Tuesday, November 27, 2012

Kewangan Islam harus babitkan kumpulan berpendapatan rendah bagi pertumbuhan seimbang (Berita Harian)

2012/11/27 – 17:08:12 PM


KUALA LUMPUR: Kewangan Islam harus bersifat merangkumi dan boleh dinikmati oleh semua, khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan perniagaan kecil untuk mencapai pertumbuhan ekonomi global yang lebih seimbang dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hari ini.
Katanya, untuk mencapai matlamat ini, institusi kewangan Islam mesti berusaha untuk meningkatkan kemudahan mendapatkan perkhidmatan kewangan masing-masing kepada semua segmen masyarakat dengan memenuhi permintaan bagi lebih banyak produk mikro kewangan Islam.
 ”Dengan kemunculannya sebagai satu bidang khusus pasaran baharu, mikro kewangan Islam akan dapat memenuhi permintaan berbeza-beza daripada masyarakat berpendapatan rendah dan memberikan sokongan kepada kegiatan keusahawanan,” katanya pada Kolokium Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) kedua 2012.

Mikro kewangan Islam, jika disokong oleh mikro takaful, berpotensi untuk menyediakan penyelesaian perlindungan dan pembiayaan yang lebih menyeluruh, lestari dan mudah diperoleh bagi kumpulan berpendapatan rendah dan perniagaan kecil.
Zeti berkata Pelaburan Tanggungjawab Sosial (SRI) dijangka menjadi kelas aset arus perdana menjelang 2015, dengan aset yang diuruskan diunjurkan berjumlah lebih US$26 trilion, dan menguasai 15 hingga 20 peratus pasaran global.
Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh permintaan daripada pelabur-pelabur institusi yang semakin memberikan keutamaan kepada pertimbangan kelestarian dan tanggungjawab sosial dalam perniagaan dan sistem nilai institusi masing-masing.
“SRI telah mengetengahkan soal perlunya sistem kewangan dikaitkan kepada ekonomi dan perlunya dipertingkatkan tahap ketelusan, keadilan, etika dan tanggungjawab sosial dalam kewangan moden,” tegas beliau.
Mengenai Portal Repositori Pengetahuan Kewangan Islam yang dilancarkannya hari ini, Zeti berkata ia boleh menyumbang ke arah memenuhi keperluan bagi penyebaran maklumat yang lebih cekap, yang akan menggalakkan peningkatan ketelusan pasaran, penemuan harga dan kefahaman tentang industri.
Sebagai sebuah pangkalan data pengetahuan, portal itu memusatkan ketetapan syariah dan justifikasinya, perundangan serta syarat-syarat kawal selia.
Ini diperkaya dengan koleksi penyelidikan dan pembangunan dalam kewangan Islam.
“Pangkalan data ini akan menjadi sumber rujukan dan panduan penting bagi pengamal syariah dan industri, pembuat dasar, penyelidik dan ahli akademik,” kata Zeti, sambil menambah bahawa inisiatif ini bukan sahaja akan menggalakkan kefahaman yang lebih mendalam, malah juga rasa saling hormat dan pengiktirafan terhadap kewangan Islam.
- BERNAMA

Sunday, November 25, 2012

Rahsia kekayaan dari generasi ke generasi

#Salam



WOW!!! Satu perkongsian yang sangat hebat pada minggu ini adalah bagaimana memastikan generasi anda saban hari semakin kaya dan semakin kaya, walaupun kita tak kaya. Saban hari manusia sering bercakap, aku mau jadi kaya, untuk siapa, untuk anak-anak, untuk suami/isteri. Perkara ini adalah tidak mustahil bagi seseorang kerana beliau masih lagi hidup dan mampu bekerja. 

Justeru, kepada yang mempunyai azam untuk kaya, caranya mudah sahaja, usaha. Tanpa usaha pastinya anda tidak berjaya. Tiada kekayaan datang bergolek. Kekayaan ini, bila ia mudah datang, maka ia mudah untuk pergi. Sebab itu, kita jarang lihat orang sustainable kaya sepanjang masa, kalau kekayaan yang dia peroleh adalah mudah. 

Orang yang lazimnya, bercerita mengenai kekayaan, hendak memberikan generasi ke generasi semakin kaya lazimnya adalah lelaki, tetapi tidak mustahil, perempuan juga ada yang mengimpikan untuk menjadi kaya. Seperti mana kita lihat program-program kesuahanan terutamanya dari Dato Azizan Osman (DAO). Kita lihat ramai usahawan, atau bakal usahawan untuk mengimpikan untuk mejadi kaya. Itu satu petanda yang sangat positive untuk perkembangan ekonomi seseorang individu dan negara. 

