#Salam
WOW!!! Satu perkongsian yang sangat hebat pada minggu ini adalah bagaimana memastikan generasi anda saban hari semakin kaya dan semakin kaya, walaupun kita tak kaya. Saban hari manusia sering bercakap, aku mau jadi kaya, untuk siapa, untuk anak-anak, untuk suami/isteri. Perkara ini adalah tidak mustahil bagi seseorang kerana beliau masih lagi hidup dan mampu bekerja.
Justeru, kepada yang mempunyai azam untuk kaya, caranya mudah sahaja, usaha. Tanpa usaha pastinya anda tidak berjaya. Tiada kekayaan datang bergolek. Kekayaan ini, bila ia mudah datang, maka ia mudah untuk pergi. Sebab itu, kita jarang lihat orang sustainable kaya sepanjang masa, kalau kekayaan yang dia peroleh adalah mudah.
Orang yang lazimnya, bercerita mengenai kekayaan, hendak memberikan generasi ke generasi semakin kaya lazimnya adalah lelaki, tetapi tidak mustahil, perempuan juga ada yang mengimpikan untuk menjadi kaya. Seperti mana kita lihat program-program kesuahanan terutamanya dari Dato Azizan Osman (DAO). Kita lihat ramai usahawan, atau bakal usahawan untuk mengimpikan untuk mejadi kaya. Itu satu petanda yang sangat positive untuk perkembangan ekonomi seseorang individu dan negara.
Tetapi perkara yang suka saya bincangkan pada posting kali ini, bila agaknya seseorang yang bekerja berusaha untuk kaya itu akan menjadi kaya. Sebelum itu, kita kira dalam perjalanan yang panjang untuk menempuh kekayaan, apakah cabaran dan halangan yang perlu dihadapi. Saya senaraikan
- Hutang di bank untuk memulakan perniagaan. Termasuk bantuan kredit daripada badan-badan kerajaan.
- Keperluan hidup terutamanya bagi mereka yang sudah bekeluarga. Keperluan ini termasuk makan minum, pakaian dan tempat tinggal.
- Share perkongsian dalam sesebuah syarikat. Share ini lazimnya berbentuk saham. Untuk menjana satu syarikat yang besar, lazimnya bukannya seorang investor (pelabur) dalam syarikat itu. Mesti lebih dariapda satu.
- Faktor kerugaian, dalam perjalanan untuk mengeluarkan produk, modal pada peringkat awal kadang-kadang adalah kerugian yang perlu ditanggung dahulu sebelum menikmati kemanisan keuntungan. Ada yang menanggungg kos kerugian ini dengan meminjam dengan orang saudara mara dan rakan-rakan.
- Gaji pekerja yang terpaksa dibayar walaupun perniagaan tidak dimulakan.
Pernah tidak anda terfikir faktor-faktor ini sebelum memulakan perniagaan. Bagi individu yang bekerja sendiri, kemungkinan anda juga berdepan dengan hutang-hutang yang kecil.
Pernah tidak anda terfikir bagaimana seseorang itu, walaupun dia susah, tetapi dia dapat melahirkan generasi yang senang. Walaupun dia selalau berusaha untuk mencapai sesuatu peringkat kekayaan dan masih tidak tercapai, tetapi generasi dia tetap teruskan kekayaan tersebut.
Rahsia dia kekayaan generasi ke generasi yang saya maksudkan ini adalah nilai "sum insured" iaitu nilai perlindungan diri anda. Berapa?
RM 100 000.00 / RM 500 000.00 / RM 1 500 000.00 / RM 4 000 000.00
Mana satu pilihan anda? beginilah cara yang paling mudah untuk memastikan generasi anda kekal kaya. Dengan meletakan jumlah sum insured yang tinggi diri anda demi generasi anda. Supaya generasi anda yang anda lahirkan berterima kasih kepada anda, kerana menjadi seseorang yang bertanggungjawab kepada keluarga. Mereka akan menikmati kekayaan atas usaha anda, dan tanggungjawab anda sebagai seorang yang melahirkan insan bergelar anak kepada anda terlaksana.
#wallahualam / amien.
No comments:
Post a Comment