Wednesday, April 17, 2013

Nominee / Penama


Tujuan anda membeli takaful adalah supaya anda dan orang yang disayangi dilindungi. Ia juga berfungsi sebagai perlindung kewangan kepada  anda jika ada sesuatu perkara yang berlaku kepada diri anda. Dengan proses penama, duit yang ada pada polisi boleh diagihkan secara lebih cepat tanpa meminta “grand of probate” atau “letter of administration or distribution order”

Tanpa penama, pengendali takaful tidak dapat mengeluarkan duit polisi kepada yang pewaris, sehingga diberikan sebarang dokumen yang sah yang juga akan mengambil masa agak lama.

Siapakah yang layak memberikan Penama.

Jika anda berusia 18 tahun dan keatas, anda boleh meletakan Penama kepada sesiapa sahaja yang anda kasihi.


Ciri-ciri seorang penama adalah
1. Berusia 18 tahun keatas
2. Seorang yang mampu berfikiran waras.

Anda juga perlu memastikan bahawa nama Penama ditulis di dalam buku polisi anda. Tetapi anda harus tahu, bahawa tidak semua nama daripada senarai penama anda yang akan mendapat duit daripada polisi takaful anda. Dan penama tidak boleh menggunakan duit tersebut sebagai perbelanjaan yang hak. 

Bagi seorang yang beragama Islam
- Penerima tanpa mengira hubungan akan menerima wang tersebut sebagai wasi (executer).
- Wang yang diterima daripada polisi haruslah diagihkan mengikut sistem faraid. 

Bagi seorang yang bukan beragama Islam pula
- Ianya bergantung kepada hubungan antara pemegang polis dengan penama.
- Seorang penama boleh menerima agihan wang polisi sebagai benifisari atau pemagang wasiat/wasi.

Kesan jika polisi takaful anda tiada nama penama. 

Pengendali takaful akan memberikan wang sumbangan tersebut kepada sesiapa yang mengemukakan Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian. Namun begitu pengendali takaful juga boleh memberikan wang sumbangan tersebut kepada:
1. Jika pihak menuntut adalah suami atau isteri, anak atau ibu bapa pemegang polisi. 
2. Jika pihak menuntut adalah seorang yang berhak menerima Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian berdasarkan kepuasan syarikat insurans. Ini terpakai sekiranya pemilik polisi tidak mempunyai suami atau isteri, anak atau ibu bapa yang masih hidup.

Jika pemegang polisi tidak membuat Penama, pihak yang menerima duit polisi takaful hanya menerima sebagai wasi (executer) dan mesti diagihkan mengikut undang-undang. 


Diterjemahkan dari : http://www.insuranceinfo.com.my/help_and_advice/helpful_guides/making_nominations.php
(c) 2013 www.thetakaful.com

No comments:

Post a Comment