15 Julai 2013, Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB) telah melancarkan produk medical card terbarunya iaitu Health Enrich, dengan slogan "The Medical Plan that Defines You". Satu lagi Rider medical card yang boleh digunapakai di PruBSN Link Series.
HealthEnrich dibuat untuk melengkapkan kemudahan kad perubatan kepada mereka yang memerlukan. Sebab dalam produk takaful health 2, ada diantara golongan yang tidak mampu atau lebih kemampuan dengan plan medical card yang disediakan.
Dalam healthenrich, ianya terbahagi kepada 4 jenis
HealthEnrich Vital - Medicalcard untuk permulaan diri anda yang memberikan perlindungan bagi mereka yang mempunyai budget yang rendah. Manfaat ini memberikan perlindungan sehingga 300,000 sehingga usia 25,70 atau 80 tahun. Mereka yang boleh memasuki plan ini dari usia 20 minggu kandungan hingga 45tahun.
HealthEnrich Select - Medical card yang dikhaskan kepada mereka yang sudah mempunyai keluarga dan perlindungan terbaik. Dalam medical ini, satu element terbaru yang dimasukkan adalah Komplikasi-Komplikasi kehamilan, dan juga manfaat perlindungan penuh (atau dalam th2 dipanggil zero deductible). Jumlah had tahunan yang tinggi iaitu RM60,000 dan had seumur hidup sehingga RM600,000 membuatkan medical card ini tiada tandingnya. kanak-kanak juga boleh memilih plan ini dengan manfaat perlindungan penuh. Saya mengesyorkan pilihan amoiunt yang terbaik adalah memilih plan ini.
HealthEnrich Advance - Dalam Advance, pengguna tidak perlu membayar deposit kemana-mana 6 preferred hospital (hospital-hospital pilihan) PruBSN. Anda juga mendapat faedah rundingan secara langsung, dengan pakar perubatan tempatan dan antarabangsa bertaraf dunia, dan ganjaran akan diberikan jika anda kekal sihat dengan Bonus Tiada Tuntutan jika anda memilih Pilihan ko-takaful. Medical card yang melindungi anda sehingga RM1,000,000 untuk had limit tahunan adalah nilai yang terbaik. Pilihan ini adalah untuk mereka yang berusia 14hari-70tahun dengan perlindungan sehingga usia 70,80,100tahun.
HealthEnrich Premier - mempunyai target sagment market untuk mereka yang mempunyai kehidupan mewah, PrudentialBSN menawarkan bilik suite untuk mereka. Walaupun sebagai contoh PrinceCourt menawarkan bilik VIP bernilai RM1288.00 tetapi untuk pemegang kad HealthEnrich Premier, anda tidak perlu menganggun kos tambahan, lebihan RM288, kerana pihak hospital memberikan diskaun untuk pemegang kad. Anda juga dapat pembantu perubatan khas. Yang lebih baik anda boleh tinggal dihospital sepanjang tahun, kerana limit tahunan anda adalah sebanyak 365hari.
HealthEnrich adalah medical card takaful pertama yang melindungi komplikasi kehamilah, iaitu pembekuan intraveskular, kehamilan ektopik, hydatidiform Mole, Pendarahan Postpartum Memerlukan Histerektomi, Eklampsia, Embolisme Cecair Amniotik, Embolisme Pulmonari Semasa Mengandung, Tokseia Semasa Mengadung.
healthenrich, adalah medical card terbaik dan termurah untuk jangkamasa panjang di antara produk Takaful. Secara mendalam, anda boleh rujuk di laman web rasmi PruBSN Takaful.