Monday, June 30, 2014

I-BRIM untuk penerima BRIM is rumah/keluarga

Assalamualaikum wbt

Saya rasa semua tahu apa itu BR1M yang diumumkan pada 25 Oktober 2013 dalam Pembentangan Bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Kelayan BR1M adalah
  1. Warganegara malaysia
  2. isi rumah berpendapatan  RM4000 kebawah
  3. Individu bujang berumur 21 tahun dan keatas dan berpendapatan 2000 dan kbawah
  4. Isi rumah merujuk kepada seorang lelaki ataupun wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. ini merangkumi individu
    • Berkahwin
    • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tnaggungan
    • Bujang yang mempunyai tanggungan
    • warga emas (berumur 60 tahun ke atas ) sebatang kara.

Caruman takaful I-Brim hanyalah untuk mereka yang digelah isi rumah, merujuk kepada 4 kategori diatas, Mereka ini layak menerima sebanyak RM650 ataupun RM450 (berpendapan RM3001 hingga RM 4000).
Bagi individu yang menerrima Brim sebanyak RM300 baru-baru ini tidak layak sama sekali

Tempoh perlindungan dari 1 Januari - 31 Disember 2014, Selepas dari tarikh ini, sijil takaful ini akan terhenti dengan sendirinya.

Sumbangan sijil adalah RM50 (Setahun) dimasukakn sekali dalam sumbangan BRIM

Apa yang dilindungi
- Pampasan kematian bukan kemalangan (contoh sakit) RM1,000
- Kematian akibat kemalangan RM30,000
- Kematian hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan RM30,000

Maklumat lanjut boleh layari : http://www.takaful-ikhlas.com.my/i-BR1M/about.html