Sunday, May 11, 2014

HABIS DUIT DI PASARAYA BESAR?

HABIS DUIT DI PASARAYA BESAR?

Adakah kita sedar bahawa, bagi mereka yang telah merancang perbelanjaan, mereka akan menulis senarai barang yang hendak dibeli dan kemudian, membawa bersama ke Pasarraya, dan ada sesetengah pula yang tiada senarai barangan yang hendak dibeli, tetapi cuma ingat sahaja apakah yang hendak dimasak dalam tempoh seminggu dua.

Apabila telah sampai di pasaraya besar, kita diibaratkan seperti dalam medan perang kewangan. Pasaraya besar menggunakan pelbagai strategi untuk menarik pengguna kalau boleh membeli semua barangan di pasaraya. Manakala pengguna pula mempunyai had dari segi kewangan.

Saya juga sebagai pengguna yang selalu ke pasaraya besar, ingin membongkarkan tektik yang digunakan oleh pasaraya besar untuk menarik perhatian kita.

1. Menyediakan ruang letak kereta yang selesa, kalau boleh ruang letak kereta itu percuma ataupun pembayaran yang sangat minimum. Strategi terbaru, menyediakan ruang letak kereta untuk ibu-ibu mengandung dan wanita yang memandu sendirian sepertimana yang telah disediakan ke atas orang kelainan upaya (OKU). Kemudahan untuk keluar masuk juga diambil berat, biar pengguna senang nak masuk dan senang nak keluar. Syarikat pasaraya daripada Jepun mengambil berat tentang kemudahan keluar masuk kenderaan dan tempat letak kenderaan.

2. Setelah meletakan kenderaan, sebelum kita masuk ke pasaraya, lazimanya kita akan lihat tanda “red sign” ataupun tanda promosi. Kita juga  boleh mendapatkan pamplete promosi ini secara percuma di luar pintu pasararaya. Pamplete ini jika kita pegang dan kita teliti kadang-kadang mampu mempengaruhi kita. Sebagai contoh promosi cordial oren yang tertulis membuatkan kita akan membelinya, padahal kita ada lagi cordial oren yang lama belum habis dan tidak termasuk dalam senarai barang kita hendak beli. Sebenarnya, jika kita lihat penggunaan pintu “sliding” automatic juga adalah teknik untuk menjemput kita masuk dan menerima kehadiran kita dengan hati yang TERBUKA.

3. Kenapa sebelum kita masuk pasaraya kita akan berjalan di kedai-kedai kecil terlebih dahulu. Ini adalah strategi juga supaya kita tidak tergesa-gesa menuju ke pasaraya, automatik jika kita melalui gerai-gerai kecil itu kita tidak akan menolak troli atau berjalan dengan laju. Kebanyakan pasaraya sekarang sengaja meletakan ruang pasaraya di bahagian atas kerana tak nak kita berjalan laju dan tergesa. Jika kita tenang, kita akan senang memilih dan membeli serta membuat keputusan. Pasaraya juga akan menggunakan muzik yang tenang, untuk mengawal emosi kita.

4. Ruang pasaraya yang kondersif dan bersih ini membuatkan kita akan berada lama di pasaraya. Di pasaraya kita akan lihat, pengcahayaan yang baik, lantai yang bersih, ruang yang tidak berbau (seperti mana di Pasar). Sebab itu ada pasaraya meletakan sayur atau buah-buahan di bahagian hadapan, supaya kita akan lihat kesegaran suasana dalam pasaraya tersebut.

5. Jika kita pada mulanya tertarik untuk membeli barangan segar, kita akan memberi “reward” kepada diri kita untuk mendapatkan junk food. Junkfood mudah dapat sebelum kita bayar di kaunter.

6. Pernah tak kita terfikir kenapa sayur, daging atau buah-buahan berada jauh dibelakang. Ini adalah kerana supaya memberikan peluang kepada kita berfikir, barang-barang keperluan yang kita perlu ada di rumah ataupun manalah tahu jika ada lagi barang yang baru teringat. Masa ini, mungkin ada senarai tambahan barangan wujud. Dan kemudian setelah kita lalu kawasan tersebut,  baru kita dapat jumpa sayur buah dan daging. Lazimnya kebanyakan pasaraya besar menggunakan kaedah ini, secara jelas kita boleh tengok di pasaraya tengah-tengah lembah klang.

7. Pasaraya menyediakan seperti ruang highway untuk kita. Kawasan tersebut luas, dan memudahkan kita menolak troli kita. Tetapi dilaluan yang mudah kita untuk tolak troli kita akan melihat adanya, barang-barang promosi.... lagi satu sebab kita berbelanja lebih. Ruang yang luas memudahkan kita untuk melihat sekeliling pasaraya, dan diruang ini kita mudah melihat kategori barang yang kita perlukan yang berada di kiri atau kana kita.

8.  Rahsia mereka meletakan barang adalah dari kiri ke kanan, di ruang shelf mengikut ketegori. Sebagai contoh, sos cili yang pelbagai jenama, yang murah akan disusun dibahagian kiri, dan yang mahal di bahagian kanan. Ada satu kenyataan daripada seorang penyelidikan, jika meletakan barang dari kiri kanan mengikut harga, pengguna akan memilih yang paling kanan.

9. Ruang Shelf ini juga perlu dibeli orang pengedar. Ruang shelf yang harga mahal berada di bahagian tengah. Manakala yang murah berada di bawah ataupun atas. Sebab itu ruang shelf dibahagian tengah paling cepat laku.

10. Meletakan barang dalam pasangan, sebagai contoh di ruang-ruang roti adanya jem. Jem ini ada kuantiti yang banyak di shelf yang telah disediakan, tetapi diletakan di bahagian roti sedikit supaya pengguna boleh membeli jem ini setelah membeli roti.

11. Perkataan yang tertulis secara besar-besar ”PROMOSI’’ juga adalah teknik memperdayakan kita. Mereka yang tidak tahu harga sebenar barang tersebut sudah pasti terperdaya. Terutamana kepada mereka yang sering membeli belah di sebuah pasaraya sahaja. “beli satu dapat satu”, “Beli tiga dan bayar untuk dua”, “pek promosi extra 50%” ini juga adalah teknik. Pelanggan akan melihat, jika dia beli satu dengan RM1.00, lebih baik beli 2, Cuma RM1.80. Jimat 20sen. Tetapi sebenarnya kita lupa bahawa sebenarya kita telah lebihan belanja 80sen. Senang cerita, jika kita membeli banyak kita akan menggunakan secara banyak, kadang-kadang mengakibatkan pembaziran.

12. Antara sebab pasaraya tidak meletakan tanda harga di setiap barangan adalah kerana mereka tidak mahu ada human error, yang akan menyebabkan kita berasa tidak konfiden dengan pasaraya tersebut. Dan pengguna tidak dapat mengenalpasti barang lama ataupun barang baru.

13. Pasaraya membeli dari pembekal dengan kuantiti yang banyak, dengan kehadiran kuantiti yang banyak menarik minat kita untuk membeli dengan lebih banyak

Inilah 13 peperangan yang kita perlu tempoh jika hendak ke pasaraya. Selalunya kita tidak sedar bahawa kita telah meluangkan berjam-jam dan telah berbelanja lebih di pasaraya. Kemenangan selalunya berpihak kepada pasaraya, bukan kita. Oleh itu, saya berharap lepas ini kita boleh jadi lebih “firm” dengan keputusan kita

Khairul Anwar
019 271 7006