Tetapi perkara yang suka saya bincangkan pada posting kali ini, bila agaknya seseorang yang bekerja berusaha untuk kaya itu akan menjadi kaya. Sebelum itu, kita kira dalam perjalanan yang panjang untuk menempuh kekayaan, apakah cabaran dan halangan yang perlu dihadapi. Saya senaraikan
  1. Hutang di bank untuk memulakan perniagaan. Termasuk bantuan kredit daripada badan-badan kerajaan. 
  2. Keperluan hidup terutamanya bagi mereka yang sudah bekeluarga. Keperluan ini termasuk makan minum, pakaian dan tempat tinggal.
  3. Share perkongsian dalam sesebuah syarikat. Share ini lazimnya berbentuk saham. Untuk menjana satu syarikat yang besar, lazimnya bukannya seorang investor (pelabur) dalam syarikat itu. Mesti lebih dariapda satu.
  4. Faktor kerugaian, dalam perjalanan untuk mengeluarkan produk, modal pada peringkat awal kadang-kadang adalah kerugian yang perlu ditanggung dahulu sebelum menikmati kemanisan keuntungan. Ada yang menanggungg kos kerugian ini dengan meminjam dengan orang saudara mara dan rakan-rakan. 
  5. Gaji pekerja yang terpaksa dibayar walaupun perniagaan tidak dimulakan.
Pernah tidak anda terfikir faktor-faktor ini sebelum memulakan perniagaan. Bagi individu yang bekerja sendiri, kemungkinan anda juga berdepan dengan hutang-hutang yang kecil.

Pernah tidak anda terfikir bagaimana seseorang itu, walaupun dia susah, tetapi dia dapat melahirkan generasi yang senang. Walaupun dia selalau berusaha untuk mencapai sesuatu peringkat kekayaan dan masih tidak tercapai, tetapi generasi dia tetap teruskan kekayaan tersebut. 

Rahsia dia kekayaan generasi ke generasi yang saya maksudkan ini adalah nilai "sum insured" iaitu nilai perlindungan diri anda. Berapa?
       
         RM 100 000.00  /  RM 500 000.00 / RM 1 500 000.00 / RM 4 000 000.00

Mana satu pilihan anda? beginilah cara yang paling mudah untuk memastikan generasi anda kekal kaya. Dengan meletakan jumlah sum insured yang tinggi diri anda demi generasi anda. Supaya generasi anda yang anda lahirkan berterima kasih kepada anda, kerana menjadi seseorang yang bertanggungjawab kepada keluarga. Mereka akan menikmati kekayaan atas usaha anda, dan tanggungjawab anda sebagai seorang yang melahirkan insan bergelar anak kepada anda terlaksana.

#wallahualam / amien. 

Thursday, November 8, 2012

Kos Rawatan Dialisis Buah Pinggang


Daripada akhbar The Star bertarikh 13 April 2008, kos rawatan dialisis buag pinggang adalah sebanyak RM250. Dan mereka yang menjalani dialisis buah pinggang perlu menjalankan rawatan sebanyak 3 kali seminggu. Jumlah pembayaran selama sebulan adalah sebanyak RM3,250/bulan.
Kewujudan kebanyakan pusat dialisis swasta di Malaysia memberikan kemudahan kepada pesakit yang mengalami dialisis untuk mendapatkan rawatan dialisis buah pinggang. Dengan jangkaan peningkatan 7% setahun pesakit buah pinggang di seluruh dunia diharapkan kewujudan pusat dialisis dapat menampung kos dialisis yang perlu dilakukan setiap hari.
Dialisis perlu dilakukan 3 kali sehari, ia bertujuan untuk menjalankan kerja2 yang selama ini dilakukan oleh buah pinggang kita iatu, mengeluarkan lebihan air dan membuang bahan-bahan terbuang daripada badan kita.
Penangungan Kos Rawatan Dialisis oleh medical card Prudential BSN Takaful
Bagi mereka yang sudah mempunyai medical card Prudential BSN Takaful. Kegagalan buah pinggang adalah salah satu daripada senarai penyakit kritikal.
Lampiran 200; Klausa 4.5 menyatakan “Kegagalan buah pinggang tahap akhir yang diawakili oleh kegagalan kronik yang tidak boleh dipulihkan bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, yang mengakibatkan Orang yang dilindungi memerlukan dialisis tetap atau pemindahan buah pinggang.”
Dan anda berhak mendapat pengecualian pembayaran manfaat takaful jika anda mengalami penyakit-penyakit kritikal. Dalam bahasa mudah, anda tidak perlu membayar sumbangan takaful tetapi anda tetap dilindungi.
Bagi mereka, tidak perlu dirisaukan kerana kos rawatan perubatan telah ditanggung sepenuhnya oleh Prudential BSN Takaful. Tidak perlu risau jika anda tidak dapat bekerja atau diberhentikan kerja kerana prestasi kerja anda yang tidak memuaskan hati majikan.
Sila rujuk Buku Polisi untuk mendapatkan kepastian berkenaan kos rawatan perubatan. Jika sebarang pertanyaan hubungi saya 019 271 7006 atau email ke khairulanwar@urusrm.com