Hari ini, saya ingin berkongsikan kepada anda bagaimana cara untuk anda memberikan sedikit harta peninggalan harta anda kepada waris anda dengan cara yang mudah dan mampu milik pada masa sekarang.
Sebelum pergi lebih jauh elok kiranya saya terangkan berkenaan sejarah bangsa melayu dahulu. Saya ajak anda pergi pada zaman sebelum merdeka. Jika kita lihat, atuk dan nenek kita mempunyai harta yang banyak, dan juga emas di tangan yang banyak. Nilai tersebut seperti tidak dijangka dengan pendapatan mereka. Mungkin pada waktu itu kos sara hidup yang rendah dan semangat atuk dan nenek kita bekerja keras kerana kesusahan dalam hidup itu jauh berbeza deripada kita sekarang.
Sekarang ini hidup semakin mencabar terutamanya kepada bangsa Melayu, bagaimana dengan pengurusan harta yang diwarisi. Ada dikalangan orang Melayu yang tidak meninggalkan apa-apa kepada keluarga mereka, malah meninggalkan hutang kepada keluarga mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan bagi saya. Saya tidak salahkan siapa-siapa, mungkin kerana pendapatan golongan tersebut adalah rendah kerana kemisikinan yang dialami semenjak daripada keluarga mereka. Tetapi, jika pada asalnya mereka daripada golongan yang kaya dan akhirnya tidak meninggalkan satu pun harta kepada anak-anak mereka, maka malanglah nasib mereka.
Bagi menyelesaikan masalah sebegini, saya cadangkan satu cara yang mudah, sebelum ini kaum lain seperti cina, india dan lain-lain menggunakan cara ini untuk mewarisi kekayaan keluarga, sebab mereka tidak mewarisi tanah yang banyak kepada keluarga, tetapi adalah wang ringgit, supaya anak-anak mereka dapat menggunakan wang tersebut bagi tujuan pelaburan yang bijak menjana lebih banyak wang.
Cara mudah tersebut adalah melalui simpanan melalui Takaful, yang akan membayar pampasan kematian kepada keluarga anda.
Cuba lihat apa bezanya; Contoh; Ahmad bekerja sebagai Manager di sebuah syarikat, tahap risiko paling rendah, tidak merokok dan beliau berumur 25tahun. Jika Ahmad menyimpan RM100 untuk kegunaan keluarga, dalam masa 1 tahun beliau tiggalkan RM1200, 2 tahun RM2,400, 5 tahun RM6000 dan 30 tahun 36,000.00. Pengiraan ini tidak termasuk dividen yang diterima oleh Ahmad. Duit ini Ahmad simpan, bertujuan jika ada berlaku sesuatu kepada beliau, keluarga dapat menggunakan duit ini sebagai belanja.
Setelah saya berjumpa dengan Ahmad, saya menerangkan bagaimana Takaful mampu memberikan yang lebih kepada keluarga anda jika berlaku kematian sebagai perbelanjaan kepada keluarga. Saya menggunakan simpanan RM100 dalam masa sebulan juga. Pada tahun pertama beliau mampu meninggalkan sebanyak RM260,073 kepada keluarga, tahun kedua sebanyak RM260,149, tahun kelima sebanyak RM261,445 dan tahun ke 30 meninggalkan sebanyak RM289,219. Perkara ini belaku kerana Ahmad mempunyai satu peruntukan yang dikhaskan sebanyak RM260,000.00 jika beliau mengalami hilang upaya kekal ataupun kematian atas pelbagai sebab.
Beruntung besar kepada keluarga Ahmad, jika beliau mengubah satu cara untuk membuat simpanan kepada waris. Wang sumbangan pampasan tersebut, juah lebih tinggi daripada nilai simpanan beliau jika beliau berfikir hanya di bank adalah simpanan yang terbaik.
Jumlah wang yang banyak ini, boleh digunakan Waris untuk kehidupan mereka yang lebih sempurna. Contohnya dapat membayar hutang simati, menyara hidup selama setahun, memberikan pendidikan yang terbaik kepda anak waris dan pergantian kepada nilai tanah.
Saya harap anda dapat fikirkan, ekonomi waris keluarga anda pada masa akan datang.
Ikhlas daripada
KHAIRUL ANWAR BIN ABU MANSOR
0192717006
Wealth Planner
Prudential BSN Takaful Bhd
No comments:
Post a Comment