelajaran. Namun bagi mereka yang hidupnya senang, ada yang tiada hutang-hutang ini. Mereka beruntung dapat mengelakkan diri daripada bebanan hutang ini, disebabkan oleh keluarga mereka adalah orang yang kaya ataupun mereka sendiri mempunyai azam untuk melangsaikan hutang piutang mereka dengan cepat. Fikiran kita akan tenang, bila kita tidak dibebani hutang, di hubungi oleh bank untuk membayar sejumlah amaun minimum ataupun peringatan. Bila lihat no talifon bank ataupun orang yang memberi pinjaman hubungi kita, mulalah hati itu rasa risau, mula lah perasaan menjadi gundah gelana dan mulalah kita rasa tidak senang sepanjang hari. Bulan ini, adalah bulan terkahir bagi anda untuk melangsaikan segala jenis hutang, termasuk hutang kereta. Apa yang anda perlu lakukan. 

1. Memberi ganjaran kepada diri sendiri.


Dalam bahasa Inggeris mengatakan "give your self a raward". Mungkin dengan cara makan di restoran-restoran mewah atau beli satu benda yang manfaat yang sama jumlah dengan nilai amaun diberikan. Tetapi ingat, reward itu mestilah bukan yang menyebabkan anda masuk hutang balik. Selalunya bila kita dah reward then kita berhutang balik ini, masalah terjadi pada pemegang kad kredit. Seronok, tunjuk kad kepada semua orang.

Setelah menyambut sambutan ini berfikir secara bijak untuk merancang kewangan anda, berfikir dengan bijak wang lebihan anda setiap bulan yang anda perlu gunakan secara bijak.

2. Membut penilaian dengan bajet anda.


Budget adalah pecahan daripada wang masuk dan wang keluar. Budget akan seringkali berubah. Sepertimana anda dapat lihat, tempat anda bekerja juga seringkali membuat bajet secara harian, mingguan, bulanan ataupun tahunan. Bajet ini haruslah diperbaharui selalu. Terutama sekali jika anda bekerja di tempat baru ataupun akan mendapat cahaya mata.

3. Membuat simpanan

kami selalu memberikan pandangan kepada pelanggan kami untuk menyimpan dahulu baru berbelanja. kami juga amalkan, apabila kami mendapat komisyen bulanan, kami akan simpan dahulu di mana-mana institusi kewangan kami, dan lebihan barulah kami berbelanja baki simpanan kami.

Samada anda menyimpan untuk membeli sebuah rumah baru, persaraan ataupun membuat pelaburan, itu tidak menjadi masalah. Kehidupan cara lama anda perlu dikekalkan.

Jika anda tidak mempunyai insurans atau takaful. Simpanan yang penting adalah melalui insurans atau tekaful untuk melindungi keseluruhan pendapatan anda. 

4. Tetapkan simpanan kecemasan. 

Ada banyak sebab kita perlu ada satu bantuan wang kecemasan. Jika anda tiada sediakan wnag kecemasan, anda akan menghadapi masalah apabila anda terpaksa berbebelanja suatu perkara itu secara "over budget".  Percayalah kepada kami, jika anda ada wang kecemasan anda akan berjaya dalam pengurusan kewangan. 



Simpanan kecemasan bukannya insurans, simpanan kecemasan adalah sejumlah wang yang disimpan di bank, dan mudah dikeluarkan bila benar-benar diperlukan. 


Yang penting bagi kami adalah anda tidak berbelanja lebih, apabila anda sudah bebas hutang. berbelanja dengan duit daripada lebihan yang digunakan sebelum ini untuk mebayar hutang bukan cara yang sesuai. Bahkan ia boleh meletakan anda kepada tambahan bebenan hutang. Nasihat kami, kekalkan cara hidup yang lama, dan gunakan wang lebihan tersebut untuk simpanan pula.


"Bajet perlu distruktur sepanjang masa"