Hutang. Ada yang menerima keadaan seorang yang berhutang secara positive ataupun negative. Tetapi, saya yakin dan pasti ramai yang apabila di temu ramah menyatakan ketakutan pada dirinya apabila melihat seseorang itu berhutang. Saya sebagai seorang perancang kewangan anda ingin berkongsikan cara bagaimana untuk menguruskan hutang anda secara lebih strategik. Hutang boleh memberikan satu rasa yang negatif kepada kita, iaitu stress, takut, dipinggirkan dan tersisih. Samada hutang itu nilainya kecil ataupun besar. Semakin besar hutang itu, semakin stress seseorang itu untuk menyelesaikannya. Tetapi ada yang menggunakan cara berhutang sebagai cara untuk memajukan dirinya kehadapan. Hutang digunapakai untuk belajar, membesarkan perniagaan, membeli kenderaan ataupun membeli rumah. Apabila kita menggunakan cara berhutang untuk memajukan diri kehadapan, kita akan berasa lebih berterima kasih, kepada peminjam.
Cara yang saya berikan ini, adalah cara yang lebih strategik untuk membantu anda menyelesaikan hutang anda. Tetapi yang penting adalah disiplin diri anda. Adakah anda cukup berdisiplin pada hari ini untuk menyelesaikan hutang piutang anda. Semakin banyak anda berhutang, jika anda tidak dapat menyelesaikannya dengan keadaan yang terbaik, masalah HUTANG tidak akan selesai.
Penyelesaian ini saya kongsikan mengikut jenis hutang anda, samada kad kredit, student loan, hutang gadai janji, hutang kereta, dan hutang pelaburan.
Bagi saya hutang kad kredit ini yang paling bahaya, kerana dengan adanya satu kad didalam poket anda, ia menyebabkan anda lebih mudah untuk berhutang.
- Membuat rundingan dengan penghutang, rundingan mungkin mengambil masa, komitmen yang tinggi dan kadang-kadang boleh menyebabkan perasaan kecewa. Tetapi jika anda, berjaya, anda akan dapat pelbagai faedah seperti hadiah, dikurangkan interest, tiada pembyaran yuran). Mungkin perkara ini boleh menyelamatkan anda.
- Kenal pasti tarikh akhir kitaran kad kredit anda. Kitaran ini bermaksud setiap seorang yang berhutang perlu mengenal pasti tempoh akaun anda, sebagai contoh akaun dari 5 September hingga 4 Oktober, dan setiap 5hb satu tempoh masa yang baru dan setiap 4hb adalah penutupan akaun, dan anda perlu membayar dalam tempoh 20hari-25 hari. Perkara ini anda boleh lihat pada syarat yang dikemukan oleh pengeluar kad kredit anda.
- Ambil faedah kedai/pengusaha yang memberikan diskaun lebih untuk jenis2 kredit card tertentu. Sebagai contoh, yang lazimnya ramai orang tahu adalah antara SOGO, KL dan Maybank. Contoh, dengan tawaran yang diberikan pengguna kad kredit Maybank akan mendapat potongan harga sebanyak 5% untuk pembelian lebih daripada dua ratus ringgit. Di sini anda akan lebih mendapat keuntungan berbanding dengan pengguna yang memebayar secara tunai. Tetapi awas, kadang-kadang kita lebih terpikat dengan tawaran yang diberikan berbanding kemampuan diri kita. Berbelanja dengan lebih berkhemah.
- Gunakan kad kredit anda. Hihihihi saya bukannya hendak menggalakan anda berhutang, tetapi anda perlulah membayar secara "on time" setiap penggunaan kad kredit anda. Tujuan saya menyatakan anda perlu kerap menggunakan kad kredit anda, adalah supaya anda dapat mengumpul point yang diberikan oleh bank. Sesetengah bank anda memberikan ganjaran jika anda mempunyai digit "0" ataupun "1" dalam nomber traksaksi anda akan mendapat ganjaran yang lebih. Mungkin anda seorang yang bertuah.
- Ambil peluang ganjaran yang diberikan oleh pembekal kad kredit anda. Ada antara pembekal kad kredit menawarkan cash back promotion, ambil peluang ini supaya anda lebih beruntung. Rujuk di laman web kad kredit anda, apakah promosi yang sedang dijalankan.
Untuk student loan, gadai janji, rumah dan kereta saya akan kongsikan kemudian. Saya akan updatekan di fb thetakaful.com jika saya sudah update. Terima kasih
No comments:
Post a Comment